kebarangkalian

Kebarangkalian berjaya dalam promosi…

Lebih banyak anda mencuba dalam perniagaan, lebih hampir anda kepada kejayaan. Ini adalah kerana dalam perniagaan dan kejayaan, segalanya mengikut kebarangkalian (probability).

Sekiranya anda mencuba 10 teknik promosi yang berlainan, kebarangkalian salah satu daripada 10 teknik tersebut mungkin menghasilkan pelanggan yang ramai adalah tinggi. Tetapi, sekiranya anda hanya mencuba 3 teknik promosi, kebarangkalian menjumpa teknik promosi yang berjaya adalah rendah.

kebarangkalian

Bayangkan sekiranya anda mencuba 20 teknik promosi. Kebarangkalian anda jumpa dengan teknik promosi yang ideal dan menghasilkan pelanggan paling ramai adalah amat tinggi!

Selepas menjumpai cara paling ideal, gunakannya setiap masa!

Perbanyakkan cara promosi anda supaya kebarangkalian untuk anda jumpa teknik promosi yang terbaik untuk perniagaan anda adalah tinggi. Jangan mengharapkan 2-3 teknik promosi sahaja oleh kerana kebarangkalian untuk anda jumpa teknik promosi yang terbaik adalah rendah.

Pemain baseball yang menghasilkan home-run (pukulan bola melebihi sempadan arena stadium!) paling banyak sekali didunia adalah pemain yang paling banyak sekali terpaksa strike-out (pemain dikeluarkan oleh kerana pukulan tidak mengena bola). Bila ditanya mengapa ini terjadi, beliau menjawab…

“kebarangkalian saya mendapat home-run adalah tinggi oleh kerana percubaan saya adalah tinggi. Lebih banyak kali saya strike-out, maka saya tahu, lebih hampir saya mendapat satu home-run!”

Semuanya adalah kebarangkalian! Jangan berpuas hari dengan hanya satu atau dua cara promosi sahaja, contohnya hanya bergantung kepada brochure atau kad bisnes. Sama juga dengan Internet, jangan hanya bergantung hanya kepada Facebook sahaja untuk menjayakan perniagaan anda. Pesaingan perniagaan adalah semakin ramai hari, dan pelbagai kaedah promosi digunakan oleh pesaing-pesaing anda!

Sekiranya anda ingin ingin memulakan perniagaan Internet dan pelajari pelbagai cara mempromosikan perniagaan anda, sertai Program Intensif Perniagaan Internet dan Strategi Media Sosial bersama saya. Program 6 bulan ini akan membantu anda dari A hingga Z memulakan dan menjalankan perniagaan melalui Internet dengan pelbagai cara promosi perniagaan anda untuk bersaing dengan pesaing-pesaing anda! Klik di sini untuk menyertai pengambilan terbaru yang akan bermula tidak lama lagi. Tempah tempat anda sekarang. Lawati http://www.OpenEdu.com.my.

 

The following two tabs change content below.
Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

About Irfan Khairi

Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

23 thoughts on “Kebarangkalian berjaya dalam promosi…

  1. Beli 1 Percuma 1..
    Musim cuti sekolah dah nak dekat..
    Ada adik2 yang nak berkhatan..
    Ehem! Ada yang takut sangat..
    Be cool.. Akan muncul seekor rabbit kartun (namanya JOJO)yang akan memasuki dunia minda kanak2 untuk memujuk mereka supaya bertenang, JOJO akan memperkenalkan produk’nya’..
    Tak lama lagi akan edar flyer ke beberapa buah sekolah, fokus pada pelajar darjah 2,3&4..
    PROMOSI DAN TEKNIK!
    Kita update keputusannya awal tahun depan..
    Anyway, Thanks so much for the excellent coach to ive us to the next (hope 2B)MILLIONAIRE..

  2. Terima kasih untuk tips hari ini.Saya setuju dengan mempelbagaikan teknik promosi.Selain dari online kita juga boleh membuat promosi secara off-line,mulut ke mulut,menyertai forum,newsgroup,membeli iklan,menyertai iklan percuma dan banyak lagi.Antara kaedah promosi ni,yang mana rasa yang paling berkesan?

