Sebabkan post lepas berbunyi sedikit negatif, hari ini saya nak “balance”kan dengan posting positif pula.

brunei.gifHari ini saya berada di Brunei, baru tiba semalam. Alhamdullah, kini saya mendapat kepercayaan kerajaan & semi kerajaan Brunei untuk membuat talk motivasi bertajuk “Mengenali Kekuatan dan Potensi Diri”. Pertama kali saya dijemput ke Brunei di bayar oleh kerajaan Brunei- banyak juga mereka bayar. Maklumlah, negara kaya raya :)

Seronok first time buat talk di sini dan mereka amat appreciate profesional speakers sehingga flight pun sponsor business class, hotel pun 5 star. Terasa macam selebriti barat pula ;)

Tip hari ini saya nak berikan khas kepada mereka yang ingin menjadi motivators/professional speakers sebagai kerjaya seperti saya, Bro Kamal Affendi, Dr Tengku Asmadi (dari posting lepas). Tak kiralah, motivator/speaker bidang apa. Untuk berjaya sebagai speaker, pegang kepada 3 tip berikut:

  • Fokus pada satu bidang sahaja, terutamanya bidang yang anda minat dan mempunyai pengalaman. Sebagai contoh, topik talk saya berkisar KEJAYAAN & JUTAWAN- ini menjadikan anda “pakar” dalam satu bidang! 
  • Gunakan style anda tersendiri- Be Original! tidak perlu terikut-ikut cara pakar motivasi/speaker lain. Sebagai contoh, gaya saya agak santai & bersahaja, cara pakaian ada sikit “rock” & tak formal, dan cara penjelasan menggunakan pengalaman sendiri- ini menjadikan anda unik!
  • Pastikan anda boleh “connect” dengan audience. Caranya adalah, jangan cuba muatkan terlalu banyak point dalam waktu yang singkat. Ini akan menghilangkan connection orang ramai dengan anda. Speaker-speaker baru sering melakukan kesilapan ingin menyampaikan banyak informasi dalam waktu yang singkat. Sebagai professional speaker, LESS IS MORE!

Dengar-dengar cerita hari ni 1,500 rakyat Brunei akan dengar talk saya. Selamat menjadi profesional speaker & semoga lebih maju industri motivator & profesional speaker Malaysia! :)

Bagi anda, apa yang anda ingin lihat pada seorang motivator / professional speaker?

ps: Sabtu ni pula (lusa) saya akan berada di Sabah untuk menjalankan Workshop Jutawan Internet buat terakhir kali di Sabah (tahun ini). Bagi yang berminat, klik di sini atau hubungi Shah di 016-6966644 atau Azran d 014-6633311

Pendapat Anda?

Tip Satu Minit yang berkaitan:
  • IK Back Home!
  • Selamat datang September 2006
  • Sejarah Irfan Khairi Sdn Bhd
  • Bersama Jutawan yang GAGAL! Billi Lim