Kekayaan menurut Islam

Berikut soalan yang saya ajukan kepada Dato Dr Fadzilah Kamsah yang saya ingin kongsikan bersama:

IK : Dalam perspektif orang Islam, ramai yang mengatakan tak payahla kaya-kaya. Bersederhanalah. Tak perlulah menjadi jutawan. Betul ke dalam Islam itu sendiri menuntut kita dengan bersederhana dalam bentuk kekayaaan ini?

DDFK :Ini adalah salah satu perkara yang seringkali kita terlepas pandang. Ini daripada ulama”™-ulama”™ yang mentafsirkan dan orang ramai tahu serta ustaz-ustaz di luar sana pun beritahu kita yang kita ini adalah “˜umattan wasata”™  ataupun kita ini adalah umat pertengahan. Maksud umat pertengahan itu kadang-kadang ditafsirkan dengan cara yang betul dan acapkali juga ditafsirkan dengan cara yang silap.

Pertengahan itu dikatakan seperti “ala, kalau kita mati nanti pun kita bawa kain kapan jer bukannya boleh bawa harta benda masuk kubur”. Maksud bersederhana di situ adalah silap sama sekali sebab sederhana yang dimaksudkan adalah dalam satu konteks yang pernah disebutkan oleh Nabi S.A.W iaitu: “Allah amat kasih akan hambanya yang apabila melakukan sesuatu kerja dia membuat dengan cara yang terbaik “. Itu adalah soheh riwayat al-Dailami.

Jadi kalau hadis itu kita pegang maka Allah akan sayang kepada kita sekiranya kita melakukan yang terbaik di dalam apa jua yang kita lakukan. Jadi dimana pula pendekatan sederhana itu bermaksud?

Jadi, saya bertanyakan hal ini kepada ulama”™-ulama”™dan ulama”™ mengatakan bahawa pendekatan maksud sederhana dimaksudkan dengan seimbang iaitu “˜balance”™. Ianya juga membawa maksud bahawa kita hebat di dunia dan hebat juga di akhirat. Hebat di rumah dan hebat juga dengan masyarakat. Itu maksud sederhana yang perlu ditafsirkan. Sederhana iaitu dari segikata kita perlu hebat dalam apa jua yang kita lakukan dan perlu seimbang. Kita tidak boleh terlalu hebat di dalam masyarakat sehingga rumahtangga terabai, itu bukannya seimbang.

Itulah sekiranya kita mentafsirkan konsep sederhana dengan betul maka umat Islam atau bangsa Melayu khususnya akan jadi hebat dan akan jadi cemerlang dan tidak akan jadi “˜jumud”™ atau terikat dengan tekanan dengan kata-kata, “Buat apa sibuk-sibuk nak jadi kaya”. Itu adalah satu pentafsiran yang salah. Bagaimana kita nak bantu dan bangunkan umat sekiranya kita tidak kaya dengan cara yang Allah redha.

IK : Apa yang dituntut dalam Islam adalah supaya menjadi cemerlang dalam apa jua yang kita lakukan dan apabila kita cemerlang, pulangannya juga akan jadi cemerlang juga.

So, lepas ni, kalau ada orang cuba mematahkan semangat anda dengan berkata-kata “buat apa lah nak kaya-kaya… bukan boleh bawak masuk kubur pun…”, anda kini dapat jawapan terus dari, Dato Fadzilah Kamsah lagi 🙂

The following two tabs change content below.
Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu insan menjalankan hidup yang lebih bahagia dan kaya melalui perniagaan. Untuk mendapatkan Irfan Khairi sebagai speaker atau ketahui program-program yang dikendalikan, hubungi 03-77292277 (save kan nombor ini) 😉

About Irfan Khairi

Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu insan menjalankan hidup yang lebih bahagia dan kaya melalui perniagaan. Untuk mendapatkan Irfan Khairi sebagai speaker atau ketahui program-program yang dikendalikan, hubungi 03-77292277 (save kan nombor ini) ;)

