Tue 5 Dec 2006
Hukum alam, lagi banyak anda memberi, lebih banyak anda menerima. Lakukan kerja amal dan kebajikan untuk perniagaan anda oleh kerana ia akan membuka pintu rezeki anda dengan lebih luas. Ianya tidak pernah gagal!
Salah satu matlamat saya adalah untuk mendirikan satu yayasan sendiri (seperti saya pernah sebut dalam akhbar Mingguan Malaysia Nov. 2005). Insyaallah akan menjadi kenyataan! Buat masa ini, saya membantu Yayasan Ilham Budi dengan aktiviti-aktiviti menjana pendapatan melalui Internet. Yang terdekat ini adalah mengendalikan Program NizalTalk! (Yayasan Ilham Budi adalah yayasan yang ditubuhkan oleh Nizal Mohammad)
Menurut buku The Millionaires Next Door tulisan Dr Stanley, salah satu daripada 5 kriteria teratas mereka yang bergelar jutawan (survey jutawan-jutawan USA) adalah, mereka adalah kuat beragama dan beramal. Jadi, tidak kira agama, beramal akan memberi pulangan balik kepada anda dalam berbagai bentuk.
Tak perlu melihat survey jauh-jauh… di sini pun ada
Saya amat kagum dengan Tan Sri Syed Mokhtar yang merupakan billionaire beriman dengan usaha-usahanya dalam Yayasan Al-Bukhari. Satu bukti jelas bahawa lagi banyak anda beramal, lagi banyak anda menerima!
Jangan lupa NizalTalk & Workshop Jutawan Internet hujung bulan ini bagi sesiapa yang berminat untuk menambahkan pengetahuan komunikasi & pendapatan dalam perniagaan Internet…
Pendapat Anda?Tip Satu Minit yang berkaitan:

December 6th, 2006 at 8:30 am
Assalamualaikum wr.wb
Alhamdulilah, ada niat suci pada Satu hukum alam, jika nak berjaya, adalah ingat pada Allah, pencipta Alam. Rupa-rupanya orang barat yang dah berjaya pun percaya pada hukum alam.
December 6th, 2006 at 9:42 am
Setuju 100%. Give and you will get. Boleh mula secara kecil-kecilan dengan memberi 10% dari pendapatan kepada badan kebajikan seperti masjid, rumah anak yatim, sedekah bina surau/sekolah dsb.
Menyampaikan ilmu berguna pun dikira kebajikan
December 6th, 2006 at 10:54 am
untuk menerima dengan lebih banyak, kita perlu memberi, fokus dulu kepada keperluan orang lain..
December 6th, 2006 at 11:11 am
Amat bersetuju…semoga kita sama2 melipatgandakan kerja amal…nampaknya saudara dah start…mudah2an saya ikut jejak langkah saudara irfan tu…’The more we give..the more we get’…apa2 pun…Zamri Azran Alam
December 6th, 2006 at 12:24 pm
Betul dan amat setuju sekali. Saya mulakan dengan yang kecil dahulu… Istiqamah , ‘JAGA’ solat dan insya-Allah semuanya dipermudahkan…
Lakukanlah sendiri dan pulangannya datang dalam berbagai bentuk..
December 6th, 2006 at 12:41 pm
ayah saya pulak kate, duit gaji akan jadi lebih berkat kalo kasi skit kat mak ayah..rezki akan berlipat ganda…
contoh..kasi 500, akan dapat rezki 1000…mcm tu la berkatnya.. +pula ngan sedekah, amal jariah…fuhhh..lagi berkat duit kita…hidup akan jadi lebih tenang…jutawan tenang +beriman.. …
December 6th, 2006 at 1:46 pm
Sedekah adalah penolak bala, penyubur pahala, dan akan melipat gandakan rezeki; ia umpama sebutir benih menumbuhkan tujuh butir, yang pada tiap-tiap butir itu terjurai seratus biji”
Ertinya, Allah yang Maha Kaya akan membalasnya hingga tujuh ratus kali ganda
Mulakan usaha anda dengan bersedekah 10% daripada pendapatan perniagaan yang anda perolehi.
