Kos penghantaran dalam perniagaan Internet

Dalam perniagaan Internet, kos penghantaran di tanggung oleh pelanggan. Anda boleh mengenakan bayaran tambahan untuk menampung kos penghantaran mengikut destinasi tertentu.

Namun begitu, satu tip yang saya sering beri ketika Workshop Jutawan Internet adalah, sekiranya anda boleh memuatkan harga penghantaran kedalam produk anda, ia merupakan satu BONUS dan ianya memudahkan pelawat anda membuat keputusan untuk membeli.

Contoh, sekiranya anda membeli buku Rahsia Jutawan-Jutawan Internet Terbongkar dari kedai buku, ia berharga RM39.90. Sekiranya anda membeli dari RahsiaInternet.com, ia juga berharga RM39.90 termasuk kos penghantaran ke alamat pelanggan.

Untuk mengetahui bagaimana untuk memuatkan harga penghantaran ke dalam produk anda, bawa produk anda ke pejabat pos dan minta harga penghantaran untuk destinasi yang paling jauh. Kemudian, masukkan harga tersebut ke dalam kos produk anda bersertakan margin untung yang anda inginkan. Ini membolehkan anda memberi produk anda bersamaan free delivery!

Nota: Atas sebab yang sama, barangan yang berat amat tidak sesuai dijual di Internet oleh kerana kos penghantaran yang tinggi!

Semakin ramai peserta Workshop Jutawan Internet telah mendapat pulangan melalui perniagaan Internet mereka. Anda bila lagi? 🙂

The following two tabs change content below.
Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

About Irfan Khairi

Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

16 thoughts on “Kos penghantaran dalam perniagaan Internet

  1. Oh gitu ya Irfan,

    Masa saya beli CD 123 Irfan tue, tulisnya penghantaran percuma, ttp apabila terima bungkusan pos ekspres, terfikir semula kaedah yang Irfan telah gunakan.

    Saya pula buat begini. Kos penghantaran dibahagi dua. Sebahagian letak dalam kos produk. Jadi kos penghantaran menjadi lebih murah daripada biasa. OK tak gitu Irfan? Kawan-kawan pula macam mana?

  2. Terima kasih Orang Kaya..!!! (Dialog P Ramlee)

    Ini dapat membantu saya sedikit sebanyak dalam memulakan perniagaan online.

    Saya sedang mengumpul duit untuk menghadiri workshop untuk melipat gandakan keuntungan saya. Dengan melalui buku ‘Rahsia Jutawan² Internet Terbongkar, keuntungan perniagaan internet isteri saya mula bertambah.

    Terima kasih!

  3. Barulah saya tahu bagaimana kos penghantaran dibuat. tapi bagaimana untuk penghantaran ke luar negara. bagaimana pula untuk menetapkan masa yang kita patut beri untuk tempat di luar malaysia. Adakah seminggu hari bekerja juga.

  4. Assalamualaikum.

    Selaku pengguna, saya lebih suka kalau harga pos tidak dikenakan kepada saya. Maksud nya adalah lebih baik kalau bayaran untuk pos dimasukkan ke dalam harga barangan yg dijual.

    Wassalam.

  5. Sebab itulah kenapa di internet, produk seperti Cd Rom, E-Book , Buku , Kain , Baju , Roticanai boleh dijual di internet. 🙂 (menyebut beberapa contoh sahaja)

  6. hi semua..

    dalam banyak-banyak produk di internet, produk yang tak banyak melibatkan kos penghantaran adalah produk-produk digital seperti e-book, software, laporan khas, web template, mp3 kerana ia boleh di download terus ke dalam hard disk komputer pembeli. Bagi saya, untuk mengurangkan kos penghantaran saya pilih produk ini buat permulaan kerana ianya hampir tiada melibatkan sebarang pembayaran untuk penggunaan kurier…saya baru bermula dalam perniagaan intenet sejak Mac lepas..Tambahan pula, penghantaran amat cepat tak lebih 10 minit. Untuk produk fizikal, saya rasa penggunaan Pos Laju amat sesuai, lagipun ia boleh di ‘track’ melalui lama web Pos Malaysia, jadi tiada kerisauan barang itu hilang atau tidak sampai..tip saranan Irfan hari ini amat berguna sekali, terima kasih..