40 thoughts on “Kekayaan menurut Islam

  1. Saya pun setuju gak… Kebanyakkan umat Islam pada hari ni merasakan bahawa kekayaan itu tidak perlu. Kalau orang Islam tak kaya, siapa lagi yang boleh diharapkan untuk mebayar zakat fitrah kepada golongan fakir miskin yang beragama Islam? Takkan nak harapkan bantuan orang yang bukan seagama dengan kita? Maksud saya disini bukanlah kita kumpulkan kekayaan itu untuk dibawa ke kubur tetapi sebagai kemajuan ummah jua. Kumpul kekayaan dengan jalan yang diredhai Allah s.w.t. Pada hari ini, bangsa yang menguasai ekonomi adalah sebuah bangsa yang kuat dan mantap. Bukankah kita sebagai umat Islam bertanggungjawab bagai menguatkan serta memantapkan jati diri bangsa dan agama kita? Renung2kan dan Selamat Beramal! 🙂

  2. Salam! Nabi pernah diberi peluang ruang untuk menjadi kaya semasa berdakwah malah pangkat dan perempuan yang paling jelita masa itupun pernah ditawarkan kepada baginda tapi semuanya nabi tolak demi kepentingan dakwah.So, kita yang dah kaya raya dan bergelas jutawan apa pula sumbangan kita pada dakwah?Berapa ramaikan jutawan yang berwatak seperti Abdul Rahman Bin Auf di malaysia ini?Sama-sama kita bermuhasabah

  3. hidup kt dunia ni, buatlah semaksima kebaikan dan kekayaan dgn cara yg betul.semua itu ada ganjaran

  4. Irfan, saya setuju cadangan awak, Islam tak larang untuk jadi kaya, tapi apa cadangan kita nak pastikan umat islam itu kaya dan maju?

  5. Saya setuju pendapat DDFK dan IK

    Kita sebgai islam perlulah mempunyai harta yang secukupnya tetapi bukan untuk dinikmati seorng diri.Harta yang kiata adalah haruslah dikongsi dengan umat islam yang memerlukan.

    Saya analogikan dengan cara mudah.Jika kita 5 benda,kita hanya mampu berkongsi kepada 5 orang sahaja.walaubagamanapun, jika kita ada lebih dari itu kita dapat berkongsi dengan lebih ramai lagi.Dengan itu,kita mampu berkongsi tanpa merosakkan + memecah belahkan barang itu bagi menampung orang-orang lain yang memerlukan.Akhirnya semua akan dapat dan gembira (n_n)

    Cuba bayangkan semua org berharta mendermakan hartanya pada orang yang memerlukan.Saya dapat bayangkan yang tidak akan ada orang yang benar-benar miskin dan tidak akan ada orang yang benar-benar kaya.Masyrakat akan tidak akan jauh taraf hidupnya.Mencuri tidak akan…Hasad dengki tidak akan ada…dan perkara-perkara negatif lain dapat dikurangkan.

    Inilah yang berlaku di zaman Khalifah Umar Abdul Aziz.Wang yang dimiliki oleh Baitumal tidak dapat bergerak atau dibelanjakan.Bukan disebabkan masalah pengurusan tetapi disebabkan sikap memberi masyarakat itu sangat tinggi.Jadi ada pada suatu ketika di mana tidak ada fakir dan miskin yang ada untuk diberikan zakat.

    Kesimpulannya…tidak salah bergelar jutawan…yang penting di mana duit yang kita dapat mengalir itulah yang penting…..

    * Kagum dengan IK sebenarnya (n_n)

    http://helmiasyraf.wordpress.com/

  6. hafizal> jawapannya menurut islam = ILMU!

    interview penuh saya dan DDFK serta ramai lagi usahawan-usahawan jutawan lain will be made available to all.

    infact, insyaallah minggu depan saya akan announce project terbaru IKSB! very interesting & semua boleh terus mulakan perniagaan internet secara percuma lagi 🙂

  7. Jika dengan menjadi kaya seseorang lebih pentingkan diri sendiri…sememangnya dilarang…

    Langkah yang betul adalah mencari kekayaan untuk bekal dunia dan akhirat…

    Di dunia kita sedekahkan kekayaan kita untuk manfaat manusia sejagat…dan sudah tentu kita akan mendapat manfaat yang berpanjangan sehingga ke akhirat…

    Salam kekayaan,

    THINKERICH

  8. jika di lihat org cina boleh kata ramai yg kaya dan mereka tolong bangsa sendiri hendak jd kaya..

    jika orang melayu berfikiran begitu alangkan bagusnya Malaysia selepas ini..

