Fri 6 Jul 2007
Bila sebut “kreatif” ramai memikirkan dalam perniagaan, kreatif adalah untuk pengiklanan/advertising. Namun, saya sering menyebut untuk menjadi kreatif dalam perniagaan
Sebenarnya, kreatif meliputi aspek yang meluas bukan sekadar pengiklanan, tetapi juga sehingga membuat keputusan perniagaan yang kreatif.
Contoh yang saya ingin kongsikan mengenai kreatif dalam perniagaan adalah Anita Roddick (pengasas The Body Shop)
- Ketika mengembara pada tahun 70-an, Anita Roddick mendapati di negara yang dilawatinya, wanita menggunakan koko untuk melicinkan kulit muka dan badan. Anita Roddick menggunakan kreativitinya untuk membawa idea tersebut menjadi idea perniagaan kosmetik!
- Apabila ingin memulakan perniagaan, Anita tidak mempunyai modal yang mencukupi untuk membeli bekas kosmetiknya. Lalu, Anita menggunakan kreativitinya membeli bekas yang paling murah, iaitu bekas menyimpan sample air kencing di hospital untuk dijadikan bekas kosmetik. (kini, tidak lah gunakan bekas tersebut… nanti ni jadi email forward pula!
) - Apabila membuka kedainya yang pertama pada 1976 (ya, The Body Shop kini sudah 30 tahun… bukan short cut kejayaan!), dinding kedainya berlumut dan kotor. Anita menggunakan kreativitinya untuk menggunakan cat yang paling murah berwarna hijau yang sama dengan warna lumut tersebut untuk mencantikkan kedainya. Sehingga kini, warna hijau (warna lumut) yang sama masih digunakan dan membawakan konsep alam semula jadi!
Dalam perniagaan, anda perlu kreatif dalam menangani masalah dan membuat keputusan. Jangan jadikan tiada modal, tiada idea perniagaan menghalang anda. Fikirkan cara kreatif dalam perniagaan anda
ps: Ada sesiapa tahu bagaimana hendak menjadikan diri lebih kreatif?
Pendapat Anda?Tip Satu Minit yang berkaitan:

July 6th, 2007 at 8:59 am
macam mana nak jadi kreatif?
July 6th, 2007 at 9:06 am
sebenarnya setiap individu mempunyai kemahiran dan kreativiti tersendiri . mereka sendiri yang seharusnya mencari di mana kelebihan yang di miliki …
pendek kata (asyik pendek jek kate panjang tak kate ke???) ‘berfikir di luar kotak pemikiran’ rujuk perbincangan yang di bualkan oleh IRFAN. semua kejadian yang tuhan ciptakan adalah sempurna , jangan wujudkan beribu2 persoalan dan paling utama alasan (semua manusia pasti akan ada pelbagai alasan)
kejayaan bukan datang dengan hari nie usaha esok pasti berjaya, makan masa!!!
untuk menjadi seseorang yang kreatif adalah dengan menjadi seseorang yang suke memerhati yang suke mengkaji, yang suke meneliti, yang suke berfikir, yang suke merenung, yang suke muhasabah, yang suke menjadi bijak dan yang suke menjadi pandai!
cube berfikir apa yang orang lain belum fikirkan …. menjadi kreatif sangatlah mudah tetapi untuk mengekalkannya???
July 6th, 2007 at 3:27 pm
Pada pendapat saya, kreatif ni kena latihan.Maksud saya kena praktis diri kita menjadi seorang yang kreatif.
Contoh mudah macam ni,kita ada hadiah nak balut untuk bagi kat orang tapi takde kotak.Cuba kita cari kotak besar,kita potong ikut kreativiti kita hingga jadi kotak yang sesuai dengan hadiah kita tu.Tapi memang leceh la..ok kalau dah jadi kita balut.Tiba-tiba kertas balutan tak cukup,kita beli 2 keping tapi ada bahagian tak tutup lagi.Apa nak buat? kita cari kertas lain, cantikkan bahagian yang ‘cacat’ tu.. gunakan kreativiti.
Ok kalau dah siap,takde kad kecil pulak?kad untuk tulis nama tu.. kreatif lagi,kita cari kad kawin yang dah tak pakai,potong dan lipat jadikan kad kecik.. dah settle.
Itulah salah satu cara saya melatih supaya menjadi kreatif.Bukannya kedekut!Itu baru bab balut hadiah, ada banyak lagi benda yang kita boleh asah otak kita menjadi kreatif.
Apa pendapat ?