Jangan berlengah. Dengan amalan bersedekah ini, pasti anda dapat rasakan bahawa rezeki yang melimpah ruah yang anda terima datangnya dari Allah
Perbandingan mereka yang banyak bersedekah bukan dikira kepada berapa banyak sedekah yang boleh anda diberikan,
Tetapi berapa peratus (%) daripada pendapatan yang anda perolehi anda sedekahkan
Contohnya : Katakan pendapatan perniagaan anda untuk 1 bulan adalah RM 1 juta. Anda bersedekah RM100,000. Ianya adalah sama jika rakan anda berpendapatan RM10,000 dan dia bersedekah RM1000 sebulan. Masing-masing bersedekah 10% daripada pendapatan mereka.
Bagaimanapaun sedekah bukan terhad kepada wang semata-mata, banyak perkara-perkara lain boleh anda bersedekah. Maksudnya gunakan segala kemahiran yang anda ada untuk membantu orang lain. Senyumpun dikira sedekah
December 6th, 2006 at 2:45 pm
Infak rezeki yang kita terima tuu ke jalan Allah dengan membantu yang lain, insyaallah kita akan mendapat rezeki dari sumber yang kita tak sangka sangka kan …..Kata kata dari mentor saya ” Masukkan RM 1 setiap hari ke dalam sampul dan niat kan aku infakkan wang ini ke jalan Allah semoga di kurniakan rezeki yang halal yang melimpah ruah dan jadikan aku jutawan dalam masa lima tahun , Amin” lepas tu cukup sebulan masuk dalam tabung masjid kee derma ke tempat tertentu. Jadikan memberi itu amalan seharian. Kalau duit banyak tuu boleh lah masukkan lebih . Wasallam …macam kuliah subuh pulak..
December 6th, 2006 at 4:26 pm
Assalamualaikum,
I want to B like you but how?, I have no money to start. Insyaallah rezeki akan datang jua ke pintu rumah saya satu ketika nanti. Please teach me how to be somebody. U are the great man. Allah telah memilih mungkin…..!.
December 6th, 2006 at 5:05 pm
Niat yang ikhlas pasti akan diberi ganjaran oleh Allah. Kerja amal salah satu pahala menolong kita di akhirat. Teruskan cita-cita anda yang mulia.
December 6th, 2006 at 7:27 pm
Alhamdulillah…. kalau semua yg bergelar jutawan dan yg bakal bergelar jutawan (yg ni… kita2 yang join tip 1 minit laa… insyaAllah..) fikir nak beramal jariah macam ni… agama dan bangsa kita akan maju dan dipandang tinggi!
Saya memang niat suci tu dah lama ada. Bila tengok Bersamamu kat TV3, sampai menangis esp. tengok nasib anak2 orang susah yg sampai umur 7 bulan pun dok makan pucuk ubi!! Bayangkanlah… Tapi apa kan daya… diri sendiri dan keluarga pun kadang2 masih lagi tersepit! InsyaAllah… semoga satu hari nanti saya akan achieved financial freedom dan boleh memberi… memberi dan memberi.. tanpa mengira apakah balasannya… Yang plg penting pahala di sisi Allah…
December 6th, 2006 at 10:29 pm
Sedekah tidak akan menjadikan kita miskin malah Allah akan membukakan pintu-pintu rezeki. Setau saya satu riggit dibelanjakan di jalan Allah, Allah akan balas 700 ribu kali ganda sekurang-kurangnya malah balasan Allah tidak ada had. Kekayaan Syed Mukhtar saya percaya datangnya sebab kemurahan dia dan Allah balas di dunia.
December 7th, 2006 at 1:26 am
memang benar kata ..saya telah mempraktikkan tips itu dan hasilnya memang baik.
