Mon 26 Mar 2007
Saya berpeluang berjumpa dan berkenalan dengan jutawan MLM minggu lepas, mungkin anda pernah dengar nama Dato’ Azman Chin from CNI. A very nice person, friendly & amat bermotivasi.
Soalan pertama saya kepadanya apabila diperkenalkan adalah- kenapa namanya ada “Chin”? Ketika itu, saya ingatkan dirinya Cina masuk Islam, rupanya beliau kata, beliau tidak masuk Islam, tetapi ramai kawan Melayu dari kecik lagi panggilnya “Azman”
Ketika itu kami dijemput mengendalikan forum motivasi “Bicara Jutawan”. Salah satu soalan yang diajukan kepada kami adalah:
Bagaimanakah caranya untuk bersaing dan mendapat daya saingan yang hebat dalam perniagaan?
Jawapan Dato’ Azman amat unik dan saya sendiri tidak terduga. Beliau berkata, caranya adalah dengan menjadi mahir dalam berbagai bahasa. Kini beliau mahir dalam 8 bahasa termasuk bahasa Malaysia (cara beliau bercakap memang macam orang Melayu!), Cina, English dan juga Arab.
Kemahiran berbahasa boleh memajukan sesuatu perniagaan. Sekurang-kurangnya, bahasa Malaysia dan English, kita perlu mahir (broken, tak aci ok… nanti akan dilihat kurang profesional). Bagi mereka yang boleh berbahasa Cina atau Arab, ia merupakan kelebihan dalam perniagaan.
ps: Saya mahir 3 bahasa sahaja… bahasa Melayu, English & bahasa rojak
Terima kasih & all the best kepada peserta Workshop 24hb (English) & 25hb (BM)- keep the momentum going! Alhamdulillah workshop full-house & berjalan dengan lancar. Bagi mereka yang berminat, Workshop Jutawan Internet seterusnya adalah pada Sabtu 21hb April.
Pendapat Anda?Tip Satu Minit yang berkaitan:

March 26th, 2007 at 10:48 pm
Emm.. forum motivasi “Bicara Jutawan” tu mesti bestkan sebab berjaya menghimpunkan para jutawan dari pelbagai latar belakang.. bila agaknya program tu akan ditayangkan kat tv yer?
March 27th, 2007 at 12:53 am
wow..tak sangka, Dato Azman boleh kuasai 8 bahasa, fantastic! saya mahir 2 bahasa, Melayu, Inggeris. Tak berapa mahir, bahasa Arab
March 27th, 2007 at 6:07 am
Program motivasi “bicara jutawan”.. Ye bila ditayangkan kat TV yer? menarik tengok program seperti ini. Dapat membuka mata untuk berjaya. Nak jugak kenal dengan jutawan-jutawan Malaysia. jadi host gak ker untuk program ini?
March 27th, 2007 at 8:24 am
Saya pernah terbaca tapi tak ingat di mana, apabila kita belajar 2 atau lebih bahasa, ini akan merangsang pertumbuhan/perkembangan satu bahagian otak kita yang selama ini tidak diguna. Kesannya, kita akan menjadi lebih bijak dan cemerlang. Mungkin atas sebab yang sama ramai pelajar bukan bumiputera (yg majoritinya tahu sekurang-kurangnya 3 bahasa) lebih berjaya dan cemerlang dalam bidang akademik. Atas alasan yang sama juga saya berpendapat ada banyak kebaikan jika anak-anak orang melayu dihantar ke sekolah2 cina mahupun sekolah antarabangsa untuk menuntut ilmu di samping belajar perkara2 yg baik tentang sikap dan pemikiran mereka. Mungkin selepas itu baru lebih ramai nama bumiputera akan termasuk dalam senarai 10 orang terkaya di Malaysia… Mungkin…
March 27th, 2007 at 9:04 am
Setuju dengan pendapat bro Azman tu.
Kelebihan bahasa sememangnya satu kelebihan.
Tidak dapat dinafikan dari zaman nabi sendiri pun kita digalakkan memahirkan diri dengan bahasa asing terutamanya dari bangsa yang lebih maju dari kita.
March 27th, 2007 at 9:16 am
Kalau kita tahu banyak bahasa lebih mudah untuk kita berkomunikasi dengan orang dari pelbagai latar belakang dan kaum. So, dlm perniagaan lebih banyak org kita boleh approach, lebih besar peluang untuk kita mengembangkan perniagaan dan mendapat lebih ramai potential customers dan bisnes partners.
Mazny - reti b.melayu dan english… arab, satu masa dulu, skang dah lama tinggal, dah lupa… such a waste… Spanish reti sket2 sebab dok tengok telenovela..
March 27th, 2007 at 9:40 am
wow…azman ching… saya pernah jupe dia di seminar cni dulu… orgnya hebat… sgt bermativasi… saya suka bila masuk seminar dia… saya ada 4 buah buku motivatisi dia… sgt menarik… bermcm2 ada dlm buku tu…
March 27th, 2007 at 9:54 am
saya reti - bm , bi, kantonis sket2 (sbb keje dgn kampeni cine) kui kui .. amik language class laa pulak pas nih…
keep on going…!!
sAyA menasihati diri saya dan rakan2 usahawan yg lain… NEVER GIVE UP !!
hehehe mcm khutbah jumaat pulok
March 27th, 2007 at 10:31 am
saya amat hormat dan segan dgn mereka yg
mempunyai menguasai banyak bahasa.
sebelum ini, saya hanya tahu tun mahathir & mahathir lokman sahaja yg mengusai
pelbagai bahasa. rupanya azman chin
pun kuasai pelbagai bahasa.
yg bestnya, bila kita kuasai pelbagai bahasa
ni, kita tidak mudah diperdayakan oleh org lain yg berniat tidak baik kpd kita dari
segi perspektif komunikasi.
irfan, tq for sharing this tip.
