Teruja dengan “JUTAWAN! bersama Irfan Khairi”

Saya amat teruja dengan peluang yang diberikan untuk mengendalikan program saya sendiri di Radio24 mulai Khamis, 1hb November ini! Teruja sehingga tak terkata! Kini tinggal lebih kurang 48 jam sahaja sebelum program “JUTAWAN! bersama Irfan Khairi” akan keudara buat pertama kalinya 🙂


Radio24 | 93.9FM | 3pm-5pm | Setiap Khamis

JUTAWAN! adalah talk show di mana saya akan menemuramah usahawan-usahawan jutawan yang berjaya dari pelbagai industri. Setiap episod/siri akan memaparkan seorang tokoh jemputan JUTAWAN!. Tidak seperti talk show yang lain, konsep talk show ini adalah berkisarkan pembangunan diri di mana teknik dan strategy kejayaan dan perniagaan akan didedahkan!

Apa yang membezakan mereka yang bergelar jutawan dan mereka yang mencapai kejayaan sederhana? Apakah mindset seorang jutawan? Bagaimana kita boleh aplikasikan strategi perniagaan dan pembangunan diri usahawan-usahawan jutawan ini? Dan macam-macam lagi persoalan menarik mengenai minda jutawan!

Semalam, saya di udara bersama Nizal Mohammad di Radio24 untuk preview program “JUTAWAN!”.

Harap maaf, oleh sebab terlalu sibuk, tak sempat saya post kan mesej untuk memberi tahu anda mengenai preview semalam yang berlangsung dari 9mlm hingga 12 mlm di radio24. Mungkin ramai yang terlepas!

Tetapi tak mengapa… kini, krew saya sedang menaip semula transkrip preview tersebut untuk bacaan anda. Apabila siap nanti, kami akan berikan PDF preview tersebut kepada anda… mungkin dalam format e-book percuma.

Apa yang menariknya ketika preview semalam, saya melakukan call-in jutawan Hartanah, tak lain-tak bukan, Azizi Ali untuk turut serta memberi pendapat tentang rancangan JUTAWAN.

ikdj.jpg

OK, special announcement, hari Khamis ini tetamu pertama JUTAWAN! bersama Irfan Khairi adalah seorang jutawan MLM. Seorang usahawan MLM yang berjaya meraih berjuta daripada MLM.

Hari Khamis ini, tak sabar saya hendak mencungkil dan mengorek rahsia seorang jutawan MLM dan motivator, Dato Dr Azman Chin!

Bagi mereka yang pernah menyertai MLM, pastikan anda bersama saya hari Khamis ini untuk mengetahui bagaimana anda dapat melipat kali gandakan keuntungan perniagaan MLM anda.

Bagi mereka yang merancang untuk menyertai MLM, pastikan anda bersama saya untuk mengetahui apakah langkah pertama yang paling penting dalam menjayakan perniagaan MLM anda.

Bagi mereka yang tidak minat dengan MLM, pastikan anda juga bersama saya nanti oleh kerana ilmu yang disampaikan oleh Azman Chin nanti pasti akan memberi manfaat kepada anda untuk menyediakan anda berfikir seperti seorang jutawan- tanamkan minda jutawan dalam apa sahaja industri yang anda minat!

Berbagai-bagai soalan yang saya sediakan untuk memastikan Azman Chin membongkar segala rahsianya. Oleh kerana saya juga pernah melalui perjalanan mencapai jutawan, soalan-soalan saya pasti akan membuka minda anda tentang minda seorang jutawan 🙂

Dan yang paling best sekali…

phone.jpgKami mengambil keputusan untuk membuka talian telefon untuk ANDA sendiri call in dan bertanya apa sahaja soalan pada ikon-ikon jutawan kelak. Ilham ini saya dapat dari Tip Satu Minit oleh kerana, ramai yang sering mengadu, tidak berpeluang untuk bersemuka  atau berinteraksi dengan jutawan.

Kini, tiada lagi alasan untuk anda tidak berinteraksi dengan jutawan oleh kerana saya akan menerima call-in daripada anda. So, sama-sama kita LIVE on air ok?

So, keluarkan handphone anda sekarang, dan ambil nombor ini…

03-26927939

Save kan nombor ini dalam phone book anda oleh kerana nombor ini untuk anda mendapat akses kepada ikon jutawan pada hari Khamis ini (dan setiap Khamis akan datang). Dah save kan? Kalau belum, cepat-cepat savekan… dan tulis sebagai Irfan Khairi Radio24!

Ok, pastikan anda bersama saya hari Khamis ini pukul 3pm-5pm di Radio24 gelombang 93.9FM.

Radio24 hanya didengari di Selangor sahaja melalui radio buat masa ini. Bagi mereka yang tidak dapat 93.9FM, masih lagi tiada alasan oleh kerana anda boleh mengikuti secara LIVE STREAMING di http://www.radio24.com.my (saya cadangkan guna earphones supaya tiada maklumat penting terlepas!)

So, 3 perkara saya ingin ingatkan anda…

  1. Pastikan anda menyediakan buku nota dan pen untuk mencatit info-info penting yang disampaikan di “JUTAWAN! bersama Irfan Khairi”. Ini adalah syarat 101 Irfan Khairi dalam menuntut ilmu 😉
  2. Pastikan anda call-in ketika siaran untuk bertanyakan soalan-soalan pada saya atau Jutawan MLM, Azman Chin! Nombor sudah save dalam phone? 03-26927939. Saya hendak lihat talian telefon di studio nanti berkelip-kelip dengan pembaca Tip Satu Minit yang tak sabar bertanyakan soalan!
  3. Ingat bahawa… Jejak sejuta ringgit bermula daripada motivasi satu impian! Dan ini adalah usaha saya mendekatkan lagi ikon-ikon jutawan negara kepada masyarakat umum untuk memberi inspirasi dan motivasi!

Kita berjumpa di JUTAWAN! bersama saya, Irfan Khairi! Cayalah 🙂


Radio24 | 93.9FM | 3pm-5pm | Setiap Khamis
The following two tabs change content below.
Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

About Irfan Khairi

Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

53 thoughts on “Teruja dengan “JUTAWAN! bersama Irfan Khairi”

  1. u’re most welcome Irfan. Love to see a lot of young man become milionnare at 20 something. Keep it up Irfan. Sanggup tidur lambat hari Rabu tghmalam tunggu siapa pulak kali ni hehehe.

  2. baru dgr sekali terus jatuh hati..xdgr live sebab sebab2 xdpt dielakkan. Ada rakaman lagi.. best la..keep it up dr..tq

Leave a Reply

Your email address will not be published.