Salah satu pengiraan kos yang paling penting tetapi sering diendahkan adalah…

“Berapakah kos untuk mendapat satu pelanggan?”

Ketahui berapa kos anda perlu untuk mendapatkan seorang pelanggan, sebagai contoh, sekiranya kempen iklan anda berharga RM500 dan anda berjaya mendapat 25 pelanggan, maka, kos untuk mendapatkan satu pelanggan adalah RM20.

Terdapat pelbagai kegunaan pengetahuan ini. Sebagai contoh, bandingkan kos untuk mendapatkan satu pelanggan bagi kempen iklan surat khabar, banner, radio, internet, flyer dsb…

Kemudian lihat media iklan mana yang memberi kos satu pelanggan paling rendah. Jawapan ini merupakan media iklan anda yang paling efektif!

Pendapat Anda?

Tip Satu Minit yang berkaitan:
  • Keuntungan perniagaan daripada pelanggan-pelanggan yang lepas
  • Kupon Diskaun… Pelanggan Berulang!
  • Soalan kepada pelanggan anda
  • Syarat 80-20 dalam perniagaan