Sun 22 Mar 2009
Mengapa hanya terdapat 2% sahaja mereka yang berpendapatan tertinggi sahaja dalam industri masing-masing?
Jawapan: Kerana mereka yang top 2% ini sanggup melakukan perkara-perkara yang susah manakala selebihnya 98% hanya suka melakukan perkara-perkara yang mudah sahaja.
Sebagai contoh, usahawan-usahawan top 2% yang berjaya sanggup melakukan perkara-perkara yang dikira susah seperti melakukan promosi setiap hari, sering mencari contacts dan membuat network yang penting setiap minggu, dan melakukan perancangan dan strategi yang produktif perniagaan baru setiap bulan.
Manakala mereka yang bottom 98% pula hanya suka melakukan perkara-perkara mudah seperti tidak melakukan promosi, tidak menghadiri majlis-majlis network kerana tiada masa, dan hanya menjalankan strategi yang sama dalam perniagaan seperti 2-3 tahun yang lepas (tidak ubah).
Bagi mereka yang top 2%, kerja-kerja tersebut memang susah. Tetapi mereka lakukan juga.
Bagi mereka yang bottom 98%, mereka tak sanggup melakukannya.
Apa kata lepas ni, kita senaraikan perkara-perkara yang susah yang sebelum ini kita sering abaikan. Dan, kemudian… lakukannya juga!
Tip Satu Minit yang berkaitan:

March 22nd, 2009 at 11:51 am
Ya. Konsep ini juga yang terdapat di dalam Islam yang mana setiap kesusahan akan diselangi dengan kesenangan. Jarang siapa yang bersenang-senang temui kesenangan juga. Bahkan dia akan menerima kesenangan setimpal ‘kesenangan’ yang dilakukan sebelum itu.
March 22nd, 2009 at 11:57 am
mulai hari ni saya nak jadi yang 2%. dgn usia yg baru 24 tahun, saya teringin sgt nak berjaya. selalu baca blog IK ni untuk suntik semangat. terima kasih..
sekarang ni saya nak upgrade spa saya. mudah-mudahan cita-cita saya jadi seperti Pn Mona ( Leesa Formula) menjadi kenyataan..
March 22nd, 2009 at 1:11 pm
Sebenarnya memang tiada jalan mudah untuk berjaya.Memang ‘confirm; tiada jalan mudah. Kita perlu berusaha, berusaha,berusaha dan berusaha!!!
Belajar dari kesilapan, tambahkan ilmu dan berusaha untuk maju serta tetapkan matlamat untuk menjadi yang 2%.
March 22nd, 2009 at 1:29 pm
Nampaknya untuk berjaya saya mesti mesti menjadi 2% yang selalu buat kerja susah setiap hari….SAYA MESTI BUAT….
March 22nd, 2009 at 1:30 pm
Ini sejajar dengan pelbagai hukum
seperti Pareto Rule 80/20, di mana
kalo contohnya pizza, 4 orang berkongsi
satu potong, orang ke-5 mkn 4 potong.
Tgk saje mane2, dari sudut akademik,
harta, populasi, pasti yg baik dan
best akan dinikmati oleh golongan
20% (2% lagi lah elite).
March 22nd, 2009 at 1:42 pm
Semuanya terletak kepada pilihan samada untuk berjaya atau tidak.
Jika anda ingin berjaya,anda mesti mengetahui apakah caranya dan berusaha untuk berjaya
Jika anda tidak mahu berjaya,anda tahu apa yang perlu dibuat.
Sungguh aneh jika seseorang ingin berjaya tetapi berusaha untuk tidak berjaya.
Semoga saya tidak tergolong dalam golongan itu.
March 22nd, 2009 at 1:43 pm
ya susah-susah dahulu..bersenang-senang kemudian.
March 22nd, 2009 at 3:38 pm
yang menariknya 98% dan 2%.
9+8+2 = 19
ini tulisan IK, mungkin IK sengaja. haha
March 22nd, 2009 at 4:49 pm
Saya sangat setuju dengan post ini.Orang yang berjaya akan melakukan apa yang orang tak berjaya tdak suka melakukannya.Ini menunjukkan tentang sikap seseorang itu sama ada ingin berjaya atau tidak.Sikap untuk berjaya boleh dipupuk dari semasa ke semasa.Semunya terletak ditangan kita sendiri.
March 22nd, 2009 at 5:01 pm
Ramai yang takut susah tapi masih bersenang-senang walaupun tahu tiada kejayaan tanpa usaha.
Yang bulat tak datang bergolek, yang pipih tak datang melayang.
March 22nd, 2009 at 9:36 pm
Betul la IK,
Kita lebih selesa lakukan perkara yang biasa-biasa saja dalam erti kata lakukan dengan selamat saja.
Nak buat yang lebih2 macam tak sanggup & takut rugi
March 22nd, 2009 at 9:40 pm
Just one small step ahead..
March 22nd, 2009 at 10:17 pm
Salam sukses,
Hmm…moga saya juga akan tergolong dlm 2% tu,insya-Allah
“Tiada kejayaan semanis madu tanpa usaha sepahit hempedu”
Lawatilah blog saya
http://blogahmadtarmizi-miji.blogspot.com/
March 23rd, 2009 at 1:31 am
saya tertarik jugak dgn 2% manusia yang sanggup bersusah payah tu…tapi mesti ada motivasi di sebalik itu..bak salah satu dari 7 habits of highly effective ppl,begin with the end in mind…mesti ada motifnya seseorang itu sanggup bersusah payah.. ..
