Wed 16 Jan 2008
“Jutawan” bersama pakar motivasi; Dato Dr Fadzilah Kamsah!
Posted by Irfan Khairi under Tip Perniagaan , Mentor JutawanHari ini saya menjalankan rakaman JUTAWAN! bersama pakar motivasi yang tidak perlu saya perkenalkan lagi, Dato Dr Fadzilah Kamsah. Pertama kali bersua dan beramah mesra dengan Dato’, sambil minum kopi, memang seronok. Sejak belajar lagi saya berangan akan bertemu DFK di arena yang sama, kini sudah bertemu.

Walaupun kami di bawah label yang sama, Telaga Biru, tapi, inilah kali pertama saya berjumpa DFK- kedua-dua sibuk! Oh ya, buku terbaru DFK, “Petua Menangani Stress” dilancarkan serentak dengan “Nota Jutawan, Nota Motivasi”. Kalau pergi ke kedai, jangan lupa dapatkan kedua buah buku ini!
DFK bila bersemuka, memang gayanya sama seperti di TV. Memang beliau amat peramah dan buat saya rasa senang berbual. 3 jam bersamanya (1 jam rakaman Jutawan… lagi 2 jam, berbual-bual!), terasa sekejap sahaja. Dan dalam waktu yang suntuk itu, banyak saya pelajari bagaimana beliau dapat menjadi motivator utama Malaysia! Insyaallah saya akan aplikasikan
Pengumuman hari ini:
Program bicarawara JUTAWAN bersama Irfan Khairi kini di slot baru (ya… tukar lagi!) ke setiap hari Rabu jam 7.15malam.
Mengapa ditukar lagi? Alhamdulillah, Jutawan adalah antara top rated shows di Radio24 dan diberitahu hari Rabu adalah hari paling ramai pendengar radio!
Rancangan bersama DFK akan disiarkan pada Rabu hadapan 7.15pm di radio24 93.9FM.
Tip hari ini, pesanan DFK kepada semua:
Terlalu banyak peluang perniagaan sebagai PIONEER (pertama sekali dalam pasaran- rujuk buku Rahsia Jutawan-Jutawan Internet Terbongkar) di Malaysia.
DFK memberi contoh dirinya sendiri, saya dan juga Chef Li. mencapai kejayaan dengan menjadi pioneer- tetapi, masih BANYAK lagi ruang pioneer di Malaysia!
Bagaimana hendak melihat peluang menjadi pioneer dalam perniagaan anda? jangan lepas “Jutawan bersama Irfan Khairi” minggu hadapan!
Special thanks to my good friend, soundman/pilot Muzamil for helping- ini kali pertama Jutawan dirakam di luar studio!
Pendapat Anda?Tip Satu Minit yang berkaitan:

January 16th, 2008 at 10:16 pm
Ehm, kalau selalu sangat cakap tak boleh. Memang sampai kiamatlah tak boleh.
Insya-Allah. Jika yakin pada diri sendiri. Boleh tu datang sendiri. Janji jangan cepat putus asa.
January 16th, 2008 at 10:38 pm
Dato’ Fadzilah Kamsah…motivator kegemaran keluarga saya!!
January 16th, 2008 at 11:08 pm
jika kau fikirkan kau boleh..
kau hampir boleh melakukan….
jika kau fikirkan kekalahan.. kau hampiri kegagalan..
engkaulah apa yg kau fikirkan…
January 16th, 2008 at 11:24 pm
Saya memang minat dengan DMFK sebab gaya penyampaian yang bersahaja dan ada humor…ada gurau2..
January 17th, 2008 at 12:35 am
Terima kasih Irfan kerana sudi berkongsi pesanan DFK yang berharga tu. Pesanan tu merupakan formula dan rahsia jutawan. Syarikat yang pertama mengeluarkan sesuatu produk itu telah terbukti melahirkan ramai jutawan. Contohnya adalah seperti syarikat-syarikat dibawah yang memperkenalkan produk pertama dalam pasaran.
Forever Living= Aloe Vera
Luxor=Jeli Gamat
Elken=R.O Water
CNI=Kopi Ginseng
Smart Naco= susu Igg
Xango= supplement manggis
Peluang untuk menjadi yang pertama atau ‘initiator’ terbuka luas.Namun malangnya ramai yang suka meniru produk orang lain. Sebab itulah bilangan jutawan itu sedikit.
January 17th, 2008 at 8:02 am
Memang banyak peluang-peluang perniagaan. Bezanya antara mahu memilihnya atau menanti peluang lain yang akhirnya GAGAL unutk mendapatkan apa-apa..
