Fri 23 Oct 2009
Ramai usahawan melakukan kesilapan memandang rendah pesaing mereka. Mereka mengabaikan pesaing-pesaing utama dengan alasan dalam hati mengatakan “Ahh.. strategi dia pastinya tak menjadi!”.

Ini adalah satu kesilapan yang besar kerana memandang rendah pesaing hanya mengaburkan mata kita daripada strategi sebenar yang dilakukan oleh pesaing. Jangan lupa pesaing juga mempunyai strategi tersendiri untuk mendapatkan pasaran yang lebih besar.
Apa yang terbaik anda boleh lakukan adalah hormati pesaing anda yang berjaya. Jangan pandang rendah pesaing terbaik anda. Pelajari strategi yang dilakukan dan perbaiki perniagaan sendiri berdasarkan kekuatan yang ditunjukkan.
Kongsikan artikel ini di Facebook anda!
Pendapat Anda?Tip Satu Minit yang berkaitan:


October 25th, 2009 at 2:58 pm
Saya sependapat dengan IK. Jika pesaing mempunyai kelebihan dari sebarang sudut, lebih baik kita belajar atau kaji strategi mereka dan menambahbaik apa yang kurang agar lebih mantap.
October 25th, 2009 at 9:19 pm
Persaingan yang sihat memberi faedah bernilai untuk kita, pesaing dan pelanggan.
October 25th, 2009 at 9:44 pm
Setuju..Hormati pesaing. Bina persaingan sihat mcm bangsa cina,walaupun berniaga bersebelahan tapi tetap dlm keadaan harmoni.
Masalah yg berlaku pd bangsa Melayu ialah tak dpt menerima persaingan, jd diorang cuba menjatuhkan pesaing dgn cara kotor.
Jadi sbg umat Islam jauhkan dari sifat2 mcm tu. Pesanan ni saya baca dr artikel Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary
October 25th, 2009 at 10:36 pm
Betul. “Tukarkan lawan kepada kawan dan kekalkan kawan sebagai kawan”
October 26th, 2009 at 11:46 am
Betul tu apa yang dikatakan setiap orang ada strategi masing-masing dalam bisnes, jadi kita harus belajar dari pesaing yang hebat itu untuk memantapkan lagi strategi jualan perniagaan kita.
October 26th, 2009 at 1:56 pm
memang sangat2 betul. Sebab pesaing pun bila nak apply strategi diaorang biasanya dah compare dan improvekan strategi pesaing yang lain juga..
October 26th, 2009 at 2:10 pm
Didalam perniagaan kita tidak boleh memandang pesaing kita hanya sebelah mata. Setiap orang pasti ada kelebihannya tersendiri
October 26th, 2009 at 6:27 pm
Peluang untuk bertambah maju kini terbuka luas dan cerah.
Ambil kesempatan ini untuk memperbaiki diri, mutu produk atau perkhidmatan!
October 26th, 2009 at 8:17 pm
Saya setuju sgt..Kita kena hormat dgn pesaing, jgn saling menjatuhkan. Kena yakin dgn rezeki Allah
October 27th, 2009 at 9:59 am
Yes, we must learn from our competitor. Competition is good.
Can you see how telco industry compete. And can you see how the airline industry compete. So both the player and the customer will get benefit from the healthy competition.
See AirAsia and MAS. They create values to clients. The market volume become bigger and the price become lower.
October 27th, 2009 at 12:57 pm
betul tu..saya sokong pendapat dr IK.
October 27th, 2009 at 1:03 pm
bos minta tolong ckit..saya nak buka car wash ni..bg idea..kawan2 pun kalo ada idea tlg utarakan.tq
October 27th, 2009 at 3:21 pm
saya rase abang Irfan da ade buka topik ni sebelum ni…kalau tak silap la..
kalau ikutkan syarikat bear mcm Coca-cola pun pantau jugak dia punya pesaing wpun pesaing dia tu syarikat kecik jer…
rasanya Donald Trump pun ade bagi nasihat dekat peserta the apprentice. ade satu group ni dia kalah sebab dia pandang rendah dekat strategi group lawan..
memang apa yg dickp oleh abang Irfan memang ade diaplikasikan dan dinasihati oleh pakar2 perniagaan..
memang betul posting ni!
