Wed 9 Apr 2008
Secara jujurnya, untuk menjadi “Jutawan” soho ni, bukan senang. Saya pun tak pernah kata jadi jutawan kerja senang… orang lain ada la kata senang jadi jutawan- tapi bukan saya ;)
Untuk jadi jutawan…
- Anda perlu jual sesuatu dengan keuntungan RM1,000,000 kepada 1 orang atau…
- Anda perlu jual sesuatu dengan keuntungan RM100,000 kepada 10 orang atau…
- Anda perlu jual sesuatu dengan keuntungan RM10,000 kepada 100 orang atau…
- Anda perlu jual sesuatu dengan keuntungan RM1,000 kepada 1,000 orang atau…
- Anda perlu jual sesuatu dengan keuntungan RM100 kepada 10,000 orang atau…
- Anda perlu jual sesuatu dengan keuntungan RM10 kepada 100,000 orang….
- Atau apa sahaja in between!
Ramai antara kita dengan skill yang ada, hanya yakin dan berkebolehan menjual sesuatu yang berharga antara RM10-RM100. Sekiranya anda tergolong di sini dalam perniagaan SoHo anda, maksudnya, anda memerlukan antara 10,000 - 100,000 pelanggan.
So, fikirkan pula, untuk mendapat berpuluh-puluh ribu pelanggan… berapa lama masa anda akan ambil? Lama bukan?
Tetapi here’s the good news!
Dengan bermula menjual sesuatu yang memberi keuntungan RM10, anda akan menjadi lebih yakin menjual sesuatu yang memberi keuntungan RM100. Apabila anda yakin menjual sesuatu yang memberi keuntungan RM100, anda akan menjadi yakin menjual seusatu yang memberi keuntungan RM1,000.
Apabila sampai tahap ini, anda hanya perlu 1,000 pelanggan sahaja untuk menjadi jutawan soho!
Perjalanan beribu batu bermula dengan satu langkah. So, start small… start a SoHo. Walaupun anda tidak boleh jadi jutawan dalam sekelip mata, tetapi, dengan cara yang betul, anda boleh mendapat extra income untuk anda & keluarga.
Seperti saya kata, untuk menjadi jutawan SoHo seperti saya, bukanlah perkara yang senang dan boleh goyang kaki untuk mencapainya. Rujuk berita saya di Kosmo “RM1 juta tiga tahun”. Tetapi, untuk mendapat pendapatan RM2,000-RM3,000 secara SoHo, adalah agak mudah
============= Aktiviti =============
2 aktiviti berkaitan dengan SoHo dari IKSB:
- Workshop Jutawan Internet hujung minggu ini Sabtu, 12hb April masih lagi dibuka dengan hanya 2 tempat sahaja kosong… Klik sini sekiranya berminat menceburkan diri dalam Soho perniagaan Internet.
- Taklimat percuma MIBO akan berlangsung di Hilton KL Sentral pada minggu depan, hari Selasa 15hb April. MIBO (Malaysian Independant Business Ownership) juga adalah berkonsepkan SoHo. Bagi yang berminat, sertai taklimat percuma ini bersama Dr Azman Chin & saya sedikit cameo
Terus datang sahaja… percuma. Tak perlu call!
Kongsikan artikel ini di Facebook anda!
Pendapat Anda?Tip Satu Minit yang berkaitan:


April 9th, 2008 at 7:59 am
thanks for a nice tips.. kadang-kadang kita terlepas pandang semua nie. kerana terlalu ingin menjadi jutawan seperti saudara IK
, kita lupa untuk menyediakan diri tentang perkara-perkara sebegini.
thanks again..
maka ramai yang terjebat dengan program goyang kaki dapat 1 juta
Apa pun sesuatu yang bagus kepada saya di awal pagi..
April 9th, 2008 at 8:53 am
slmt pg irfan,
saya dah bele dgn MIBO saya join ni…hehe
tak tahu nak buat apa dah…(tak reti sgt nak jumpa org)…
ada tak cara untuk saya dapat jalankan MIBO ni?
tapi skrg ni, income online saya agak bagus juga…
bagi pandangan irfan, apa yang patut saya buat skrg???
tingkatkan lagi income online atau cuba buat MIBO ni?
harap irfan dpt tolong…hehe
han
April 9th, 2008 at 8:54 am
masalahnya ramai yang nak jadi jutawan segera. mudah terpengaruh… dapat2 sikit2 aje mula laa nak mengeluh. lambat laa itu laa ini laa… akhirnya yang dikejar tak dapat yang ditabungkan hilang sekelip mata…
bukan kaya sekelip mata. papa sekelip mata…
lebih wajar dipanggil cara nak papa sekelip mata?
