jangan malu

Jangan malu bila gagal dalam perniagaan

Bila perniagaan tak berjaya, memang rasa perit, sedih, down, stress dan sebagainya ada. Sememangnya lumrah berjaya dan gagal dalam perniagaan. Memang rezeki perniagaan 9/10, tetapi yang gagal dalam perniagaan pun 9/10… mungkin lebih lagi.

Sekiranya anda pernah melalui kegagalan dalam perniagaan, jangan bersedih lama sangat. Kalau nak sedih pun, kejap-kejap sahaja. Lagi lama sedih, lagi down dan tertekan kita. So, bak kata mat salleh, Snap out of it!

jangan malu

Apa yang penting apabila gagal dalam perniagaan, jangan sesekali ada perasaan “malu” kerana gagal. Mungkin malu dengan rakan-rakan. Mungkin malu dengan keluarga. Mungkin malu dengan pesaing. Tak kira kawan atau lawan, jangan ada perasaan malu.

Perasaan malu bila gagal itu, akan membuatkan kita tidak mencuba lagi. Sebab takut nanti malu pula kali kedua. Takut nanti apa pula orang kata lagi:

“Dah gagal dalam bisnes, tak serik-serik lagi tu!”

Tanya sahaja pada mana-mana usahawan yang berjaya, pastinya mereka akan kata gagal dalam perniagaan adalah biasa. Melakukan teknik atau strategi yang silap dalam perniagaan juga sering terjadi. Gagal dalam perniagaan akibat pihak lain yang tidak bertanggungjawab seperti menipu, mencuri, pecah amanah pun selalu terjadi

Jadi, apa yang hendak dimalukan. Daripada malu gagal dalam perniagaan, lebih baik malu sebab TIDAK MULA BERNIAGA yang merupakan sesuatu yang amat mulia. Ianya adalah ibadah dan sunnah Rasulullah SAW.

Kegagalan dalam perniagaan adalah perkara biasa. Saya sendiri juga pernah gagal dalam perniagaan Internet saya yang pertama pada tahun 2000. Perniagaan saya yang pertama, hanya berjaya mendapat 3 pelanggan sahaja dalam masa satu tahun. Kiranya gagal la tu… pastinya orang lain yang rasakan diri mereka gagal dalam perniagaan pun boleh dapat lebih dari 3 pelanggan setahun.

Tetapi, bayangkan sekiranya saya malu sebab dapat 3 pelanggan. Sekiranya saya malu untuk mulakan perniagaan ke dua. Sekiranya saya malu kerana “kegagalan”, maka tiada la saya mencapai tahap kejayaan dalam perniagaan sehingga hari ini. Alhamdulillah!

Berbanyak bersyukur sekiranya mencapai kejayaan. Berbanyak bersabar sekiranya terjumpa kegagalan. Apa yang penting adalah ibadah dan sunnah perlu diteruskan tidak kira berjaya atau gagal dalam hasilnya…

Sekiranya anda pernah gagal dalam perniagaan, tingkatkan ilmu dalam perniagaan. Kegagalan sering datang oleh kerana kurangnya ilmu dalam sesuatu itu. Seandainya anda berminat untuk memulakan perniagaan Internet, sertai Program Intensif Perniagaan Internet dan Strategi Media Sosial bersama saya. Lawati www.OpenEdu.com.my atau hubungi 03-77292277 untuk maklumat lanjut.

The following two tabs change content below.
Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

About Irfan Khairi

Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

2 thoughts on “Jangan malu bila gagal dalam perniagaan

Leave a Reply

Your email address will not be published.