March 27th, 2007 at 12:29 pm
waah xsangka penguasaan pelbagai bahasa mendatangkan kebaikan dalam perniagaan. setahu saya selain bahasa, english dan mandarin, bahasa lain macam tak terlibat sgt dalam bisnes di malaysia..waahh kira tak sia2 lah sy pernah belajar spanish dan arab time kat U dulu..nmpak nye kena teruskan usaha menggilap skill dalam bahasa lain nih..berusaha!!
March 27th, 2007 at 5:52 pm
Tarikan yang positif…kemahiran komunikasi dalam pelbagai bahasa cukup penting..Thanks ..bahasa rojak tu bahasa famous skang..hehe
March 27th, 2007 at 6:43 pm
saya pun tak tahu bila akan keluar tv. saya diberitahu untuk RTM sahaja.
March 27th, 2007 at 8:54 pm
Idea bagus ni. Lepas ni,Bleh la saper2 buka kelas bahasa sebagai perniagaan internet…
March 27th, 2007 at 10:16 pm
Saya pun setuju!! Mahir dalam pelbagai bahasa adalah satu kelebihan untuk berinteraksi dengan bangsa lain….
March 27th, 2007 at 11:09 pm
Pepatah melayu ada mengatakan masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang harimau mengaum, jadi dalam kes Azman Ching tu, sudah pasti beliau bercita-cita jadi Marketer terhebat, maksudnya apa saja yang dijual, dimana sahaja menjual, atau kepada sesiapa sahaja beliau nak menjual, mesti orang beli, sebab beliau boleh berada dimana sahaja dan dengan mudah berkomunikasi dengan sesiapa sahaja dengan selesa. Ramai orang bisnes dah terlepas pandang pepatah tu kot…masa untuk berubah.
March 28th, 2007 at 1:03 am
Saya setuju dengan tips dari hari ni. Bermula dengan anak2 saya (baru 2 orang) saya dah start hantar mereka belajar bahasa mandarin seawal usia 5 thn. Alhamdulillah skrg masing kat SRJK (C) sorang tahun 1 & yg sulung tahun 3. Tujuan saya dan isteri hantar anak2 belajar Mandarin adalah bila besar nanti mudah bagi mereka nak menjalankan perniagaan terutama market Chinese.
Ini pengalaman saya time keluar beli barang terutama masa beli di kedai chinese, sure bole dapat murah bila anak dah start guna mandarin dgn tokey kedai tu… Tapi yg ruginyer dalam rumah hanya saya sorang saja yg tak bole Mandarin…Huhuuhh…
Time anak2 ngan isteri ckp mandarin saya pulak yg terlopong. Nampak gaya saya pun kena belajar gak ni…
March 28th, 2007 at 10:00 am
Saya kuasai 3 bahasa jek so far: Melayu, English & Arab.
I know I missed the boat, but I still wanna ask you a question: How do we know that our idea is a good idea?
+ Ni sbb masa offer utk tanya soklan (2 minggu lepas), saya tgh bercuti kt kampung. Out of 3G coverage. Saya perlukan berpuluh2 minit utk cover balik tips 1 minit.
March 28th, 2007 at 1:10 pm
Saya setuju la. Saya tahu 02 bahasa saja (English & Malay). Dulu time sekolah ada pegi belajar bahasa mandarin, masa tu terror la ckp mandarin tapi bila dah masuk IPT & dah keje, saya langsung tak guna..rugi rasanya.
Ada jugak ckp mandarin sikit-sikit skrg nie..tapi byk dah lupa la.
March 28th, 2007 at 3:00 pm
Memang saya setuju, kalau tahu byk bahasa. Saya tahu 3 bahasa saja, B.Melayu, B.Inggeris dan sedikit B.Arab (sebab dulu belajar sekolah arab). Tapi sekarang dah lupa byk B.Arab.
http://www.jominfo.com
April 3rd, 2007 at 4:20 pm
askum…semua…saya amat berbanga pada mereka2 yang boleh menguasai bermacam2 bahsa…dato azman chin memang saya kenali..ia dpt menguasai beberapa dgn hebat…saya yakin dan pasti kita sendiri dpt menguasai bahsa yg kita minat.dengan kesangupan mesti belajar…jawapannya mesti dan pasti menjadi kejayaan pada anda semua yg mempunyai minat utk belajar….lihat sendiri kesunguhaan saudara irfan khiri sendiri,dlm usia yg muda sudah mengecapi impian nya..tahniah..pada sedara irfan.saya pasti akn mengikuti kelas anda.mknusantara
August 7th, 2007 at 3:35 pm
LOvE dR aZMan cHiNg ~ iNsaN luaR biaSa !!!!
September 2nd, 2007 at 3:17 am
saya amat kagum dengan Dato’ Azman Ching kerana cara penyampaina dlm seminar yang sangat luar biasa dan telah melahirkan ramai jutawan dalam perniagaan MLM (CNI)sya setuju dengan pendaopat beliau
anda adalah insan luar biasa
jumpa anda d puncak kejayaan
September 14th, 2007 at 11:49 pm
Dato’ Azman Ching… Pengurus Agensi INtan JutawaN yg sangat diHORMATI dan diKAGUMI.. Saya Hadiri hampir semua seminar yg LUARBIASA beliau.. Pada peringkat permulaan saya dapati perniagaan MLM hanya untuk mereka yg pandai berkata2.. Ya, hakikatnya memang perlu pandai berKOMUNIKASI.. Melalui Seminar beliau dan seminar lain yg dianjurkan pihak CNI saya mula mendapati dan merasakan syarikat CNI memang menekankan faktor “Live-changing Education”