Kalau disebut “JUTAWAN”, sering kita akan bayangkan seseorang memakai kot, bertali leher, hisap curut, jam rolex, rumah bungalow, duduk belakang sambil driver bawak mercedes, naik kapal terbang business class dan sebagainya…

Menurut Dr Thomas Stanley, penulis buku “Millionaires Next Door”, zaman sekarang, di kala keadaan ramai “Jutawan modern”, perkara ini semakin kurang berlaku. Ramai jutawan yang hidup di kawasan perumahan kelas pertengahan, menjalankan hidup seperti ramai antara kita, membeli belah di kedai-kedai diskaun, dan berpakaian sederhana sahaja.

Untuk jutawan-jutawan modern ini, apa yang menjadi motivasi, bukan lagi memiliki banyak barangan / material (seperti jutawan dulu-dulu)

Tetapi, untuk jutawan modern, ianya adalah mempunyai PILIHAN melakukan apa yang diinginkan.

“For the rich, it’s not about getting more stuff. It’s about having the freedom to make almost any decision you want,”

-T. Harv Eker, penulis “Secret of Millionaires Mind

Bila kita jadi jutawan kelak… apa kata kita jadi jutawan “modern” yang lebih menjurus kepada konsep “kesederhanaan” dalam Islam :)

ps: Bagi mereka di Johor Bahru, apa kata singgah Grand Blue Wave Hotel pukul 8.00 malam esok (selasa 3hb June). Sempena taklimat percuma MIBO. Saya juga akan berada di situ. Jumpa di JB :)

Pendapat Anda?

Tip Satu Minit yang berkaitan:
  • Berita Harian - Sembang Sabtu
  • Jadualkan hari anda
  • Mentor Jutawan: Chef Li, Jutawan Senyap
  • Rahsia mencapai kecemerlangan pingat emas