    “infact, insyaallah minggu depan saya akan announce project terbaru IKSB! very interesting & semua boleh terus mulakan perniagaan internet secara percuma lagi ”
    -tak sabar menunggu 😉

  9. Topik kekayaan menurut islam memang daripada dahulu kala lagi hangat dipersoal dan dibincangkan..

    Hadis riwayat Saad bin Abi Waqqas: “Sesungguhnya Allah menyukai hamba-Nya yang bertaqwa dan yang kaya.” (Hadis riwayat Muslim dan Ibn Hibban)..

    Saya juga menyokong petikan ayat saudara ABDUL RASHID BASAR kita iaitu “beribadat dan beramal kepada Allah sebagaimana anda akan mati esok dan carilah rezeki umpama kita akan mati 1000 tahun lagi”..

    Apa yang penting adalah KEMISKINAN bukan satu PILIHAN.. Kenapa pilih miskin jika kaya mampu menjamin kita untuk hidup dengan lebih harmoni..

    “Kebahagian dunia.. Keberkatan akhirat”

    Miskin bukan pilihan,

    A.Fahd
    http://www.senicinta.com/blog

  10. thats right…..kebanyakn orang misunderstood tentang konsep kesederhanaan ni….
    malu kalau kite miskin dibumi sendiri…..
    org indon dah jadi jutawan duk di Malaysia…
    kite bile lagi?? 😀

  11. dakwah itu meluas..ulamak maksud dlam BM org yg berilmu tinggi dan pakar dalam bidang tertentu…IK pon menjalankan dakwah..dakwah tidak semestinya mengajar ilmu agama..IK mendakwah kita supaya mempunyai kesedaran ttg kewangan, perniagaan internet dan sebagainya..mendakwah kita supaya memotivasikan diri..tu pon dikira berdakwah..

  12. Sebenarnya ramai salah tafsir pasal sederhana ni… kita perlu kaya tapi hidup dalam keadaan sederhana dan kekayaan itu boleh guna untuk maanfaat keluarga dan masyarakat seperti mana yang di amalkan oleh para sahabat dulu.

  13. kita mesti jd ky kerana dengan wang kita dapat kuasai banyak hal termasuk menguasai negara sendiri.

    mmg btl kekayaan bkn jamin kebahagiaan tp kalau kaya dengan cara yg betul lepas tu byk pula bg sedekah ikhlas tnpa pengetahuan org insyaallah hati akan sentiasa gembira dan tenang.

    kaya harta, kaya budi bahasa, kaya senyuman:-)

  14. Bila anda kaya dgn keberkatan ilmu anda akan kaya dunia dan akhirat.

    p/s: IK tertinggal huruf L pd. nama Allah bold text sblah gambar.

  15. Kaya banyak maksudnya..bukan roti kaya tu..tapi kaya dari segi islam ni lebih pada spiritual..even duit banyak (kaya la tu), kaya budi bahasa, kaya senyuman ke, kaya ilmu, kaya bini, kayap..erkk.. ..apa pun semua berbalik pada spiritual kita juga. Sejauhmana kita guna kaya2 yang saya sebut tadi..InsyaAllah kaya kita akan jadi kafarah pada dosa yang telah lalu..bakal jadi syafaat di kemudian hari..wallahua’lam

  16. Kekayaan harta bukan segalanya, tapi keberkatan itu lebih bermakna. “Harta kita” adalah apa yang kita telah belanjakan, bukannya apa yang ada dalam simpanan.

  17. IK,
    Saya hadir sessi MIBO tadi. 1st time tengok IK “life”. Very motivated bila tengok dan dengar 2 orang jutawan muda depan mata. Hendak juga berborak2 dgn IK dan tanya pendapat tentang beberapa perkara,tetapi saya berada di kumpulan yang satu lagi(saya yang pakai baju hijau, seluar hijau), tambahan pula,fasilitator kami pun begitu bersemangat menerangkan beberapa hal mengenai MIBO ni pada kami, jadi kena concentrate dan fokus sebab matlamat saya malam tadi adalah untuk mendapatkan sebanyak info mengenai MIBO dan bagaimana saya boleh begerak secara “smart” dan pantas…..(Dah banyak rugi masa sebelum ini…) Saya memang sedang cuba mempraktikkan “fokus” dalam hidup saya. Boleh IK beri tips fasal topik “Fokus” ini ke? Seperti – 1)kenapa fokus tu penting terutama dalam perniagaan, 2)bagaimana cara nak mencapai fokus, 3)apa aktiviti2/latihan yang boleh dilakukan untuk mencapai dan mengasah “kefokusan” kita terhadap sesuatu, kerja atau apa yang sedang kita lakukan. 4)Mgkin juga ada bahan bacaan atau web-site yang boleh dicadangkan untuk rujukan. Ok, terimakasih.

