Semalam saya berada di Radio24 93.9fm berkongsikan mengenai tip-tip menjalankan perniagaan dari rumah (tak semestinya perniagaan Internet sahaja). Sempat juga Abang Abu join on air secara telefon berkongsi bersama. Berikut adalah antara tip-tip yang dikongsikan bagi yang terlepas :)

Kalau anda menjalankan perniagaan SoHo…

Jangan curi keuntungan perniagaan anda. maksudnya, untung dari perniagaan, elok-elok dikira sebagai “untung perniagaan” bukan masuk dalam poket anda dan membeli belah. Anda sebagai usahawan perlu ibaratkan mengambil “gaji tetap” dari perniagaan tersebut. Bukan untung extra, belanja extra…

Laburkan kembali keuntungan perniagaan untuk mengembangkan lagi perniagaan, promosi, menambah prospek, menambah kredibiliti dan sebagainya. Keuntungan perniagaan, adalah milik perniagaan… jangan dicuri!

Kalau anda menjalankan perniagaan SoHo…

Perlu mempunyai disiplin. Anggap perniagaan dari rumah seperti bekerja 9-5. Perlu mempunyai disiplin. Bila kerja dari rumah, memang katil dekat, TV dekat, DVD dekat, dapur dekat… semuanya dekat sampai mengujakan kita untuk relax. Nasihat saya… perlu mempunyai jadual seperti jadual di sekolah dulu. Waktu sekian-sekian… untuk melakukan sekian kerja… :)

Kalau menjalankan perniagaan SoHo…

Perlu mempunyai fokus. Jangan lakukan banyak perkara serentak. Sememangnya kerja dari rumah memberi kita masa & fleksibiliti. Ini pun akan menguja kita untuk mencuba berbagai-bagai perkara… berbagai bagai bisnes serentak.

Fokus kepada perniagaan kita yang satu supaya dapat membina kredibiliti dan kepakaran dalam satu bidang itu. Mat Salleh kata, don’t be jack of all  trades and master of none. Fokus-fokus & fokus. Tumpukan usaha, tenaga dan juga modal kita pada satu perniagaan sehingga berjaya.

Insyaallah esok lusa saya akan tambah lagi apa yang dikongsikan di radio semalam bersama Abang Abu.

Untuk maklumat anda, pertama kalinya saya digandingkan dengan Abang Abu (mentor jutawan dari Singapura) untuk kongsikan teknik & strategi bagaimana ketika gawat ni pun, masih boleh melipatkali gandakan keuntungan perniagaan anda. Seminar 2 hari baru ini dikenali sebagai “Bisnes Berapi” akan dijalankan pada 13hb & 14hb June dan kini dibuka untuk pendaftaran. Klik di sini untuk maklumat lanjut… (harga pengenalan hampir tamat. pastikan daftar sekarang sebelum harga dinaikkan)

Pendapat Anda?

Tip Satu Minit yang berkaitan:
  • SoHo: Small office / Home office
  • 5 Tip perniagaan 2009 (ketika ekonomi down)
  • SoHo: IK di Kosmo
  • SoHo: Rahsia Fokus - efficiency curve