Dan apa komen IK tentang Don’t just work hard but work smart?
March 23rd, 2009 at 6:51 am
Tips hari ini betul-betul buat saya tersedar yang selama ni saya bukan golongan yang 2% tu…TQ bang irfan…
SAYA MESTI BERUBAH!
March 23rd, 2009 at 10:30 am
Banyak 98% kalu nk dibandingkan dgn 2% tu. Jauh bezanya. Tapi insyaAllah ada hasilnya jika dimanfaatkan sepenuhnya tips tersebut.
Saya akn praktik terus tips tersebut. Hari ni! insyaAllah.
March 23rd, 2009 at 11:30 am
saya pun nak berubah menjadi insan 2% . Oooo rupanya tiap hari2 saya exchange card kat klcc tue dlm category kerja 2% .Tapi sekarang nak cari kat mana ada majlis networking.
March 23rd, 2009 at 2:48 pm
Bersusah-susah dahulu, bersenang-lenang dikemudian hari.
Gagal berkali-kali, kemudian baru berjaya.
March 23rd, 2009 at 3:21 pm
Betul untuk berjaya perlu jadi group 2%. Memang penat dan susah untuk menjadi group 2%, tapi hasilnya memuaskan hati. Dunia perniagaan dunia untuk orang yang rajin dan bijak berusaha serta perlu berterusan.
Kadang-kadang saya terasa kepenatan perlu berada di group 2% terutama bila ada pelbagai masalah timbul. Satu tip saya untuk lawan kepenatan tu, saya mesti ke blog IK. Baca tip di sini mesti akan memberi kembali semangat kepada saya. Terima kasih Sifu!
March 23rd, 2009 at 4:08 pm
saya cakap terus-terang, memang saya nak jadi 2% tu sejak IK bagi pendedahan kat dalam wshop dulu. Booster nak jadi 2% ni anytime boleh hilang kalau tak sentiasa motivate diri. Nasib baik IK rajin tulis tips ada gak tempat nak memotivasikan diri..
March 23rd, 2009 at 4:46 pm
memang selalunya itulah yang membezakan kejayaan seseorang,,, kalau kita fikir kenapa kekadang kita telah pun meniu perniagaan orang yang berjaya tetapi kita masih belum berjaya,,jawabnya kita mempunyai usaha yang berbeza
March 23rd, 2009 at 6:34 pm
Orang kaya selalu buat apa yang orang biasa tak buat.
Seperti kata Azizi Ali - “Life is too short to be ordinary”.
March 23rd, 2009 at 9:00 pm
tips yg menarik………..
org2 yg 2% mempunyai pemikiran yg jauh ke hadapan berbanding yg 98%…….
kena berusaha lebih gigih utk jd yg 2% walau ape pun rintangan yg dihadapi……….
chaiyok2……..
March 23rd, 2009 at 9:18 pm
Jika Kerja Mudah VS Kerja Susah..
Biasanya Kerja Mudah lah selalu menang
Nak kasi Kerja Susah… Menang ni susahlah sikit..sebabnya ramai yang tak suka cuba dan langsung tak buat
Salam kekayaan,
THINKERICH
March 23rd, 2009 at 10:22 pm
Salam IK,
Betul kata IK.Saya perlu berusaha keras dlm perniagaan pd usia muda begini supaya dapat kejayan 2% tu.Walaupun lambat tetapi dengan usaha yg gigih pasti sy akan berjaya.Dgn syarat tidak berputus asa.
tQ IK…
March 24th, 2009 at 12:42 am
Salam;
Saya akan menyahut cabaran..
“Boleh dikatakan semua orang tahu ramuan yang perlu untuk kejayaan.Hanya satu masalahnya, iaitu mereka tidak bersedia untuk membayar harganya”
March 24th, 2009 at 2:12 pm
Semua terletak pada pemikiran kita. Kita yang fikir kerja susah atau senang.
Walau macam mana senang pun kerja tu tapi bila kita pikir ia susah ia akan jadi susah.
Tuhan jadikan manusia dgn akal so kena guna la
March 25th, 2009 at 6:16 am
MEMULAKAN SESUATU ADALAH YANG PALING SUSAH…TAPI KALAU KITA TAKUT UNTUK BERHADAPAN DENGAN RISIKO..MAKNANYA GAGAL LAH KITA SELAMA-LAMANYA…TQ IK…UR DA BEST…
March 25th, 2009 at 11:49 am
Kesimpulannya, good things never come easy…cakap fauzi memang betul because semuanya pada mindset kita je…Nak seribu daya, tak nak satu dalih!
March 25th, 2009 at 1:01 pm
saya lagi suker kerja dengan bijak
April 2nd, 2009 at 10:07 pm
x salah pilih jalan yang mudah…tp kene ingat,smkin mencabar atau susah sesuatu pkrjaan tu…semakin banyak benda atau pengalaman yg kti akan dpt…kmgknan bsr hasil pn belipat ganda dengan usaha yg lebih!!
doa wajib disertakan dgn usaha!!!
April 9th, 2009 at 9:49 pm
nak seribu daya,x nak seribu dalih…semuanya atas kehendak semua orang…
November 8th, 2009 at 2:56 pm
tiada jalan senang untuk senang ttp tidak susah untuk susah..usaha tangga kejayaan