Wed 14 Jul 2010
Dalam perniagaan, semestinya penampilan pertama adalah amat penting untuk bakal pelanggan kita, terutamanya perniagaan yang berbentuk perkhidmatan dan kita mempunyai direct contact dengan pelanggan.

Ada yang tanya pada saya, penting ke mempunyai kereta besar dalam perniagaan? Selalunnya bila sebut kereta besar merujuk kepada Mercedes & BMW la…
Lihat 3 contoh kawan saya di bawah. Kisah benar ni…
- Kawan saya Chia merupakan seorang agent insurans. Membawa kereta Mercedes. Saya tanya pada dia… hebat la Chia ni, bawak kereta Merc. Mesti bisnes hebat. Jawab Chia, Kereta Merc ni adalah pejabatnya. Bila dia berjumpa client nak menjual insurance & pelaburan, dia perlu tunjuk yang dia pun mempunyai gaya hidup yang tinggi, dan kepentingannya mempunyai perlindungan dan pelaburan dari segi kewangan. Kereta Mercedes Chia memberi penampilan kepadanya bahawa beliau adalah seorang yang berjaya dalam bidang insurance dan dapat menarik pelanggan-pelanggan yang mempunyai pendapatan yang tinggi.
- Kawan saya Roy pula memiliki perniagaan perabot. Perniagaan biasa-biasa sahaja tetapi Roy membawa kereta Mercedes juga. Katanya, target clientnya adalah hotel-hotel. Untuk target market upscale sebegini, tak boleh la dirinya bawa kereta biasa-biasa. Bila bawa Mercedes, menunjukkan beliau merupakan usahawan perabut yang berjaya, terus dapat membina keyakinan dan kredibiliti kepada pelanggan-pelanggan yang upscale seperti hotel & syarikat2 besar.
- Kawan saya pula merupakan photographer. Bawa kereta pun boleh tahan
Mengapa as a photographer bawa kereta hebat-hebat? Katanya, untuk menarik pelanggan yang hebat-hebat juga. Pelanggannya terdiri dari golongan-golongan VIP, artis dan sebagainya. Baginya, kereta besar adalah satu pelaburan untuk menarik target market yang lebih tinggi. Agak-agaknya kalau bawa kereta kancil atau proton… mudah tak nak tarik golongan2 high class ni? Pastinya susah!
Membawa kereta hebat, selain daripada sememangnya minat, keselesaan dan menambah keyakinan diri kita, sekiranya digunakan dengan strategi yang betul, boleh menjadi satu strategi perniagaan yang hebat. Cara sebenarnya adalah, kereta besar bukanlah untuk menunjuk-nunjuk, tetapi, ia juga membantu dalam menjayakan perniagaan dan meningkatkan keyakinan & kredibiliti kita di mata pelanggan!
Janji, jangan sebab nak bawa kereta besar sebab nak menunjuk-nunjuk tetapi terpaksa mengikat perut nak membayar pinjaman dan maintenance kereta yang mahal setiap bulan, dah la…
![]()
ps: Tapi, ik tak bawa kereta besar… kereta kecik je warna merah
sebabnya, perniagaan Internet tak perlu berjumpa pelanggan face-to-face. Ahad ini saya akan jalankan Seminar Lipat Ganda MLM di Vistana Hotel, Kuala Lumpur bagi anda yang menjalankan perniagaan berbentuk MLM (tak kira perniagaan MLM apa pun), tetapi tidak mahu mencari prospek dan pelanggan secara face-to-face, boleh melipatkali gandakan prospek dan downline anda MELALUI INTERNET SAHAJA. Sekiranya anda menjalankan perniagaan berbentuk MLM dan ingin sertai, klik di sini.
Tip Satu Minit yang berkaitan:


July 15th, 2010 at 11:14 am
salah seorang kawan yang menjalankan perniagaan networking juga berkata perkara yang sama.Katanya kereta besar itu bukan untuk menunjuk tapi sebagi bukti apa yang dilakukan adalah benar dan berhasil.Itu juga dikatakan sebagi politik bisnes..setuju dgn dr,hidup ini biarlah ikut kemampuan..ada kejayaan dalam kesederhanaan itu..
July 15th, 2010 at 11:20 am
Ikut upline saya dalam MLM, bawa kereta besar pon adalah sbg strategi. tp ada org salah anggap nak menunjuk2.
harap2 sy pon dapat pakai
July 15th, 2010 at 12:15 pm
Sebab tu orang MLM selalu tayang rumah besar dan kereta besar hu hu sebab selain hadiah kepada diri sendiri juga sebagai “aura” atau tarikan untuk menarik prospek…
Kalo tak caya cuba..ramai yang SNYOB dan Kerengga yang mula pandang balik….
