Kerjasama Irfan Khairi & Mynic

Salam!

Sibuk sejak dua menjak ni dengan pelbagai aktiviti, acara dan kerjasama IKSB. Suka saya update 3 perkara yang amat-amat menarik 😉

  • Perkara #1 – Prelude Revolusi: Formula Facebook
    Bagi anda yang ingin tahu menjalankan perniagaan melalui Facebook, kecil tapak tangan, nyiru saya tadahkan menjemput anda untuk ke acara 100% percuma (ditaja sepenuhnya) “Prelude Revolusi: Formula Facebook” yang akan diadakan pada hari Khamis (malam Jumaat ini).Ini adalah kali ketiga dan terakhir Formula Facebook akan di kendalikan di Kuala Lumpur. Lebih 400 peserta telah mendapat manfaat daripada Prelude Revolusi ini. Sekiranya anda menjalankan perniagaan, atau mahu memulakan perniagaan, atau menjalankan perkhidmatan dan ingin menggandakan jualan dan juga prospek anda, sertai Formula Facebook, untuk ketahui teknik dan strategi menggunakan Facebook dalam menambahkan keuntungan perniagaan anda. Bukan cara tagging-tagging! ;)Berikut adalah beberapa gambar yang sempat dirakamkan. Ohw ya… pelakon Fahrin Ahmad juga turut serta untuk memeriahkan lagi majlis sempena FA vs IK.

  • Perkara #2: Fahrin Ahmad vs Irfan Khairi
    Terlanjur saya sebutkan Fahrin Ahmad, pada hari Sabtu 25hb Jun ini akan diadakan satu pertemuan, pertembungan, perbalahan? Fahrin Ahmad vs Irfan Khairi. hehehe… jangan risau, kami tak bergaduh. Kalau bergaduh, gerenti saya kalah…FA vs IK adalah satu acara motivasi, kewangan dan perniagaan di mana dua idea dan konsep bertembung dalam mencapai kejayaan diri, dari segi kerier, perniagaan dan juga kewangan. Saya akan kongsikan teknik-teknik kejayaan perniagaan dan kewangan, manakala Fahrin akan akan kongsikan kaedah-kaedah menjenamakan diri dan komunikasi. Kesemua ini adalah penting dalam kejayaan apa sahaja.Apa yang menariknya, ia akan dijalankan cara penuh santai, menghiburkan di TGV Suria KLCC. Ya, kami sewa satu panggung TGV untuk mengendalikan sesi ini dan jualan tiket sungguh panas ketika ini!

    Sekiranya anda bebas pada hari Sabtu ini dan ingin memeriahkan lagi majlis FA vs IK, sertai kami. Jumpa di sana!

  • Perkara #3: Kerjasama Irfan Khairi dan MYNIC
    Satu lagi berita terkini yang ingin saya sampaikan adalah baru-baru ini saya telah menjalinkan kolaborasi bersama MYNIC untuk memperluaskan lagi industri Internet Malaysia. Sokongan saya sepenuhnya untuk MYNIC!

    dotmy.png

    Akan diadakan tidak lama lagi adalah .MY DAY 2011. Mulai hari ini, saya akan mula berkempen untuk penggunaan domain name .my (.com.my, .net.my, .org.my, .my dan lain-lain)- iaitu domain name khas untuk Malaysia. Banyak manfaatnya 😉 Saya pun akan tambahkan penggunaan .my untuk perniagaan-perniagaan Internet saya.

    Saya juga ingin jemput anda memeriahkan lagi .MY DAY bermula 29hb Jun ini. Akan terdapat juga sesi perniagaan Internet bersama saya.

The following two tabs change content below.
Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

About Irfan Khairi

Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

7 thoughts on “Kerjasama Irfan Khairi & Mynic

  1. Satu program yang menarik dari IK.Moga Ik dapat teruskan program begini untuk membakar semangat rakyat Malaysia menjana pendapatan dari internet

  2. Terima kasih tuan Irfan Khairi atas info yang diberikan. Saya juga sedang merangka plan untuk menggunakan tld malaysia untuk perniagaan internet yang saya jalankan.

  3. Assalam…
    Tak sabar rasanya untuk saya hadiri event yang pastinya happenig dan penuh dengan info daripada IK!

  4. Memang menarik sungguh program Formula Facebook Irfan! Saya telah hadirinya bersama adik saya. Banyak yang dapat saya belajar. Terima kasih, Irfan. 🙂

    – Maslinda Wahid 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published.