“bagaimanakah mahu papa sekelip mata” takder orang mahu punya jadi papa sekelip mata…
habiskan satu juta dalam masa satu bulan untuk jadi bilinaire pulak…. macam cerita mr os tajuk citer apa entahnya…
April 9th, 2008 at 9:31 am
Tersangat lah…. betul… dan saya pun x harap nak jadi jutawan semudah satu kliks saja. Inilah tips dari jutawan yang sebenarnya…. Realllistik
April 9th, 2008 at 9:33 am
Betul kata IK. ‘Think small’ first. Bila dah confident baru ‘think big’! Sebab proses pembelajaran adalah untuk selama-lamanya …
April 9th, 2008 at 10:03 am
Untuk memendekkan nya yer lah RM10 x 100 000 , susah kan ???
So
RM50 x 20 000
atau
4 produk sekali gus , satu RM50 so
RM x 5 000
Untuk jadi jutawan dalam masa 365 hari dengan menjual 4 produk berharga RM50 , perlu mendapat pelanggan sebanyak 55 untuk satu hari .
Pergh . jadi satu laman web perlu menerima 15 pelanggan setiap hari .
Anggaran kos iklan dan pemasaran sebulan untuk mendapat 15 pelanggan sehari sekitar RM1500-RM2500 .
Waaaah
April 9th, 2008 at 10:42 am
tgh tunggu shah utk ‘on’ MIBO, semoga Allah swt memberikan jln ni sbg salah satu jejakjutawan saya, Insya-Allah…I can do it!
April 9th, 2008 at 11:53 am
tq abg irfan…
tip yang berguna dan membuat saya sering berfikir…sebab itu saya sering menggunakan pendekatan biar kecil asalkan berhasil.
April 9th, 2008 at 12:42 pm
salam IK,bercakap mengenai ingin menjadi kaya ni, ibarat hujan yg turun. Kita suka suasana selepas hujan (dingin/nyaman) tetapi cuba elak semasa hujan (basah/becak/leceh dll).Ya, ingin terus jadi senang tetapi tidak mahu lalui susahnya.tk
April 9th, 2008 at 1:18 pm
MIBO kat hilton selasa 15hb april ni brp jam? 1/2 day ke full day ke? Tkt berapa? Macamana nak dptkan full info pasal MIBO ni?
April 9th, 2008 at 1:50 pm
wow… something new opprtunity!!
mesti p kat hilton kl sentral..
k c u there..
April 9th, 2008 at 4:47 pm
percaya dan yakin pada diri sendiri, tidak kira berapa pun keuntungan, dengan usaha yang berterusan pasti terjual apa yang kita promosikan, yang penting never,never,never give up….!!!
April 9th, 2008 at 6:27 pm
askm.. lupe plak nk tanye..
kursus MIBO 2 pukul brape ek ?
i hope i dpt join skali MIBO ni soon.. i’allah.
April 9th, 2008 at 9:37 pm
oh, mengenai taklimat percuma MIBO:
15hb April 2008
waktu –> 8.00pm - 10.00pm
Hilton, KL Sentral
-ik
April 10th, 2008 at 12:41 am
salam IK & semua sahabat
saya benar2 teruja utk mendengar taklimat MIBO.
Insyallah jumpa disana..Ingin berkongsi petikan ini : Sebagai orang Islam kita mesti lakukan yang terbaik setiap hari. Itu perkara asas dan tidak ada yang luar biasa. Berfikiran positif & fokus apa yang kita buat merupakan satu ramuan yang lengkap..Amin
April 21st, 2008 at 2:53 pm
Salam,
semua anak-anak ku,
saya telah pun 56 tahun, wanita sangat teruja dengan pelan MIBO, JANGAN BERLENGAH LAGI.
jika tidak orang lain akan mencuri peluang yang sangat bagus ini.
saya baru joint MIBO dan hari ini dah boleh access portal MIBO.
bercadang nak guna blog seperti nasihat irfan.
blog saya buat sendiri dalam keadaan yang kurang faham.
saya akan mula hari ini. juga.
saya nak mula satu produk saja iaitu- VOIP.
HARI NI DAH DAPAT SATU CUSTOMER.
apa macam.ok tak.
kak zainun.
February 14th, 2009 at 8:28 am
apa produk yang terbaik yg patut dijual dengan harga rm1000 ni IK?