Hari ini saya dijemput sebagai tetamu program baru TV3, Gedik Santai bersama host Kak Engku & Sharifah Azranirah. First time mengenali keduanya. Memang Kak Engku & Sharifah Azranirah sangat friendly dan kelakar orangnya. Berbual dengan mereka di back stage seperti dah kenal lama!

Dalam program sitcom/talk-show ini, Sharifah Azranira melakonkan watak “Gedik” dan Raja Azura melakonkan watak “Santai”. Dua rakan baik yang berperangai berbeza. Sorang gedik, sorang santai membincangkan isu semasa bersama tetamu undangan.

gediksantai.jpg

Siri pertama program ini bertajuk “High Maintenance” juga turut serta Syafinaz & Zahida Rafiq.

Terima kasih kepada pembaca2 Tip Satu Minit yang juga turut hadir dan beri sokongan di Sri Pentas 2. Tak sempat pula berbual lama oleh kerana saya ada program selepas itu. Insyaallah, lain kali kalau ada rezeki, boleh minum2.

Gedik Santai akan mula ditayangkan di TV3 pada hujung bulan ini.

Tip hari ini (kesimpulan saya ketika show tadi), dalam perniagaan, penampilan diri adalah penting. Kita perlu memberi daya tarikan melalui penampilan untuk menambat hati pelanggan. Tak boleh pula kita approach pelanggan dengan keadaan kita tidak terurus.

Pendapat Anda?

Tip Satu Minit yang berkaitan:
  • Rakaman Gedik Santai, TV3
  • Irfan Khairi on Selling Service On The Internet @ BFM89.9fm
  • Irfan Khairi on Selling Information Online @ BFM89.9fm
  • Menjual pengalaman