Internet Membantu Perniagaan Bukan Internet (Bahagian 2)

[Bersambung dari “Internet Membantu Perniagaan Bukan Internet (Bahagian 1)”]

YOUTUBE

Sebelum ini, untuk membuat iklan berbentuk audio dan visual, pilihan usahawan adalah TV. Tetapi, kita sedia tahu bahawa pengiklanan TV adalah amat mahal terutama untuk usahawan-usahawan kecil dan sederhana.

Selamat datang kepada youtube.com di mana, kini, sesiapa sahaja boleh membuat iklan berbentuk audio visual untuk tatapan pengguna-pengguna Internet. Sehingga slogan You Tube sendiri berbunyi “Broadcast Yourself!”

Anda hanya perlu digicam yang boleh merakam video (pastinya zaman ini, semua digicam boleh!), dan anda boleh merakam contoh produk anda atau kedai anda untuk paparan di You Tube. Anda merupakan agen hartanah? Gunakan You Tube untuk memaparkan ruang makan, bilik, bilik mandi dan dapur rumah yang anda ingin jual. Anda merupakan seorang motivator? Gunakan You Tube untuk memberi contoh-contoh ceramah anda. Gunakan kreativiti anda!

 

FACEBOOK

facebook

Facebook.com adalah rangkaian kenalan sosial di Internet. Ia sering digunakan untuk menghubungi teman-teman dan kenalan yang turut memiliki laman web Facebook. Malah Facebook juga telah menyediakan ‘Pages for business’ – Di mana anda boleh mempromosi barangan jualan anda di page khas untuk perniagaan anda. Anda juga boleh memaparkan gambar-gambar produk anda serta peta ke kedai anda.

Pages Facebook terbaru kini, boleh memaparkan dengan jelas dan nyata apa sahaja gambar yang anda ingin tonjolkan. Setiap produk yang anda mahu niagakan juga agak mudah untuk anda war-warkan di pages anda untuk mendapatkan feedback dan pertanyaan. Anda juga boleh menerima pesanan terus dari pelanggan melalui inbox peribadi anda.

Facebook juga menyediakan ruangan video yang mana anda boleh upload dan postkan di wall page anda segala-gala tentang kedai anda. Dengan cara itu, anda boleh mencapai prospek-prospek untuk perniagaan anda dengan lebih mudah.

Melalui laman Facebook juga, anda boleh memaparkan perniagaan anda kepada kenalan-kenalan dan juga rakan-rakan kepada kenalan anda!

Di atas hanya beberapa perkhidmatan popular yang boleh digunakan dalam mempromosi perniagaan fizikal anda di Internet. Walaupun perniagaan fizikal anda bersifat tempatan namun dengan mempunyai kehadiran di Internet, perniagaan anda bukan sahaja boleh mendapatkan  pelanggan di seluruh Malaysia, bahkan juga untuk  pelanggan sedunia.

Sebagai contoh, Halalgelatine.com pemiliknya memiliki sebuah kedai di Kota Bharu, Kelantan. Tetapi dengan hanya mempunyai laman web, kini, kedai tersebut mendapat pesanan dari seluruh dunia! Sekarang anda dapat lihat kekuatan Internet?

 

Akhir kata, Salam Inspirasi Kejayaan.

The following two tabs change content below.
Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

About Irfan Khairi

Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

Leave a Reply

Your email address will not be published.