Mon 25 May 2009
Lumrah manusia melihat kepada kecantikan. Setuju?
Sebab itu juga dalam perniagaan, segala persembahan kita mesti cantik. Dari logo, laman web, packaging, design, business card, cara pemakaian, keterampilan, semuanya kena cantik.
A lesson yang kita perlu ambil adalah daripada Syarikat Apple. Pernahkah anda memasuki kedai Apple/Mac? Semua produk keluaran Apple cantik-cantik belaka. Daripada sekecil-kecil iPod nano yang very sleek looking, iPod touch yang kelihatan seperti teknologi 10 tahun akan datang, siapa pernah lihat MacAir pasti jatuh cinta dengan laptop yang hanya beberapa milimiter tebal, desktop iMac juga boleh tahan. Pendek kata, Apple menggunakan “kecantikan” untuk menarik pelanggan! (pasti produk & functionality juga berkualiti tinggi)
Tahukah anda Steve Jobs pengasas Apple juga mengasas PIXAR (syarikat animasi yang buat Cars, Toy Story, Monsters Inc, Inredibles dll). Pixar juga menggunakan strategy yang sama dalam mementingkan kecantikan.
Dalam perniagaan anda juga, pastikan kesemua aspek design adalah cantik belaka, dan bukan ala kadar sahaja. Gunakan kecantikan untuk menarik emosi manusia.
So, take a step back dan lihat semua aspek persembahan perniagaan anda dari bahan marketing hingga produk. Dan tanya…
Cantik tak?
ps: Workshop Jutawan Internet akan diadakan di Vistana Hotel, Kuala Lumpur pada hari Sabtu 30hb ini. Sekiranya anda ingin pelajari cara memulakan perniagaan Internet dari rumah, klik di sini untuk maklumat lanjut & pendaftaran. Atau hubungi Azran di 016-6966644 (waktu pejabat)
Kongsikan artikel ini di Facebook anda!
Pendapat Anda?Tip Satu Minit yang berkaitan:


May 25th, 2009 at 12:21 pm
Ya IK,
Sebagai seorang pelanggan memang saya sukakan barang-barang yang cantik.
May 25th, 2009 at 1:14 pm
Salam.
Betul tu.mata akan tertarik kepada benda2 yg cantik. Design luaran yg penting. Org biasanya tengok design dulu, pastu baru tengok function.
Regard
May 25th, 2009 at 2:52 pm
Lakukan perniagaan mcm kita ini sebagai pelanggan.
Jika buruk kita lihat lagi buruk pelanggan melihatnya. Tetapi janganlah kita mengharapkan sehingga 100% sempurna, nnt perniagaan tak jalan pula
May 25th, 2009 at 4:41 pm
Betul, betul, betul…..
Tapi yang paling penting, biarlah cantik di mata, cantik juge dihati.
Luaran yang cantik mestilah seiring dengan kualiti yang juge ‘cantik’. Jangan hanya cantik pada luarannya saje, dalamnye ‘hampeh’….. Sebab ade sesetengah dari usahawan kite ni (tak semua, tapi masih ade yang buat sekadar melepaskan batuk di tangga) ade yang memberikan perkhidmata @ produk yang hanya cantik di luaran aje…..
Bengang jer kalau dah kene…..
May 25th, 2009 at 5:14 pm
Memang setuju dengan tips kali ni. First impression tu penting. Kata orang tak kenal maka tak cinta, jadi sebagai seorang usahawan kita mesti pastikan pelanggan ‘jatuh cinta’ dengan produk/khidmat pd peringkat awal lagi. Walau mungkin tak terus jd pelanggan, sekurang-kurangnya dia akan mengingati kita dalam sudut yang positif. Kalau ada rezeki, pelanggan akan kembali lagi.
Thanks IK atas perkongsian ilmu ni..
May 25th, 2009 at 6:56 pm
Ya, betul perlu cantik…tetapi jangan cantik diluar aje…biarlah keseluruhannya ..baru pelanggan puas hati
May 25th, 2009 at 9:58 pm
Secara fitrahnya, manusia sukakan kpd kecantikan. Termasuklah saya.
Tapi lebih baik jika cantik dari pelbagai sudut. Rupabentuk, kualiti, khidmat selepas jualan etc.
Yea, saya setuju!
May 26th, 2009 at 1:58 am
Salam Ik,
Saya setuju dengan IK bahawa elemen “kecantikan” dalam reka bentuk grafik amat penting bagi menarik pelanggan.
Sepertimana yang telah dilakukan oleh Apple. Rekabentuk mereka begitu hebat seperti rekaan 10 tahun akan datang.
Be Creative!
May 26th, 2009 at 8:32 am
Kalau penampilan tu ada, orang pun tak kisah kalau barangnya mahal kan..
A good way of increasing profit margins!
Fadzuli
Orang Singapore
May 26th, 2009 at 9:45 am
Salam Ik
Di sini saya memang amat bersetuju dengan saudara IK cuma saya ingin menambahkan pendapat sikit,selain daripada kecantikan barangan tersebut yang menambat hati pelanggan,kualiti cara komunikasi terhadap pelanggan juga perlu diambil kira seperti senyuman dan bermacam-macam lagi
kata pepatah cina yang diambil dari buku RAHSIA BISNES ORANG CINA,
“kalau tak boleh senyum janganlah membuka kedai”
sekadar berkongsi pandangan.
May 26th, 2009 at 10:52 am
Kecantikan luaran adalah first impression captured by potential customer. Tapi apabila wang yg bakal dikeluarkan bagi membeli sesuatu servis atau produk, faktor faktor lain yg menepati kehendak pelanggan adalah harus dititikberatkan. Ini dapat memastikan pelanggan berpuas hati dan akan terus berurusan untuk project yg akan datang.
May 26th, 2009 at 3:59 pm
sangat setuju!..yang cantik, yang halus, yang berkualiti..memang selalu jadi pilihan.
May 26th, 2009 at 5:31 pm
Bukan sahaja perlu cantik tapi produk juga penuh dengan manfaat baru produk kita pasti laris serta terhangat d’pasaran.Your complete handphone solution.
asyik tertinggal saja nak bagi respon kali ni.
May 26th, 2009 at 6:16 pm
Salam IK dan rakan2!
Saya sangat setuju!
Errr.. IK, bisnes kad saya beri tu cantik tak?
:)
http://glowglokal.com/seminar.html
May 28th, 2009 at 10:18 am
Salam…
Manusia Allah jadikan di atas Dunia ini
Semuanya CANTIK.
POSITIF…klu ada dlm diri kita..
dlm Minda kita….
dlm Hati kita….
dlm jiwa kita….
Maka…semua benda yg kita nampak hari ini
CANTIK-CANTIK belaka.
Perlakuan kita pun akan CANTIK..
Percakapan kita akan CANTIK…
Pakaian kita (wlupun biasa2 je) pun akan nmpak CANTIK…
Sbab dia lahir dalam MINDA(Main Very powerful)….yg CANTIK.
March 16th, 2010 at 6:25 pm
don’t judge a book by its cover. but peoples do!