Berikut adalah antara tip-tip dalam menghasilkan logo untuk perniagaan anda:

  • Walaupun ramai memahami logo mempunyai “simbol” sering kali, logo berbentuk teks/tulisan lebih mudah diingati orang ramai. Contoh, Coca-Cola, Microsoft, Dell, Ebay, Yahoo, Amazon… perlu saya teruskan?
  • Pilih warna logo anda berbeza dengan warna yang digunakan oleh pesaing anda.
  • Gunakan font yang mudah dibaca dari jarak jauh, atau apabila logo anda dikecilkan
  • Pastikan warna logo anda digunakan secara konsisten di bahan-bahan promosi perniagaan anda
  • Logo yang efektif berteraskan segi empat atau bulat. Logo berteraskan tiga segi tidak efektif :)

Kita perlu faham bahawa, logo, bukan sekadar imej sahaja. Logo yang efektif adalah apabila ia berjaya dikaitkan dengan jenama perniagaan, dan memberi kesan “emosi” kepada target market pengguna apabila melihat logo tersebut. Apabila mempunyai kesan “emosi”, pastinya logo tersebut lebih diingati.

Contoh, tip logo saya lepas, terdapat beberapa logo yang memberi kesan emosi yang negatif. Seperti Carlsberg, Playboy dan Coca-Cola. Walaupun negatif (bagi masyarakat kita), bagi target market mereka, ia menjadi sesuatu yang sering diingati.

Fikirkan pula logo yang memberi kesan positif dari logo-logo seperti Mercedes, Harley Davidson dan juga Intel. Pastinya logo yang memberi kesan (tak kira positif atau negatif) akan sering diingati.

Bottom line, logo yang memberi kesan emosi pada perniagaan adalah logo yang berjaya! :)

Pendapat Anda?

Tip Satu Minit yang berkaitan:
  • Logo perniagaan anda
  • Rekacipta logo untuk perniagaan kecil anda
  • Logo perniagaan anda… ada ke takde?
  • Cayalah domain name ni!