October 27th, 2009 at 3:22 pm
abng irfan sayasalah eja…bukan word bear tapi besar..takut bila abang approve nanti kalau org bace org salah faham..tolong edit ya!
thanks
October 27th, 2009 at 4:51 pm
persaingan yang sihat baik untuk product kita juga .. banyak pilihan kepada buyer .. yang untung kedua-dua pihak
October 27th, 2009 at 10:45 pm
Yup, pesaing kita kadang-kadang boleh jadi mentor terbaik untuk perniagaan kita. Yang penting kena pandai teknik2 bersaing dengan betul. Selain berani, Idea kenala kreatif dan inovatif jugak.
Thanks IK
October 28th, 2009 at 3:59 am
Persaingan membuatkan kita lebih kreatif dlm mencuba sesuatu strategi yg baru.Saya suka pada persaigan….Juara pasti mendapat pulamgan yg berganda.
October 29th, 2009 at 1:16 am
Di mana-mana pun ada pesaing jika bisnes itu ada potensi dan boleh menjana pendapatan.
Anggaplah persaingan itu satu cabaran untuk kita meningkatkan lagi mutu perkhidmatan kepada pelanggan dan berusaha tawarkan sesuatu yang unik bagi memenangi hati mereka.
Yang penting kreativiti dan semangat yang tidak mudah berputus asa.
October 29th, 2009 at 12:47 pm
Kalau nak buat bisnes, persaingan memang tak boleh dielakkan. Yg penting bagaimana kita nak jadikan persaingan tu sebagai sumber inspirasi agar lebih kreatif menjayakan bisnes kita…
Sekadar pandangan saya..
October 29th, 2009 at 3:46 pm
Sebetulnya setiap satu benda dan kejadian yang berlkau disekeliling perlu dilihat daripada sudut posotif, baguslah ada pesaing
sekurangnya produktiviti & hasil kerja akan bertambah baik daripada ms ke semasa…..
takdela….pi mai pi mai tang tu sahaja
October 30th, 2009 at 7:19 am
Dalam perniagaan persaingan adalah normal..Cuma kita kena sentiasa ke depan supya kita dpt bersaing dgn sihat..Sentiasa memperbaharui produk kita dan beri servis yg terbaik
October 30th, 2009 at 11:32 am
minat IM.
tp xtau nk wt camner..
kne blajar bynk lg nie..
October 30th, 2009 at 8:34 pm
jika aku ada musuh dan musuh itu ada ilmu yang baru dan bagus, aku akan sedaya upaya belajar dari dia. Tak dapat semua pun takpe, dapat sejemput ilmu dia pun dah syukur.
November 2nd, 2009 at 3:37 pm
Persaingan dalam perniagaan adalah suatu perkara yang biasa. Saya rasa ia patut hadapinya secara sihat.
Syabas pd IK kerana walaupun sudah menjadi jutawan dlm perniagaan internet tetapi tetap menghormati pesaing dan tidak memperlekeh-lekeh pesaing. Semoga keikhlasan kita mendapat keberkatan daripadaNYA.
November 8th, 2009 at 5:46 am
Zaman Web 2.0 ni kita kena berkawan dengan pesaing, dia maju, kita pun maju.
Dalam buku The Science Of Getting Rich tulisan Wallace D Wattles, dia kata elak untuk bersaing. Sebaliknya, gunakan kreativiti untuk menjadi kaya (dan berjaya!)
Lagipun, motivasi kita akan jatuh teruk tiap kali kita tahu pesaing kita semakin hari semakin maju daripada kita.
-Qistina-
February 1st, 2011 at 10:13 pm
jujur dan sentiasa berhati2 dgn persiang