    P/S DDMFK pun dah jutawan juga ye? Tahniah! Dr. Azman tu ceria dan ‘full of energy” betul…Bersemangat jadinya..Tahniah juga untuk dia.

  18. Islam mngajar kita utk tawakkal…
    kbnyakan kita tawakkal bila berkaitan perkara2 tidak penting…
    seharusnya kita tawakkal selepas kita berusaha memajukan perniagaan…
    bukn tawakkal sebelum perniagaan dimulakan(tawakkal tanpa usaha)…

  19. Saya rasalah, soalan yang tepat ialah, “apa yang orang miskin boleh sumbangkan terhadap dakwah” bukan, “kita yang dah kaya raya dan bergelar jutawan apa pula sumbangan kita pada dakwah?”. Sebab, kat Malaysia sekarang ni ada jutawan yang dermawan tapi tak suka publisiti.

    Begitu juga, soalan yang tepat ialah, “berapa ramaikah yang sudah jadi jutawan macam Abdul Rahman bin Auf di Malaysia ini” bukan, “Berapa ramaikan jutawan yang berwatak seperti Abdul Rahman Bin Auf di Malaysia ini?”. Semoga kita tidak skeptikal terhadap jutawan dan ada di antara kita yang jadi jutawan macam Abdul Rahman bin Auf, insya-Allah…

  20. ‘Sederhana’ pada fahaman saya adalah seumpama ‘optimum’ iaitu besesuaian dengan realiti semasa. Ianya bukanlah miskin atau sikit harta tetapi berpadanan dengan situasi ummah yang mana contohnya zakat terlaksana, haji ditunaikan, rumah bersesuaian dengan keperluan jumlah penghuni dan banyak lagi yang mana harta dibelanjakan dan diurus mengikut keperluan yang wajib,sunat, harus, makhruh dan haram dijaga. Pendek kata cermat menggunakan harta pada perkara yang diredhai Allah semata-mata.
    Bukan tiada harta sehingga yang wajib tak terlaksana atau terlalu banyak sedangkan ada yang memerlukan tidak diberikan dan berkisar harta yang banyak melebihi keperluan asas itu kepada segolongan tertentu. Wallaahua`lam. Semoga Allaah memberi taufik dan hidayah kepada semua memahami ‘sederhana’ yang dimaksudkan hadis tersebut.

  21. setuju,miskin mendekatkan pada kekufuran.maksudnya penyebab dari miskin tersebut,bukankah miskin identik dengan malas dan bodoh.go kaya untuk membangun islam sejahtera.

  22. Sibukkanlah diri dengan amal yang memberi saham kepada kita, usah dikira habuannya di dunia, lebih penting menjadi baucer kita bertemu Tuhan di destinasi terakhir kelak, yaumul akhirah. Tiada pelaburan yang lebih baik berbanding pelaburan akhirat. Allah swt berfirman yang bermaksud:

    Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya. Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan rasul-Nya, serta kamu berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwa kamu; yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu mengetahui” (As-Saff,61:10-11)

  23. Tak salah utk kita cari kekayaan. gunakan ia utk membantu diri sendiri, keluarga, rakan2 & juga agama.

    jgn salah gunakan rezeki yang diberi utk tujuan yg salah.

    tips & nasihat dari IK amat brmakna utk saya.

    terima kasih.

