jumpingfrog.gifSaya kenal seorang yang kurang mepunyai idea perniagaan. Memang nak dapat idea perniagaan sukar baginya… tetapi, apabila beliau mendapat satu idea perniagaan- terus beliau focus 100% untuk memastikan satu idea tersebut dijayakan dengan sempurna.

Saya juga kenal seorang yang selalu mendapat idea perniagaan… seminggu, mungkin satu idea perniagaan difikirkan. Bila dapat idea sahaja, beliau excited, dan menulis idea tersebut dalam buku notanya. Tetapi, kenalan saya yang ini, sejak saya kenalinya setahun dua yang sudah, satu perniagaan pun tidak berjalan! Idea sahaja banyak, implementasi tidak lagi…

Apabila saya bandingkan dua keadaan ini, nampaknya, kenalan yang kurang mempunyai idea akan menghargai idea tersebut dan 100% berusaha sampai idea tersebut direalisasikan. Kerja nya dari mula… sampai perniagaan berjaya!

Yang sorang lagi pula, apabila dapat idea, dia cepat-cepat mulakan idea tersebut… tetapi, sekali nampak sedikit kesukaran sahaja, terus lentur semangatnya. Terus fikirkan untuk memulakan idea yang lain. Bila mulakan idea yang lain, tak sampai suku jalan, dah fikir idea lain yang lebih baik. jadi kerja pun tak sampai suku jalan… Bila mula idea baru, mula ragu-ragu tentang idea tersebut dan fikir idea perniagaan baru…

Akhirnya, satu perniagaan pun tidak dimulakan. Bak kata lagu masa kita kecil dulu…

“Lompat si katak lompat”. Lompat dari satu idea, ke idea yang lain… dari satu perniagaan ke satu perniagaan yang lain..

At the end of the day, kenalan yang mempunyai banyak idea dan tidak mulakan walaupun satu perniagaan tidak ke mana. Bila di tanya, banyak alasan yang diberi…

Ragam manusia berbagai. Anda bagaimana? Adakah anda yang fokus pada satu idea, atau anda jenis yang melompat dari satu idea ke idea yang lain, dan sedar-sedar sehingga kini tidak mencapai kejayaan perniagaan?

The following two tabs change content below.
Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang speaker pakar, penulis buku terlaris dan personaliti TV/Radio. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu insan menjalankan hidup yang lebih bahagia dan kaya melalui perniagaan. Untuk mendapatkan Irfan Khairi sebagai speaker majlis anda, hubungi 03-77292277.
Pendapat Anda? [39] Comments