  7. Pastikan margin keuntungan besar dan dapat menampung kos penghantaran. Walaupun keuntungan berkurangan tetapi volume produk terjual lebih besar dgn kemudahan internet dan kurier. Kita tak perlu lagi memasarkan hanya pada kawasan terdekat shj.

  8. kalau membeli barang dalam katalog biasanya orang tak perasan harga pos. orang lihat harga barang tu…. kalau letak harga pos sekali mesti nampak mahal sedikit. macam beli pakaian kat kedai, kita lihat harga pakaian tu tapi dah lupa harga repair barang tu untuk fit kita pakai… kalau kami salah perbetulkan!!!!

  9. kalau produk niche, satu barang saja elok campur sekali(petikan dari buku) …tak berani nak bagi pendapat sendiri kerana belum berjaya. hehehehe

  10. Tip yang amat practical dan berguna. Macam mana pula tip yg mudah utk menerima bayaran credit card dari pembeli asing? Worldpay mempunyai bayaran yg agak tinggi utk kami yg baru mencuba peniagaan online ini. Harap Irfan dapat kongsi pengalaman sedikit dlm bahagian ini. Syabas!

  11. Thanks .sebelum ni saya ada membaca tentang “delivery cost” ni…Kite perlu melabur untuk memperolehi kejayaan….

  12. Saya sokong petikan daripada Mohamed. Saya juga seperti beliau TERTANYA-TANYA perkhidmatan terbaik untuk membolehkan saya menerima bayaran kad kredit.Harap saudara Irfan dapat membantu.

  13. Salam, Asalnya saya web developer. Jadi buat jualan internet untuk portfolio dan experience supaya dapat berkongsi dengan customer atau bakal customer saya. Saya nak kongsi pengalaman cara urus Online Shop. Saya telah memulakan perniagaan internet (fizikal Produk) sejak 2003. Kos penghantaran adalah salah 1 faktor penting dalam Online Shop. Saya jual produk kesihatan – Gamatemas.com. Pernah buat penghantaran ke luar negara termasuk US dan German – Kebetulan mereka ini adalah orang malaysia yang menetap di sana. Jadi cara bayaran masih boleh diterima melalui local bank. Cuma shipping cost, perghh kesian tapi nak buat macamana memang seperti yang dicharge oleh POS LAJU MALAYSIA. Beli produk harga RM80 dan harga pos Malaysia double dari harga barang. Tapi jangan risau sebenarnya pembeli tetap akan beli sebab mereka faham. Jadi untuk penghantaran ke luar negara elok buat semakan terlebih dahulu. Dan letakkan note di laman web anda, sila email lokasi anda jika penghantaran luar Malaysia. POSLAJU/EMS cepat tapi mahal sikit. Dan boleh trace status penghantaran. Produk cecair susah @ tidak boleh nak dihantar ke luar negara, tambahan jika ianya bergoncang dan boleh dengar. Bila isi form Poslaju keluar negara declare Gift. Saya masih lagi mengkaji cara terbaik untuk membuat penghantaran produk fizikal terutamanya berbentuk cecair dan serbuk – contoh herba/kopi. Kalau Produk anda jenis kain, buku/pamplet tak ada masalah. Kalau digital lagi lah tiada masalah. Tapi hmmm tak kan semua orang nak jual digital produk. Digital produk pun kena hati-hati kalau bukan copyright produk. MP3 lagu jangan buat sama sekali. CD tidak boleh dihantar – Malaysia antara negara bermasalah tentang isu cetakrompak jadi apa2 CD keluar masuk anda dipantau. Kalau kena tahan banyak isu termasuk isu copyright/cetakrompak.

Leave a Reply

Your email address will not be published.