July 6th, 2007 at 9:26 pm
bagi pendapat saya, kreatif adalah sifat semula jadi tp nak jadi kreatif pun boleh. yang penting kena selalu belatih…
btl ?
July 7th, 2007 at 1:10 am
Kita akan jadi kreatif apabila kita:
1. Mengejar masa Untuk menepati ‘Dateline’
2. Melakukan kerja yang kita sangat suka
3. Memang seorang yang kreatif
4. Berfikir secara kreatif
5. Mengabungkan keadaan disekiling kita untuk mencapai sesuatu
6. Meniru kemudian menambah baik yang ditiru
7. Mengubahsuai sesuatu
8. Menyelesaikan sesuatu masalah
Hisham;
P2..DotCom Founder
July 7th, 2007 at 11:29 am
Lebihkan train…dan cari idea2 baru…InsyaAllah leh jadi > kreatif
July 7th, 2007 at 1:55 pm
Kreatif adalah suatu kebebasan melakar ciptakan suatu kelainan atau pembaharuan yg membina & membenarkan rongga2 minda setiap individu itu berfungsi dgn baik & bijak.
Hanya yg berbeza ialah mutu kreativiti seseorg itu.
Ramai yg berupaya menjadikan kreatif itu suatu yg menyegarkan minda & dpt menghasilkan kerja / idea kreatif itu bernas.
Tunas kreativiti apabila bersendirian agak terhad & ada unsur kekhuatiran dlm diri utk bebas berfikir. Ttp ada di antara kita yg dpt menghasilkan kreativiti yg bermutu tinggi apabila keseorangan.
Melatih daya kreativiti adalah lebih membina & menggalakkan secara berkumpulan. (tidak melebihi 5 org).
Lebih itu akan membuat kreativiti kita menjadi complex, bercanggah & tidak berkesan.
Pena_Putrie
dotSG
July 7th, 2007 at 2:32 pm
Untuk menjadi lebih kreatif pemikiran mesti sentiasa terbuka dan sentiasa memerhati keadaan sekeliling…
Pemikiran kreatif mampu membantu dalam perniagaan dan seterusnya meningkatkan produktiviti..
Cerita yang menarik dari
July 7th, 2007 at 9:38 pm
Ketika saya mengambil MBA pensyarah kami hendak bina kreativiti dengan menyuruh semua pelajar dapatkan 500 idea baru. Dari 500 idea cari 10 idea yang terbagus dan dari 10 idea dapatkan 3 idea yang boleh dicapai dan buat business plan untuk memulakan perniagaan menggunakan idea tersebut.
Sekian Sharifah Shah Alam
July 8th, 2007 at 10:19 am
Kreatif nie satu anugerah tuhan kepada manusia. Untuk menjadi kreatif bukannya mudah tapi ianya mudah sekiranya orang itu suka berfikir. Kreatif nie berpunca dari orang yang suka berfikir. sebagai contoh kita tengok rumah kita sendiri. Bila kite balik rumah jer, kita tengok keadaan rumah kita, kadang-kadang rase macam semak perut sebab nampak macam susun atur barang rumah ke perabot ke tak berapa sesuai. oleh itu timbul rasa untuk mencantikkan keadaan susun atur barang dan perabut tadi. lepas tu kita pun susunlah ikut kehendak kita sehingga rasa puas hati kita.
So, apa yang saya ceritakan ialah dari mana wujudnya kreatif tersebut. itu lah kreatif.
tak gtu
July 8th, 2007 at 11:16 am
Banyak orang melarang kita daripada “berangan-angan” lalu ujudlah kata-kata peribahasa seperti “Angan Angan Mat Jenin”.
Tapi sebenarnya, angan-angan itulah yang boleh kita janakan menjadi impian dan seterusnya menjadi idea baru memangkinkan penciptaan dan akhirnya membuahkan hasil dari sudut kewangan.
July 8th, 2007 at 11:56 am
Banyak faedah kalau kita kreatif dalam apa yang kita lakukan…
Pernah terdengar somewhere…kita akan lebih kreatif bila kita rasa sedikit tekanan dalam sesuatu yang kita buat (cth: persaingan dlm bisnes).
Tu pun kalau kita ambil tekanan tersebut dari aspek positif
July 9th, 2007 at 1:08 am
Asmkm Irfan, apa khabar? Shueqry di sini..
saya dah terlambat masuk ke sini.. bagi diri saya nak jadi kreatif perlu bermula di minda, be in control ,relaks dan biar dalam keadaan santai sesantai yang mungkin..
kemudian lihat keadaan sekeliling, selepas tu banyak idea akan muncul !
