Wed 24 Jan 2007
Saya pasti ramai yang telah membaca buku Rich Dad poor Dad tulisan Robert Kiyosaki. Satu konsep yang saya amat minat (dan gunakan) dari Rich Dad Poor dad adalah membeli sesuatu, dengan “wang orang lain” (other people’s money / OPM).
Contoh yang ditunjukkan adalah, Robert ingin membeli kereta idamannya iaitu sebuah Porche. Untuk membeli kereta idamannya itu, beliau tidak menggunakan wangnya sendiri. Apa yang digunakan adalah wang orang lain. Beliau membeli sebuah bilik/ruang kosong kemudian, menyewakannya menjadi tempat penyimpanan barang (Storage facility).
Keuntungan dari perniagaan kecil storage facilitynya itu setiap bulan membayar pinjaman bulanan kereta idaman Porche itu. Dalam kata lain, wang dari orang lain membiayai kereta idaman!
Apabila beliau ingin membeli kereta Mercedes untuk isterinya, beliau memulakan perniagaan kecil baru. Keuntungan (other people’s money) dari situ pula digunakan untuk membayar kereta mewah Mercedes!
Konsep yang sama anda boleh gunakan untuk perniagaan Internet. Mulakan perniagaan Internet kecil yang automatik (tidak memerlukan penglibatan anda sepenuhnya) seperti menjual ebook di Internet. Keuntungan bulanan dari situ boleh membiayai kereta idaman anda, atau rumah idaman anda!
Aplikasikan konsep Rich Dad Poor Dad kepada perniagaan Internet. Dengan cara ini, wang anda tidak akan berkurangan, walaupun memiliki sesuatu yang anda idamkan
Tip Satu Minit yang berkaitan:

January 24th, 2007 at 11:24 am
Saya percaya ramai yang praktikan konsep seperti dipertengahkan oleh .Tetapi apa yang saya faham dari konsep ini adalah cuba buka bidang perniagaan baru, jangan tumpukan satu bidang sahaja.maksud saya kembangkan perniagaan kita dengan idea2 yang baru.
January 24th, 2007 at 11:36 am
Konsep Robert Kiyosaki itu sebenarnya telah banyak digunakan oleh orang-orang kaya di Barat. Walaupun begitu, secara teknikalnya bukanlah sesuatu yang mudah untuk dilaksanakan.
January 24th, 2007 at 12:45 pm
Ya, konsep yang sama (OPM) digunakan untuk property investment.
January 24th, 2007 at 12:58 pm
ha’ah ye, saya dah baca buku Rich dad tu, part tu jugalah yang menarik perhatian saya. “membeli sesuatu dengan wang orang lain”. Thanks di atas tips harini
January 24th, 2007 at 1:29 pm
Dari tips hari ini,saya dapat rasakan banyak lagi cara untuk mendapatkan duit.Idea simple tetapi berguna untuk dijadikan motivasi
January 24th, 2007 at 3:40 pm
It would help to achieve/get what you want using OBM but one could also using OBS (Other People’s Strength). Most networking or MLM biz adopting to this method of enterpreneurship. In fact, I’m venturing into this biz right now.Since I do not any product of my own, by doing this no worry on products to sell, merely getting (MGM) members-get-members to duplicate you. As easy as A+B+C : A - sign up as lifetime membership, B - buy a shop lot as low as less than RM500 and biggest lot RM2,500 depending on how much you wish to earn in a mth and C - get members to duplicate you.
Once everythings runs well and networking expands, bolehlah I retire from my 9-5job and starts to Work from Home. Lepas tu, go for yr workshop and become an internet businesswomen. Targetting/setting my goal to achieve that within the next 5-6 mths from now. Planning to have a Multiple Source of Income. Believe pun is implementing these MSI, right.
January 24th, 2007 at 5:35 pm
Yes, chi, other than OPM, OPS is great. I don’t do network marketing, but i must say networking with other people is a fast way to achieve success!
January 24th, 2007 at 10:50 pm
Motivasi dan tips yang hebat
January 24th, 2007 at 11:29 pm
Konsep yg hebat utk cuba diaplikasikan utk mencapai impian sendiri! Lagipun, dgn bisnes internet, membuka satu lagi perniagaan jadi semakin mudah dan murah! So it is more achievable and most likely to succeed.
InsyaAllah dlm masa terdekat ni saya akan keluar dgn website terbaru
Kali ni saya akan gunakan ilmu promosi yg saya sedang tuntut dari 101 Cara Promosi utk promote website saya habis-habisan. Harapnya kali ni lebih berjaya!