January 17th, 2008 at 12:02 pm
Perniagaan internet adalah satu cabang yang besar juga. Yang silapnya, ramai yang mahu menjadi terlalu “general”. Padahal yang lebih menguntungkan ialah, “be spesific”. Jadilah pakar dalam satu sub yang ‘kecil’. InsyaAllah, kita mudah dikenali.
January 17th, 2008 at 2:42 pm
Saudara Irfan,
Kenapa Jejak Jutawan bersama Dato’ MFK kali ini tidak diadakan secara ‘LIVE’? Tak dapatlah nak call dan bertanyakan soalan dengan beliau…
January 17th, 2008 at 6:31 pm
saya juga amat mengkagumi kejayaan DFK. byk nasihat berguna dari nyer.. saya meminatinyer dari zaman sekolah2 lagik.. beruntung saudara dapat bersua muka dengan DFK…
January 17th, 2008 at 7:19 pm
waktu 7.15 xkena sebab orang sibuk smyg maghrib sila pertimbangkan waktu tersebut.
January 17th, 2008 at 8:41 pm
Yes! DFK memang best.
Sejak bulan ini, Jutawan sudah bukan lagi live, oleh kerana jutawan2 sukar untuk datang pada waktu yang ditetapkan (termasuk saya!). sebab itu, kami perlu lakukan recording.
sebarang pertanyaan, pendapat ataupun pujian mengenai program “Jutawan”, apa kata email directly kepada info@radio24.com.my
January 17th, 2008 at 11:38 pm
betuk yg titan cakap tu.. kalau kita fikir GAGAL, memang gagal yg kita dapat. tidak payah menghukum org lain GAGAL…,lain org lain taktiknya,tidak semua org sama taktiknya, hanya orang “cukup-cukup makan” atau setarah pendapatan org makan gaji biasa jer sama taktiknya.
(jangan takut cuba memperbagaikan perniagaan)
(shed mokhtar albukhairy merantau seluruh ceruk malaysia mencari peluang perniagaan yg berbagai-bagai)
January 17th, 2008 at 11:39 pm
kenyataan saya diatas menbidas pendapat En Dlie
(jangan terasa hati lah yer)
January 18th, 2008 at 3:27 am
Tukar lagi waktu siaran. Bagus juga Irfan bagi tahu awal. Sokong cadangan ‘fusz’.
Menjadi pioneer dalam sesuatu perniagaan kemungkinan terdapat sedikit risiko kerana tiada kayu pengukur baginya. Perlu percaya pada diri, anda bolih!, kena cekal, tabah dan berdisiplin kuat.Menjadi pioneer dan berjaya, imbohannya pasti memberangsangkan.
Sama samalah kita mendengar recording wawancara antara Irfan dan DFK. Semuga kita dapat memnafaatkan ilmu yang terkandung. Selamat mendengar dan mempraktikkan ilmu berguna.
January 19th, 2008 at 10:32 am
Saya pernah hadiri program motivasi oleh DFK anjuran company tempat saya keje.
Pengisian memang power, tapi yang tak kurang pentingnya, tak kering gusi dari awal higga akhir.
January 19th, 2008 at 11:20 am
Seronok bila jumpa pakar motivasi ni
saya penah jumpa DFK memang best!…
Kebanyakan JUTAWAN kat dunia ni adalah PIONEER bagi produk yang mereka hasilkan,selain daripada monopoli!
Contohnya macam microsoft, IKEA, YAHOO!, @ GOOGLE dan byk lagi la…
January 24th, 2008 at 8:38 am
Salam,
Sesungguhnya saya amat teruja ngan Dato’ Fadzilah ni,
Untuk Irfan Khairi -…… BILA LAGI NAK BUAT TALIAN AFFILIATE UTK PROGRAM ANDA,
BOLEH GAK BUAT , HE HE HE
March 2nd, 2008 at 2:05 am
haloo..saye seorang pelajar, dan berminat untuk mempelajari biznes tp sye tak thu bgimana nk mula…adakah saya bole berjaya jika bwat sesuatu biz? saye dh cbe bnyk biz..tp tak menjadi.
March 23rd, 2008 at 12:06 am
Kaya yang hakiki adalah kaya hati..
-hukama-
March 27th, 2008 at 12:00 am
berusahalah semua, kejayaan di tangan sendiri http://malaysiaonlineradio.blogspot.com/
July 26th, 2008 at 10:37 pm
Beruntung kami di sini keran Irfan sudi berkongsi tips dari Dato Dr Fadzilah.
Thanks a lot..