- shueqry -
all for one, one for all
July 9th, 2007 at 1:43 am
pada pendapat saya untuk menjadi kreatif itu perlu kan latihan dan sentiasa melatih otak kita untuk berfikir
tetapkan satu matlamat dan fikirkan mcm mana kita nak mencapainya…bila otak kita berfikir…kita akan sentiasa berfikir secara kreatif…
dan idea2 kreatif boleh timbul bila kita fokus untuk berfikir tentang sesuatu benda itu dan bagaimana nak mencapainya
July 9th, 2007 at 10:20 am
Gerak Usahawan Nasional 2007
Tema : Pengembangan Dan Pemantapan Rantaian
Tarikh : 25 - 26 Ogos
Masa : 9.00 pagi - 6.00 petang
Tempat : Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC)Kuala Lumpur
Di Rasmikan : Y.A.B. Dato’ Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi(Perdana Menteri Malaysia)
Usahawan, Bakal Usahawan, Siswazah, Pesara dan orang ramai dijemput menyertai program ini.
Maklumat Lanjut:
http://promoprosper.blogspot.com/2007/07/gerak-usahawan-nasional-2007.html#links
July 9th, 2007 at 10:50 am
salah satu cara untuk menjadi lebih kreatif adalah dengan banyak berfikir di luar kotak. sambil-sambil duduk atau rehat, cuba bina gambaran dalam minda tentang sesuatu perniagaan yang menghadapi masalah, kemudian, fikir bagaimana menyelesaikan masalah tersebut. buat satu simulasi dalam minda keadaan-keadaan masalah perniagaan dan fikir & latih minda kita untuk menjadi kreatif.
terima kasih p2 atas pengumuman tersebut. saya amat recommend anda semua untuk menyertai Gerak Usahawan 2007 oleh kerana ianya adalah usaha kerajaan dalam membantu dan mempromosi keusahawanan di Malaysia.
Saya amat berbesar hati oleh kerana Gerak Usahawan 2007 ini, saya dijemput sebagai tokoh perniagaan untuk satu sesi bersama peserta. So, jangan lupa
terima kasih atas sokongan semua!
July 10th, 2007 at 9:17 pm
Berada dlm keadaan tertekan dan menghadapi persaingan mmg akan memaksa kita menjadi seorang yg lebih kreatif. Hadapi tekanan dan permasalahan tersebut dgn sikap yg positif (spt yg dilakukan oleh founder The Body Shop itu).
Jgn cepat melatah dan cuba gunakan/manfaatkan segala sumber yg ada di sekeliling kita dgn lebih bijak dan kreatif. Ini sekaligus dpt membantu mengurangkan kos, menjadikan kita lebih inovatif dan unik, dan akhirnya dptlah kita menyelesaikan masalah dan persaingan yg dihadapi dgn bijak dan kreatif!
July 16th, 2007 at 11:30 am
Salam. Seperti saya telah bincangkannya sebelum ini. ‘kreatif’.
Ini pengalaman saya dalam pekerjaan saya sebagai juruteknik.
Masalah yang dihadapi ketika itu adalah teramat sukar untuk di selesaikan, keadaan menjadi lebih panik apabila jentera perlu dijalankan untuk menghasilkan produk. Rugi bagi kilang sekiranya tiada produk yang dikeluarkan.
Apa yang penting adalah produk, walau alat untuk di ganti tiada! Saya fikirkan secara kreatif bagaimana produk tetap dapat dijalankan secepat mungkin. Akhirnya berjaya walaupun alat ganti tiada!
So, sama aje dalam apa jua perniagaan yang ingin dijalankan…
Fikir-fikirkanlah…
September 6th, 2008 at 9:43 am
Kreatif akan wujud apabila kita ada cita2 yang tinggi.. namun utk menggerakkan kreatif thinking tu yang perlukan lagi kreatif
October 7th, 2008 at 12:07 pm
Kreatif boleh le sikit2..tapi kalau nak mengeluarkan modal tu hmm..payah le sikit bagi yang tak berduit..
So aku jumpa website yg claim beri free web hosting ni.. free website kpd sesiapa yg ingin memulakan perniagaan internet tanpa perlu membayar domain.. sapa nak try test market boleh le kat sini ha.. cuba kreatif tanpa keluarkan duit..
Depa ni tak de iklan pun, aku cuba gak tapi belum upload lagi websitenya..
Boleh akses kat sini http://www.000webhost.com/80028.html