Jihad dalam perniagaan

Jihad, dari segi bahasanya membawa maksud berjuang bersungguh-sungguh. Dalam konteks perniagaan, maksud yang sama perlu dibawa iaitu berjuang bersungguh-sungguh dalam perniagaan dengan niat mendapat rezeki yang halal. Masih terdengar kata-kata salah seorang mentor saya, Allahyarham Tan Sri Muhammad Ali Hashim berkata, “Bisnes bukan sekadar mencari keuntungan, tetapi bisnes adalah suatu jihad”

Sekiranya kita ingin benar-benar berjaya dalam perniagaan, konsep jihad dalam perniagaan perlu dipegang. Dari segi bahasa, kesungguhan itu sahaja telah memberi kunci kejayaan perniagaan.

Mengapa ramai usahawan gagal dalam perniagaan?

Antara punca utama adalah tiada kesungguhan dalam perniagaan. Kesungguhan dalam mencari ilmu baru dan tiada kesungguhan dalam mengaplikasikan ilmu yang dipelajari. Kesungguhan sangat diperlukan dalam perniagaan oleh kerana iannya dikatakan, kesungguhan adalah lebih penting dari kepintaran dalam berniaga.

Sering saya melihat antara pelajar-pelajar saya yang berjaya dalam perniagaan Internet, bukanlah mereka yang hebat IT dan teknologi, malah sebaliknya. Ramai antara mereka yang berjaya adalah mereka yang memberi kesungguhan dalam menjayakan perniagaan masing-masing.

Mengamalkan konsep jihad dalam perniagaan memberi makna yang lebih besar kepada perniagaan anda. Makna yang lebih besar ini akan memberi motivasi yang lebih tinggi, oleh kerana menjalankan perniagaan bukan sahaja untuk mengejar keuntungan yang lumayan, tetapi juga berniatkan untuk, diri dan keluarga, mengukuhkan ekonomi umah dan membantu mereka yang memerlukan. Lebih banyak kita memberi, maka lebih banyaklah yang kita akan terima.

Kita perlu sering tanya pada diri sendiri, mengapa kita ingin menjalankan perniagaan. Apakah sebab utama dan niat kita? Apakah the BIG WHY?

Pastinya bukan keuntungan material sahaja. Tetapi, sekiranya mendalami sebab utama, jawapan yang diberikan pastinya adalah lebih bermakna dari segi emosi dan emosi inilah yang akan memberi motivasi yang lebih bermakna juga untuk diri kita.

Namun begitu, tidak salah dalam memikirkan kekayaan dan keuntungan. Malah itulah yang diperlukan dalam perniagaan. Sepertimana antara sahabat-sahabat Rasulullah saw, yang merupakan usahawan termasyur zaman itu yang kaya dengan harta benda yang turut digunakan untuk mengembangkan Islam.

Teringat saya pada matlamat saya ketika berumur 20-an. Matlamat saya ketika itu hanyalah pada kekayaan. Maklumlah, masih lagi darah muda. Alhamdulillah, mencapai kejayaan perniagaan ketika itu. Ketika berumur 30-an, matlamat saya pula berubah. Iaitu ingin membangunkan lebih ramai usahawan di Malaysia.

Kini, telah memasuki 40 tahun, matlamat saya pula semakin besar, iaitu ingin membangunkan lebih ramai usahawan Muslim serata dunia.

Kini, saya berada di pejabat saya di Dubai, Dubai Marina dan beberapa hari sahaja lagi akan ke Amman, Jordan bertemu dengan beratus usahawan dan bakal usahawan di sana untuk menyampaikan ilmu perniagaan Internet bersama mereka.

Alhamdulillah, Allah swt telah mempermudahkan jihad saya dalam perniagaan. Mudahan jihad perniagaan anda juga dipermudahkan dan and mencapai segala impian anda tahun-tahun yang akan datang!

The following two tabs change content below.
Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu insan menjalankan hidup yang lebih bahagia dan kaya melalui perniagaan. Untuk mendapatkan Irfan Khairi sebagai speaker atau ketahui program-program yang dikendalikan, hubungi 03-77292277 (save kan nombor ini) 😉

Latest posts by Irfan Khairi (see all)

About Irfan Khairi

Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu insan menjalankan hidup yang lebih bahagia dan kaya melalui perniagaan. Untuk mendapatkan Irfan Khairi sebagai speaker atau ketahui program-program yang dikendalikan, hubungi 03-77292277 (save kan nombor ini) ;)

One thought on “Jihad dalam perniagaan

Leave a Reply

Your email address will not be published.