December 7th, 2006 at 12:44 pm
diharap dengan usaha murni akan terus diberkati dan sentiasa mendapat lindungan dari bala dan musibah. semoga perjalanan terus sukses.
December 8th, 2006 at 8:40 am
dari segi psikologi, bila kita memberi, kita akan dapat rasa betapa “abundant”nya (banyak/berlebihan) harta/kekayaan di dunia sehingga boleh diberikan dan membantu orang lain. perasaan ini akan memudahkan kita mencari lagi banyak harta & kekayaan.
December 8th, 2006 at 3:44 pm
Keiklasan penting.
Buatlah apa jua kerja amal tak perlu rang lain tahu.
Tak perlu kira pahala yang bakal dibalas oleh tuhan.
Jangan menyusahkan hidup orang lain kerana tindakan kita.
Hidup anda tidak akan kesempitan.
December 10th, 2006 at 10:10 am
ingatlah, kita diberi peluang sekali sahaja utk hidup di dunia ini, dan kesempatan ini wajib dimanfaatkan sebaik2nya oleh kita semua.
saya pun berjanji kpd diri ini akan melakukan spt tan sri syed mokhtar albukhary, jika jadi jutawan kelak. patut saya hormat kat dia ialah, hampir 10 masjid kat kedah ini telah dinaiktaraf, seterusnya diserahkan kpd kerajaan negeri kedah.
cuba bayangkan, jika semua jutawan/kaya raya kat m’sia ni, buat mcm beliau….
January 4th, 2007 at 3:04 pm
saya berminat untuk membuat latar belakang dan sejarah hidup tuan…
January 16th, 2007 at 3:10 pm
Allah tak pernah lupa kepada hamba2nya, baik yang sentiasa melupakanNya apatah lagi yang senantiasa mengingatiNya. Nikmat yang sekecil-kecilnya kepada yang sebesar-besarnya. Teringat malam tadi, berlaku satu incident kepada kami sekeluarga dan tanpa disangka2 Allah yang Maha Berkuasa mendengar rintihan hambanya. Saya diberikan nikmat itu secepat kelipan mata saya. Dan hari ini saya bertemu dengan website ini membuka minda yang sedang beku dihimpit realiti kehidupan. Sedang mencanai minda dan perancangan membebaskan diri untuk mencapai “Financial Freedom”, untuk diri, keluarga dan masyarakat seagama.
Syukran.
May 15th, 2007 at 3:50 pm
assalamualaikum..
..macamane cara untuk saya hubungi nizal mohamad, sebab saya bercadang untuk menjemput beliau sebagai penceramah ke program kami yang bertempat di universiti islam antarabangsa.
February 2nd, 2008 at 9:43 am
askum….
moge sye dpat mngikut jejak langkh tan sri syed mokhtar al bukhary yang bnyak menggunakan hrtanya ke jlan allah….amin…moga2 dngan blog yg diadakan dapat memotivasikan sye untuk menjadi seorang jutawan yg dermawan amin…tlong bg tips c’kit…
November 9th, 2009 at 8:50 pm
Ingat janji Allah salah satunya dalam surah Al An’aam ayat 160″Man ja abilhasanatilfalahu….laa yuzlamun.
December 27th, 2009 at 1:03 pm
Salamun Alaikum..Saya berminat untuk melakukan kerja-kerja amal secara sukarela atau pun berbayar.. Tapi masalahnya saya tak tahu nak menyertai dan dengan pertubuhan mana yg saya patut sertai..Kepada sesiapa yang inginkan khidmat kerja-kerja amal secara sukarela taupun berbayar sila hubungi saya di alamat email ini..Khalifah_dunia89@yahoo.com..Saya sedia membantu..Kerja-kerja amal melibatkan umat islam akan saya dahulukan..Kerana itu yg utama bagi saya..Jika kerja itu kena pd masa saya,saya akan terima serta merta..In Sya Allah..Saya masih lg beljar di GMI,Bangi..Berumur 20 tahun..Harap maklum..terima kasih..