Sun 23 Aug 2009
Integration Marketing - Mengambil peluang trafik yang sedia ada
Posted by Irfan Khairi under Tip Perniagaan , Perniagaan InternetBeberapa minggu lepas, saya ada menyebut tentang “Integration Marketing” dengan menunjukkan contoh bumbung Hard Rock Cafe yang dicat dengan logo Hard Rock supaya boleh pengunjung melihat daripada Menara Kuala Lumpur…

Konsep Integration Marketing yang digunakan dalam contoh ini adalah…
Intergration Marketing di mana mereka mengambil kesempatan intergrate kaedah promosi dengan “traffic” daripada menara KL.
Integration marketing adalah konsep yang amat mudah, tetapi amat efektif dan sering kali ramai mengabaikannya. Ia boleh dilakukan untuk perniagaan tak kira saiz, besar ataupun kecil-kecilan.
Apa maksud Intergration Marketing?
Mengambil peluang traffic/flow yang sedia ada untuk memasarkan produk dan perkhidmatan
Contoh lagi:
- Bagaimana Pizza Hut (atau KFC) akan membuka cawangan apabila McDonalds membuka cawangan di sesuatu lokasi. Pizza Hut/KFC mengambil kesempatan traffic yang dihasilkan oleh McDonalds.
- Bagaimana Air Asia membuka booth/pejabat dan juga meletakkan poster sebesar-besarnya di KLIA menulis “Now Everybody Can Fly!”. Air Asia mengambil kesempatan traffic di KLIA untuk promosikan penerbangan kos rendah mereka.
- Bagaimana dalam perniagaan Internet, kita menggunakan “Thank You” email apabila pelanggan membeli sesuatu produk, dalam mempromosikan produk atau perkhidmatan kita yang lain. Ini mengambil kesempatan trafik pembeli yang sedia ada mempunyai kepercayaan membeli daripada kita, untuk beli lagi.
Cuba lihat disekeliling anda dan anda akan dapat nampak kaedah “Integration Marketing” ini digunakan.
Fikirkan bagaimana anda juga boleh aplikasikannya dalam perniagaan anda- mengambil kesempatan trafik sedia ada, untuk menambahkan keuntungan perniagaan anda
Kongsikan artikel ini di Facebook anda!
Pendapat Anda?Tip Satu Minit yang berkaitan:


August 23rd, 2009 at 6:21 pm
Pada pendapat saya, kaedah ini adalah salah satu teknik marketing yang sangat baik
Mungkin pada awalnya, kaedah ini memerlukan kos, namun untuk jangka panjang, kaedah ini dilihat sebagai menjimatkan kos
Saya pun tengah fikir penggunaan teknik ini dalam perniagaan internet.Mungkin salah satu ialah teknik pemasaran menggunakan search engine
August 23rd, 2009 at 10:58 pm
Adakah iklan di body kenderaan juga terdiri daripada integration marketing?
August 23rd, 2009 at 11:26 pm
Teknik marketing ni memang bagus tpi saya ada problem nak apply dalam bisnes online saya. Kalau exchange link tu boleh dikira sebagai integration marketing ke Dr? TQ
August 24th, 2009 at 12:41 am
iklan di body kenderaan not really intergration marketing sebab tak specify traffic sedia ada…
exchange link boleh dikatakan intergration marketing.
tetapi, kalau jv dari segi newsletter subscribtion (contoh: sapa join my newsletter akan join sekali your newsletter), tu juga termasuk intergration marketing…
-ik
August 24th, 2009 at 3:56 pm
Intergration Marketing ini sering digunakan oleh pakar IM selepas pelanggan membeli produk daripada mereka.
Antara contohnya One Time Offer
August 24th, 2009 at 6:00 pm
“Thank You” page juga boleh dan berkesan digunakan untuk mempromosikan produk affiliate yang kita sertai..
August 24th, 2009 at 7:02 pm
Assalamualaikum IK. Jika saya contoh salah satu integration marketing dalam internet ialah mengambil peluang mengiklan pada blog(yang mempunyai trafik tinggi) Betul ke IK?
Saya sedang mengumpul idea Rm10 jadi RM100 di sini http://fathuri.com/?p=726.
Bilamana IK ada kelapangan mohon kongsikan idea ye. Saya percaya tentu ramai pembaca nak tahu idea dari icon jutawan internet kita. Moga jadi inspirasi pada semua.
Salam ceria dari saya dan selamat berpuasa
Bila ada kelapangan singgah ye IK.
Assalamualaikum
August 24th, 2009 at 8:51 pm
kalau bagi blog bagaimana nak buat intergration marketing kalau kita nak exchange link orang tak sudi
August 25th, 2009 at 7:38 am
Sifu ngeri tgk web awk, terlalu hyper…
Zaman sekarang bukan orang nak buat duit semata-mata, tapi nak ilmu buat duit. Ilmu ini ada bermacam-macam baik yang FREE ataupun berbayar.
Pemberian ilmu yang percuma dengan banyak, akan memperolehi duit di kemudian masa.
PS: Jika awak buat blog sebegitu, sudah tentu blog yang sentiasa update tidak mahu exchange link dengan awak. Apa kata awak cari blog seumpama blog awak.
August 26th, 2009 at 9:14 am
tinggalkan komin kat blog spt blog IK bukan ke Intergration Marketing juga ke, komin bro IK. terima kasih.
August 29th, 2009 at 9:00 pm
macam baru jumpe je perkataan Mc Donalds ni ..
:D
September 1st, 2009 at 12:46 am
cakap pasal exchange link .. effek ni kat Pagerank(SEO studies)
Inbound link banyak = web itu penting dengan anggapan web itu punca info.
Outbound link = web itu terlalu bergantung pada info web lain..
Ini cuma info pada pengamatan saye je, bukan satu yang boleh digunapakai secara rasmi.