Tapi bak kata Dr tu ukur baju di badan sendiri dulu lah yer…
July 15th, 2010 at 1:45 pm
saya sendiri pernah menyaksikan seorang lelaki dapat pelabur walaupun dia selalu bawa kereta proton neo. apalah sangat kereta proton neo jika dibandingkan dengan bmw atau merc?
July 15th, 2010 at 1:58 pm
IK, Kereta apa tu..hehehe
Ikut kemampuan la..jgn la sampai diri merana dan keluarga terabai disebabkan nak pakai kereta besar tu…:(
July 15th, 2010 at 2:23 pm
Hai Geng..
Bagi saya strategi sebegitu memang bagus untuk dipraktiskan dlm dunia perniagaan. Tetapi bagaimana meraka yg kurang kemampuan utk melakukannya??
Tq
July 15th, 2010 at 3:24 pm
Salam ceria sihat kaya bahagia,
Apa pun kereta yg kita beli sebaiknya difikirkan masak2, dari berbagai sudut.
- Kos maintainant
- Keperluan/kesesuaian
- Kemampuan menambah nilai aset atau pendapatan.
Janganlah “bior pape ase begaye”…..
July 15th, 2010 at 3:28 pm
mungkin perlu kalo btl2 mampu..tp kalo sampai bergolok bergadai, baik tak payah
July 15th, 2010 at 3:35 pm
Kereta mewah juga meningkatkan lagi komitmen kepada perniagaan. Oleh kerana maintainance dan bayaran bulan2 kereta mewah agak tinggi, jadi mahu tak mahu kena buat bisnes sungguh-sungguh
July 15th, 2010 at 5:30 pm
saya setuju 100% dengan hidrogen.
mmg la itu pandangan pertama org bila tgk kita.wahh kereta besar mesti dia berjaya …
sebab kalau tak silap saya ada seorang lelaki ni dia jadi jutawan sebelum umur 23 atau 24…mcm tu la lebih kurang..
dia perlu cari org untuk buat pelaburan..masa dia cari dia guna motor kapcai je…
tapi yg buat ramai org masuk melabur bawah dia kerana dia ada karisma…komunikasi bagus.dia dapat terang tiap2 part investment dengan baik skali.
bila dapat untung dia pun beli kereta idaman dia..jaguar …
mmg dia beli kereta mewah lepas itu tetapi pd awalnya dia bermula dengan motor kapca sahaja.
apa2 pun apa yang Dr tulis ada benarnya juga.
kereta mewah sahaja tak menjadi penentu utama.yg penting kerja kena jujur,ikhlas dan bertanggungjawab!
July 15th, 2010 at 6:50 pm
Saya sampai sekarang bawak kereta kancil jer hehe…
July 15th, 2010 at 6:50 pm
“Tepuk Dada Tanya Selera.”
“Biar Papa Asal Bergaya”
Renungkan.
July 15th, 2010 at 8:08 pm
Boleh saudara IK memberi pandangan bagi mereka yang baru berjinak-jinak dengan bisnes.Kebiasaannya kepercayaan orang ramai terhadap golongan ini tidak memberangsangkan dan kurang dipercayai.Apa tips terbaik yang boleh saudara IK berikan.Kalau hendak berkerata besar pun belum mampu apatah lagi kereta yang biasa-biasa.
July 15th, 2010 at 8:17 pm
Strategi untuk Biz yang sangat bagus! Menggunakan kereta besar dalam perniagaan MLM apa kurangnya.
Ia adalah hasil dari usaha sendiri dalam biz yang dijalankan. Dengan ada kereta besar akan lebih mudah untuk closing berbanding jika bawa kereta kecil.
Applicable untuk MLM yang lebih kepada Offline. Kalau MLM online pun ada y guna cara ini sebabnya nak bergambar letak kat landing page dan dapat tunjukkan bukti bila prospek betul2x mau jumpa (boleh terus close sale.)
Kereta besar boleh dijadikan Modal untuk mengembangkan biz sedia ada.
July 15th, 2010 at 9:48 pm
Kereta adalah satu keperluan. Belilah kereta yang selesa dan dapat membantu meningkatkan pendapatan. Kalau mampu memiliki kereta mewah, apa salahnya.
