Jangan jadikan UMUR “TUA” sebagai ALASAN!

Adakah ianya terlalu lewat untuk mulakan perniagaan?

Mungkin umur kita (atau sesiapa sahaja yang anda kenali) telah mencecah 35… 40… 45… 50… atau lebih! Mungkin kita rasakan kita agak “tua” atau lewat untuk memulakan perniagaan online.

Pastinya jawapannya adalah tidak!

1. Pengalaman!

Pengalaman memainkan peranan yang penting dalam kejayaan. Sama ada pengalaman dalam perniagaan sebelum ini, atau pengalaman dalam hidup. Mereka yang telah melalui hidup beberapa dekad pastinya telah melalui pelbagai asam garam hidup dan berjumpa dengan pelbagai jenis ragam orang.

Pengalaman ini adalah sungguh berharga apabila memulakan perniagaan. Pengalaman memberi pelbagai kebijaksanaan dalam membuat sebarang keputusan perniagaan. Pengalaman mengajar kita kesabaran untuk berusaha dalam perniagaan.

2. Tidak lagi “gilakan” wang!

Ketika muda, mungkin wang menjadi prioriti utama. Apabila umur semakin meningkat, walaupun wang masih lagi penting, tetapi bukan lagi keutamaan. Mungkin ketika ini, kebebasan menjadi prioriti- kebebasan masa untuk bersama keluarga, kebebasan membuat pilihan, kebebasan kewangan dan sebagainya.

Apabila memulakan perniagaan bukan lagi bermotifkan wang dan kekayaan semata-mata, ia memberikan sebab yang lebih baik untuk berusaha memulakan perniagaan- sering kali untuk keluarga! Motif inilah yang paling kuat dan akan memberi motivasi dan momentum yang hebat pada mereka!

3. Tahu cara untuk berjaya!

Mungkin ketika muda, “darah muda” membuatkan kita lebih yakin, dan ada kalanya terebih “over confident” pula. Maklumlah, masih lagi mentah. Tetapi, usia dewasa membuatkan kita lebih tahu apa yang diperlukan untuk berjaya.

Kita tahu cara menetapkan matlamat dan cara untuk mencapai sesuatu matlamat. Kita tahu erti kegagalan dan apa yang diperlukan untuk mencapai kejayaan. Pendek kata, tidak kira tahap mana pencapaian kita hingga hari ini kita tahu apa yang diperlukan untuk berjaya.

Sebenar-benarnya, tiada siapa yang terlewat dalam perniagaan. Setiap kali saya diajukan soalan “adakah saya terlewat dalam memulakan perniagaan?”

Sering saya teringat Colenel Saunders, pengasas KFC. Beliau mencapai kejayaan pada umur 72 tahun.

Tapi kini tak perlu melihat jauh, Tun Mahathir pun kini berumur 92 tahun dan menjadi perdana menteri paling tua di dunia! Satu inspirasi bahawa umur tidak boleh lagi jadi penghalang.

Umur sudah tidak patut lagi menjadi alasan untuk tidak melakukan sesuatu yang anda inginkan! Apatah lagi kita yang mungkin dalam 40-an atau 50-an yang berniat dan bercita-cita untuk mulakan perniagaan di Internet.

Jangan jadikan “umur” sebagai alasan terlewat.

Kerana sekiranya anda MAHU, maka anda perlu mencari ILMU dalam apa sahaja dan LAKU apa yang anda perlu lakukan!

The following two tabs change content below.
Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

About Irfan Khairi

Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

One thought on “Jangan jadikan UMUR “TUA” sebagai ALASAN!

  1. Setuju topik yang IK kupas di atas, saya sendiri menyertai kelas intensif ni dah lewat iaitu pada umur lebih 56 tahun. Bagi saya mencari ilmu ini tiada batasnya asal seseorang itu sanggup menerima & mempraktikkan apa yang dipelajari. Pandangan saya untuk seseorang itu memulakan perniagaan mestilah ada ilmu apatah lagi untuk berjaya dalam perniagaan. Modal yang banyak tanpa ilmu yang memacu perniagaan tidak akan kemana. Apa tidaknya dalam dunia tanpa sempadan hari ini kita bebas berniaga di mana-mana saja. Saya mula mengikuti program ini pada Februari 2018 dan sekarang pun baru selesai 5 modul daripada 9 modul pembelajaran. Syukur Alhamdulillah program ini amat membantu saya terutama bagaimana untuk berniaga dalam internet. Banyak kelebihannya dan sekarang saya sudah pun boleh buat website sendiri, blog perniagaan sendiri, pemasaran video sendiri dll. Terima kasih IK

Leave a Reply

Your email address will not be published.