Dalam memperkenalkan produk atau perkhidmatan anda, adakah persembahan anda boleh dipercayai? (Tidak kira persembahan untuk laman web perniagaan Internet, ataupun persembahan secara live one-on-one)

Antara sebab utama seseorang tidak membeli daripada anda adalah kerana tidak mempercayai apa yang anda persembahkan. Isu kepercayaan adalah salah satu sebab utama anda tidak berjaya membuat jualan!

Pernah tak seseorang jurujual approach anda, dengan produk yang menarik, tetapi, cara dan keterampilan jurujual tersebut, tidak meyakinkan anda- anda tidak percaya dengannya. Sudah tentu anda tidak membeli bukan?

Sebelum anda boleh menjual produk atau perkhidmatan anda, anda perlu “menjual” diri anda sendiri terlebih dahulu. Iaitu, anda perlu memberi keyakinan kepada prospek anda mempercayai DIRI ANDA.

Sekiranya prospek sudah mempercayai anda, membuat apa sahaja jualan adalah lebih mudah!

Langkah PERTAMA adalah memberi kepercayaan, dan langkah KEDUA barulah membuat jualan. Lakukan ini dalam perniagaan anda dan anda akan melihat pendapatan anda bertambah!

PS: Dalam perniagaan Internet, isu kepercayaan adalah isu #1 belian tidak dilakukan. Workshop Jutawan Internet pada hari Sabtu ini akan menunjukkan cara-cara membina kepercayaan dalam perniagaan Internet anda.

Pendapat Anda?

Tip Satu Minit yang berkaitan:
  • Mana lagi penting- Blog atau Laman web
  • Irfan Khairi - Motivasi di TV…
  • “Squeeze page” dalam perniagaan Internet
  • Pesaing memburukkan & menjatuhkan anda…