January 24th, 2007 at 11:41 pm
Setuju dengan konsep tu
January 25th, 2007 at 12:37 am
Saya juga telah membaca buku Rich Dad poor Dad tulisan Robert Kiyosaki. Satu konsep yang saya amat minat adalah pandangan beliau tentang “aset” dan “liability”.
Ramai dai kita tidak dapat membezakan di antara aset dan liability. Seperti yang kata (membeli sesuatu, dengan “wang orang lain” (other people’s money / OPM)) adalah satu cara untuk kita membuat “aset” kerana kita tidak menanggung (”liability”) kos untuk mendapatkan sesuatu.
“Use Money To Get More Money” (UM To GMM)
Contoh: Ramai yang beranggapan Rumah yang mereka beli adalah “aset” mereka, tetapi sebenarnya tidak kerana mereka menaggung (liability) hutang untuk membayar ansuran rumah dari pendapatan mereka sendiri. “Membeli rumah dan disewakan adalah langkah yang lebih bijak untuk menambahkan aset kita”
Apa pendapat dan anda yang lain.
Hisham;
“Biar wang bekerja untuk kita bukan kita bekerja untuk wang”
January 25th, 2007 at 12:48 am
Makin banyak dipelajari, rupanya lagi banyak yang tak tahu…Bila dah tahu, kena praktik kan pula. Kalau tak, ilmu tak ke mana… Agaknya kena pilih satu-satu dulu, tak boleh cuba semuanya sekali.
Amin
www.jobsecret.com.my
January 25th, 2007 at 1:13 am
Tips yang sememangnya berguna dan banyak lagi idea seumpama itu boleh dipraktikkan. Saya akui teknik ini memang berkesan kerana saya pernah mengguna teknik tersebut.
Adakah Irfan ada pengalaman menggunakan konsep ini?
January 25th, 2007 at 1:24 am
Bila difikirkan, konsep ini mudah dilaksanakan. Apabila sudah berjaya dilaksana dan mendapat hasil pd usaha itu, satu perkara yg menjadi penyambung ialah JANGAN BOROS!
January 25th, 2007 at 7:50 am
saya nak praktikkan!
January 25th, 2007 at 8:40 pm
Yes..gunakan duit orang..pengalaman orang dan masa orang..great
January 26th, 2007 at 8:12 am
this was my first book about finance that exposed me. the concept of money such as
dont work for me, let money work for me..
After finish study, own your business, dont think to be hired with good salary.
etc etc….
January 26th, 2007 at 2:38 pm
Tip kali ni memang best.
September 21st, 2007 at 2:14 pm
Assalamualaikum, salam perkenalan dari saya.
Saya telah membaca dan menonton video Robert Kiyosaki. Ternyata beliau memang seorang yang sangat hebat. Satu konsep yang paling popular dari Robert ialah tentang konsep 4 Quadrent. Dalam bisness bermacam-macam perniagaan yang boleh kita ceburi dan yang mana satukah business yang terhebat? Kita kena cari satu business yang kita miliki dan bukan business yang memiliki kita. Yang terpenting kita mesti tanamkan impian yang jelas dalam pemikiran kita.
OK Tq.
January 17th, 2008 at 8:14 am
khairul..where u bought Robert Kiyosaki cd?i need one..please tell me.thanks
August 3rd, 2008 at 3:31 pm
Robert Kiyosaki adalah seorang yang sangat bijak. Follow their 4 quadrants to do. You must accept it. I must follow him next year because i’m not enough age to join any business yet. Haha.
Wealth Forever
Regard
Liew
http://varietiesinside.blogspot.com
August 22nd, 2008 at 12:06 pm
I really agree apa yang irfan katakan coz i pun dah started buat perniagan secara kecil kecilan, follow e-book “Mentor Jutawan” actually kalau kita betul2 follow apa yang diaorang suggest mesti jadi.Tapi dengan syarat u kena ada minat la…Cuma belum pergi workshop aje lagi insyaallah bila business dah stabil, i mesti kena pergi nak belajar buat website dan macammana berniaga dalam internet coz really tak der masa…
tapi i akan pergi jugak lepas raya nanti,eh,ada lagi ker workshop lepas raya ni..???,so bila perniagaan dah berjaya than i can quit form my 9-5 job,& xpayah susah2 nak bgn pg siap2 pergi keje kan…!
So keep it up Irfan…!
thank’s a lot….!!!
Regard’s
FAIROZ
TEMPEYEK & RENDANG FADZILLAH