Langkah pertama PENTING dalam perniagaan

Langkah pertama dalam perniagaan adalah  mesti-mesti dan mesti jalankan penyelidikan! (market research)

Apabila memulakan apa jua jenis perniagaan ataupun mencipta produk atau perkhidmatan untuk dijual, langkah pertama saya adalah menjalankan penyelidikan. Soalan yang paling penting saya perlu pastikan mendapat jawapan adalah…

“Sekiranya saya menjual produk ini, ditempat ini, pada harga ini, ada tak pembeli?”

Seringkali saya melihat seseorang memulakan perniagaan tanpa menyelidik pasaran terlebih dahulu. Terus dapatkan apa sahaja produk yang dijumpa, kemudian, terus cuba menjualnya pada satu harga yang ditetapkan sama ada melalui Internet atau bukan Internet. Cara ini adalah SALAH dan saya tidak syorkan.

Dan kesilapan yang paling ketara adalah, tidak menjalankan penyelidikan oleh kerana “menganggap” atau “assume” pasaran dan keuntungan akan menyebelahi perniagaan yang didirikan!

Penyelidikan pasaran adalah amat penting untuk memastikan kejayaan sesuatu perniagaan. Saya sering mengambil masa berbulan-bulan untuk penyelidikan perniagaan sebelum memulakan apa sahaja perniagaan. Buku Rahsia Jutawan Internet Terbongkar, CD Rom Langkah 1-2-3 dan Workshop Jutawan Internet dimulakan selepas berbulan-bulan menyelidik pasaran untuk memastikan jualan yang maksimum (bukan main tangkap muat je tau :))

Strategy X yang akan dilancarkan tidak lama lagi juga adalah selepas berbulan-bulan menyelidik pasaran dan permintaan.

Jangan mulakan perniagaan sekiranya anda tidak menyelidik pasaran anda terlebih dahulu. Menyelidik pasaran adalah aktiviti yang agak membosankan oleh kerana tidak dapat lihat wang masuk! Namun, ianya amat penting untuk jangka masa yang panjang untuk memastikan wang masyuk 🙂 

The following two tabs change content below.
Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu insan menjalankan hidup yang lebih bahagia dan kaya melalui perniagaan. Untuk mendapatkan Irfan Khairi sebagai speaker atau ketahui program-program yang dikendalikan, hubungi 03-77292277 (save kan nombor ini) 😉

About Irfan Khairi

Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu insan menjalankan hidup yang lebih bahagia dan kaya melalui perniagaan. Untuk mendapatkan Irfan Khairi sebagai speaker atau ketahui program-program yang dikendalikan, hubungi 03-77292277 (save kan nombor ini) ;)

11 thoughts on “Langkah pertama PENTING dalam perniagaan

  1. Bagi bisnes name card, saya hanya buat penyelidikan sebulan sahaja. Nasib baik menjadi.. hehehe

    Namun, seperti saranan sifu, beberapa projek bisnes online saya akan datang, sedang dalam kajian dan sedang dinilai dari pelbagai sudut..

    Bukan senang nak senang…

  2. Sebagus manapun product anda, tanpa market research dan strategy tak de maknanya. setengah orang tu bijak dalam create product tapi tak tahu macam mana nak market. bagi saya marketing research ni amat peting untuk memulakan perniagaan. Jangan terlalu ghairah dengan product ciptaan anda tetapi market takda.. nanti orang kata syok sendiri..

  3. minta maaf tanya ye…saya budak baru belajar..

    Soalan yang Irfan suruh tanya tu nak tanya kat sape ye? Potential customers ke atau orang ramai.

    Saya tak berapa faham camne nak buat R&D tu.

    Terima kasih di atas jawapan

  4. Saya dah beli buku dan cd…hari ingat nak join workshop tapi last minute terpaksa cancel ada urusan kerja…maybe next workshop bolih joint.
    saya dah mula ikut apa yang tertulis dlm buku tu..sgt berguna…sikit masa lagi saya akan ada laman sendiri. sekarang saya start dengan free blog dulu..

    http://halal2u.blogspot.com/

  5. Saya dah ada buku dgn cd,banyak idea yang datang tapi tak boleh kelam kabut kena buat research dulu.Ingat nak bina laman web ….. hehehe dalam negara kita dulu yes Malaysia Boleh!!!!! Terima kasih semuanya.

  6. saya bertahun memikirkan strategi bisnes internet yg sedang sy jalankan..memang kena perancangan teliti. kalau buat sekalipun, kita kena prepare utk fail..

  7. penyelidikan teramat penting bagi keberkesanan sesutu perniagaan dalam jangka masa yang lama serta mampu terus bertahan….

  8. Memang betul dengan apa yang diperkatakan pada kali ini. kalau x buat penyelidikan dulu, memang susah nak dapat pembeli. Main tangkap muat je…pastu fening…dah buat laman web baru terpikir, kenapalah aku x buat penyelidikan dulu…ada ke orang nak beli. Apa pun hidup mesti diteruskan, jadikan apa yang dah terjadi tu satu semangat untuk teruskan apa yang bakal terjadi.

    yatie
    http://www.atiqahumaira.com

Leave a Reply

Your email address will not be published.