  24. Kita hendaklah berhati-hati tentang maksud kekayaan. Selalu bila kita perhatikan apabila seseorang itu berharta dan banyak duit, perangainya begitu sombong sekali. Suka mengarah-arah orang dan melakukan jalan mudah untuk menyelesaikan masalah tapi malas pikir sebab dan senang banyak duit. Betultak. Tetapi mereka ni nampaknya bekerja begitu kuat dan rajin sekali walaupun sudah kaya. Adakah mereka ini kaya sebenarnya. Jawapannya sudah tentu TIDAK sama sekali. Yang dimaksudkan kaya di dalam Islam adalah mereka tetap bersyukur dengan apa yang ada dan suka bersedekah. selalunya orang yang berharta mereka ni tamak dan kedekut, nampakje macam kaya tapi susah nak bersedekah dan hasad dengki mereka ni tinggi, tak boleh lihat orang lain lebih berharta dan berduit dari mereka. jadi yang dimaksudkan kaya bukan la kaya duit ataupun harta tetapi kaya Jiwa. Nak tahu macam mana nak kaya jiwa ni. Jawapannya tak lain dan tak bukan ialah dengan bertakwa. nak tahu makna takwa, ialah melakukan suruhan Tuhan serta patuh dan taat atas segala perintahnya hingga tanpa ada was-was niat melakukan kerana ALLAH [SWT). Kalau nak samapi tahap tu tak lain dan tak bukan ialah dengan berilmu yang berkaitan dengan ALLAH swt, bukan ilmu yang tntah apa-apa ntah. Seperti orang kafir yang kaya raya dan berakhir dengan mungkin bunuh diri atau dihumban ke neraka Jahanam nanti.

  25. Hidup kita adalah pilihan kita.. Nak senang.. Nak Susah.. Nak kaya.. Nak miskin.. Nak duit banyak.. Nak masa banyak.. Kita yang tentukan.. jadi berusahalah untuk dapatkannya..

    Tiada manusia yang gagal dalam kehidupan melainkan dia yang memilih untuk gagal.. dan.. kegagalan yg sebenar adalah kegagalan mncuba untuk berjaya..

    Segala yang baik akan jadi baik apabila dilaksanakan dengan baik.. dan lakukanlah dengan ikhlas..

  26. beramal lah kamu seolah-olah kamu akan mati esok hari;bermaksud melakukan amal kebajikan dengan segera tanpa di tangguh-tangguh dan bekerja lah kamu seolah-olah kamu akan hidup selama nye;bermaksud segala uruan dunia boleh di tangguhkan dahulu,umpamnye mana yang lebih penting???bekerja atau melalukan solat selepas mendengar azan…waallahualam..

  27. Terima Kasih atas perkongsian ilmu ini…
    Semoga kita sama2 berjaya di dunia dan akhirat..amin

  28. manisnya kaya, mulianya besederhana… Kaya tapi biasa.. Inilh jutawan hakikat sebenarnya.. Meyedari harta bkn miliknya..hnya pnjaman sementara..utk mmbntu manusia islam khususnya.. Hnya syurga itulh harapannya……..

  29. Betul ik….xsalah klu kita menjadi kaya…asalkan niat dlm hati kita betul…org hnya bangga melihat kejayaan org lain…tapi berapa yg ramai yg ambil tahu bagaimana boleh menjadi seperti mereka….klu org itu boleh buat…pasti kita pun boleh…

  30. As’kum,
    Saya rasa bersyukur dengan beberapa maklumat tentabg kekayaan di dalam Islam. Apalagi Dato Fadilah Kamsah memberi jawapannya. Baru-baru ibu kandung dan isteri melarang melakukan perniagaan di internet. Apalagi ada sahabat yang ada bersama mereka bahawa semua perniagaan internet bohong. Ini kerana mereka kurang pendedahan dan ada di dalam hati harta tak bawa mati.
    Saya rasa penerangan ini dapat membuktikan mereka kecuali mereka berhati batu.
    Wasallam.
    Semoga kita berjaya di dunia ini dan akhirat.

  31. As’kum En Irfan,
    Di sini saya luahkan bahawa saya terpanggil apabila terbaca ruangan ‘Kekayaan Menurut Islam’ temubual antantara En bersama Dato Fadilah Kamsah.
    Ingin saya pohon jika En boleh masukkan keterangan ini ke dalam Facebook bersama ia dapat dilanjutkan.
    Saya rasa ini boleh mendatangkan manafaat kepada ramai umat Islam hari ini yang menganggap kekayaan tidak boleh bawa ke akhirat.
    Wasallam.

  32. assallamualaikum
    baagus sangat perkongsian didalam entry blog ini…
    semoga kita mendapat menfaat
    terimakasih penulis kerana share manfaaat
    semoga ALLAH mengira SEBAHAGIAN DR AMAL YG SOLEH

    KULL AMM WA ANTUMM BI KHOIR
    USTAZAH BADRULASYIYAH ABU KASIM

Leave a Reply

Your email address will not be published.