July 15th, 2010 at 10:32 pm
wahhhh…. kereta besar ni memang cantik, tak tau la bila saya boleh pakai?.. huhuhu
July 16th, 2010 at 9:31 am
setuju. bos kt tempat saya kerja dulu siap tumpang kereta merz member utk jumpa client.. dah turun dr keta, bgtau client yg keta tu driver dia bawak pergi servis kt workshop.
tp strategi dia berjaya! haha..kisah siap masuk paper
July 16th, 2010 at 10:39 am
memang kereta besar boleh mempengaruhi orang lain untuk join bisnes tapi ada cara lain juga untuk bina kredibiliti bagi yang kurang kemampuan…yang penting kena ramai network…
July 16th, 2010 at 11:36 am
kalau jenis bisnes yang banyak berurusan face2face memang perlu kereta besar2
July 17th, 2010 at 7:51 am
Kepada 5 strategi Adsense, terima kasih kerana setuju dengan pendapat saya. apa yang penting, kita tau pelaburan/perniagaan apa yang kita nak terangkan kepada orang. itu pasal bawa motor kapcai atau kereta neo pun boleh cari pelabur.
July 17th, 2010 at 8:51 pm
Terima kasih sifu. Baru saya tahu pasal ni. Wah! bagus jugak tu.
July 17th, 2010 at 11:10 pm
ada benarnya Dr. I.K. pernah juga saya dengar dan ada juga dikalangan rakan-rakan saya yang menggunakan strategi tersebut. Alhamdulillah ada yang berjaya dan ada yang tak.
Bagi yang baru nak mula berniaga,belum mampu nak gunakan strategi hebat macam tu pada pendapat saya. Kenalah fikirkan cara lain nampaknya…
Salam kejayaan.
July 18th, 2010 at 6:01 am
pengaruh tu penting tapi lagi penting kalau ada harta banyak2 tapi low profile..
July 18th, 2010 at 7:38 am
Teringat pada kata-kata Dato’ Chef Li..
Jika ada duit Sejuta dan hutang pun sejuta juga, itu tidak dinamakan JUTAWAN..
Itu namanya KOSONGWAN…..
Kata-kata itu membekas sehingga hari ini…
July 18th, 2010 at 8:02 am
Imej luaran kadang kala penting untuk menilai dalaman. Kadang orang ‘judge the book by its cover’…tidak boleh dielakkan. Yang penting luar elok dalam pun lebih elok.
July 18th, 2010 at 4:06 pm
Salam IK
saya pun ada pendapat yg sama, in certain business yg kita buat, image is very important! hope next yr i will own my dream car
July 20th, 2010 at 10:03 am
Memang kereta itu penting bagi menaikkan motivasi dan kredibiliti sesorang dalam perniagaan sebab manusia suka melihat kepada kemewahan yang ada pada seseorang barulah dia nak percaya apa yang diperkatakan.
July 21st, 2010 at 5:21 pm
Salam IK,
Saya rasa kereta ni memainkan peranan yang penting jgk dalam sesuatu perniagaan tu…
Saya ni x sempat lg nk beli kereta. Ssh jgk rasa bila terpaksa bawa motosikal ke sana ke mari bila nk jumpa client…
Nk convince org pun susah…
July 24th, 2010 at 9:20 pm
jika kita ushakan bersungguh2 pasti dapat hasilnya,alhamdullilah 2008 saya dapat pakai honda stream n 2009 beli motor idaman harley davidson n 2010 dapat miliki bmw m sport 5 siri hasil perniagaan saya usahakan selama 8 tahun syukur kpd Allah.tq bro,bila nak keluar lagu baru pulak?
July 24th, 2010 at 11:41 pm
Memang penampilan imej yang mantob itu penting untuk menanam kepercayaan prospek dan pelanggan yang busines kita sukses.
Tapi biarlah betul-betul mampu kalau tidak akan menyusahkan diri sendiri.
Saya tertarik dengan kata-kata Sdr Azizi Ali dalam bukunya The Million Air In Me… “It should not be tapped to finance that new Merceds SLK…bla..bla…bla..”
July 25th, 2010 at 7:05 pm
Kereta bukan keutamaan tetapi menjadi keperluan untuk pengangkutan atau mobilasi.
Kereta besar dan mewah bukan keutaman, di beli selepas selesai keutamaan dahulu, seperti keluarga, anak, isteri, sedekah, zakat, hutang dan modal perniagaan.
Mewah bukan bererti bahagia
July 26th, 2010 at 2:14 am
wah bro phone. Hebat. Impian ku masih lagi tidak tercapai:(
August 1st, 2010 at 12:02 am
bagi bisnes MLM yang Offline mmg kena bawak kete besar untuk tunjuk kepada prospek dan Downline, kita berjaya dengan Bisnes tersebut. Tapi salah bila kita menunjuk2 dengan kereta tersebut.
kalau bisnes MLM yang Online pula tak perlu nak bawak kete besar. Sekadar ikut kemampuan kita. Sebab kita tak perlu nak jumpa prospek atau Downline. Kita cuma bina kreadibiliti kita melalui Internet.
Yang penting keikhlasan dan kejujuran kita dalam bisnes yang membawa kepada kejayaan