  3. sy setuju

    salah satu promosi pasti mendapat sambutan.. dan maintainkan pada promosi tersebut kerana sambutan amat menggalak.. tp jgn abaikan promosi yg lain, cuba cari jalan untuk tingkatkan juga promosi yg kekurangan tersebut.. dalam promosi juga perlu pandai bermain dengan trendy waktu sejajar dengan jenis product..

    hehe.. pengalaman bekerje takde lagi.. pengalaman belajar saje..

  4. lakukan apa yang terlintas di kepala.. kerana ianya adalah satu kebarangkalian…kita tidak tahu umpan yg mana satu akan mengena..

    mcm org memancing gak.. kalo bawa sebatang joran..dan guna sejenis umpan.. samada dapat seekor atau tidak dpt lansung..

    berbeza dgn yg bawa 4 batang joran..dan guna 4umpan berlainan….kalau salah satu dapat ikan…tgk la umpan yg digunakan..dan boleh guna kat 3btg joran lagi… kan bagus tu 😛

  5. Assalammualaikum Irfan

    Promosi.Ermm betul tue…Kalau promosi yang pertama tidak berjaya,cuba promosi cara kedua.Dan begitulah seterusnya…Bila dah buat banyak “cara” promosi,kita akan dapat 1 cara promosi yang terbaik! 🙂

    Ok,jumpa lagi…
    Caucincau…

  6. Opss! Lupa pula…

    Nak Ucapkan Selamat berpuasa bagi seluruh umat Islam di ruangan Tips Satu Minit Irfan Khairi ini. Puasa yer semua. Jangan “Ponteng” Puasa! 😉

    Ok,jumpa lagi.
    Caucincau…

  7. waahh..tpoik hari ni power sekali, tentang promosi..

    memula buat online bisnes ni dulu saya terkantoi jugak, sebab saya tak tau cemana nak buat promosi..kemudian saya terjumpa dengan buku tulisan Corey Rudl, beliau mengajar cemana nak buat promosi dan pemasaran di internet, tentang online merketing dan segalanya tentang marketing..setelah baca buku tu, saya jadi excited dan start baca buku lain, artikel dan segalanya tentang internet marketing..

    sebulan selepas tu, income dah ok..saya terus berusaha menambah bacaan dan saya ikuti tip-tip pemsaran yang diberikan..kebarangkaliannya adalah tinggi, kerana percubaan adalah tinggi..yang penting dalam buat promosi ni, kita kena explore teknik baru, tumpukan usaha 80% pada promosi dan berani gagal!

  8. Ya.. proses ‘cuba jaya’ memang amat penting dlm perniagaan atau dalam apa2 bidang sekalipun. Kalau tak cuba, camne nak tahu hasilnya. Ya tak? 😉

  9. Salam Sahabat..
    Salam Ramadhan.. moga dapat memanfaatkan peluang dibulan penuh keberkatan, ganjaran dan seribu satu kelebihan..

    Wassalam..

    p/s: Teruskan promosi sahabat…

  10. Assalamualaikum.

    Teringat saya kepada buku Irfan.
    Istilah nye saya tak ingat.
    Tetapi ada sebut pasal promosi-promosi-promosi. kan?

    Nak promosi macam mana lagi yer…? (tiru nada Maya Karin) 🙂

    Wassalam.

  11. irfan!!Promosi ibarat menanam benih,makin banyak benih kita tanam,makin bertambah banyak buahnya.andai saya tanam kacang tanah ramai pembelinya yang berniaga icekacang,andai saya tanam mangga ramai yang akan membuat jus mangga tetapi kalau mangga yang ditanam tak menjadi macam mana hasilnya teruk juga.baik tanam duit dalam internet ,banyak faedahnya satu dunia tau..gua kaya bebbb

  12. Syabas kerana berjaya menarik hati saya untuk lebih menegtahui tentang tip2 untuk menjadi jutawan. Insyaallah saya akan membeli cd rom 123 dan buku RJJJT.

  13. Saya fikir hanya adwords adalah terbaik promosi terbaik international market dan lelong.com.my utk promosi tempatan. TETAPI, Saya hairan bin terkejut melihat Alexa ranking sesetengah website tempatan yang tinggi (ribuan visitor sehari) walhal saya tak pernah menjumpai website tersebut sebelum ni dan tak menyangka kewujudannya, malahan income mencapai RM5K sebulan. Apa rahsianya? 🙁

Leave a Reply

Your email address will not be published.