Malu memulakan dan menjalankan perniagaan…

Sememangnya masyarakat Malaysia ramai yang malu-malu cat (kucing). Nak memulakan perniagaan pun malu. Jumpa pelanggan pun malu. Perasaan malu ada baiknya, tetapi adakalanya, akan menghentikan pencapaian kita. Saya sendiri pun pemalu juga orangnya 🙂

Tetapi, bila tiba bab perniagaan, saya fikirkan 3 perkara ini apabila timbul rasa malu…

1. Menjalankan perniagaan adalah perkara yang mulia dan amat digalakkan oleh agama. Berniaga BUKAN meminta sedekah, jadi buangkan sifat malu itu.

2. Kata pakar perniagaan barat, sifat “malu” adalah perkara yang paling BAIK yang boleh terjadi kepada pesaing anda. Lagi anda malu, lagi mudah pesaing anda mengaut pasaran perniagaan anda! Lebih mudah mereka menyaingi anda.

3. Sebab itu saya menjalankan perniagaan Internet… salah satu kebaikan perniagaan internet adalah tidak perlu berjumpa dengan pelanggan! 🙂 dan sekiranya anda ingin mempelajari perniagaan internet, anda boleh klik di sini.

Malu adalah sifat semula jadi yang ada pada setiap insan. Tanggungjawab kita adalah untuk memastikan sifat tersebut tidak menghentikan kita dalam meraih rezeki 9/10 yang dijanjikan dalam perniagaan. Bak kata orang… malu bertempat lah. Siapa malu, dialah yang rugi.

The following two tabs change content below.
Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu insan menjalankan hidup yang lebih bahagia dan kaya melalui perniagaan. Untuk mendapatkan Irfan Khairi sebagai speaker atau ketahui program-program yang dikendalikan, hubungi 03-77292277 (save kan nombor ini) 😉

About Irfan Khairi

Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu insan menjalankan hidup yang lebih bahagia dan kaya melalui perniagaan. Untuk mendapatkan Irfan Khairi sebagai speaker atau ketahui program-program yang dikendalikan, hubungi 03-77292277 (save kan nombor ini) ;)

9 thoughts on “Malu memulakan dan menjalankan perniagaan…

  1. Kata orang… malu biar bertempat, kalau tak nanti boleh hidup merempat (heh heh, yg tu saya tambah sendiri) (“,)

    Seperti saya juga asalnya seorang yang pemalu. Tapi sikap itu sebetulnya tak membawa banyak keuntungan, terutama jika anda seorang bisnesman. Apabila kita mengawal tahap malu kita, percaya atau tidak peluang perniagaan akan bertambah. Sukar utk memahaminya? Cuba… dan anda lihat saja hasilnya.

  2. Hai Irfan & rakan2 semua,

    Sifat malu ni perlu ada. Tapi malu tak bertempat, itulah yang perlu dikikis dari jiwa anak Melayu. apa nak malu kan kalau orang beri kita duit. cakap senanglah ya,,,sebab saya sendiri pun pemalu beso…ish ish..

    yang herannya, orang Melayu ni sesetengahnya malu utk melakukan perkara yang mulia…perniagaan adalah mulia di sisi agama, kan dlm firman Allah” 99% kekayaan adalah dari perniagaan?” sedangkan Rasulullah s.a.w. sendiri berniaga so buat apa nak malu-malu cat lak? lebih baik malu-malu cat ketika melakukan perkara tidak senonoh spt orang-orang yang menginap di pusat-pusat serenti & penjara kajang tuuuu..

    Buang MALU kita semua….barulah boleh berjaya macam Irfan…Doakan ya

  3. Teringat cerita di dalam buku “Jutawan Senyap” tulisan Chef Li. Bagimana seorang cikgu yang malu untuk memulakan perniagaannya (siap peniaga lain tolong promosikan)menjual ais cream tetapi serang boleh berbanga dengan hasil usahanya selama ini.

  4. ambo pun pemalu orang nyer. 😀

    Lepas nie nampaknyer kena tulis plak buku pasal macam mana nak overcome shyness dlm biz internet nie. 😀

  5. jange malu pada bende(perkara) baik. Hak baik dan comel bakpa nak malu. Dunia la ni kalu malu tak leh make. Tapi Ik,royatlah lagu mana nak bagi hilang sikit perasaan malu,terutama sekali bila berdepan denge ore yang bijak dari kita terutama perempuan

  6. Malu kadangkala merugikan kita…biarlah bertempat.Perasaan malu itu timbul bila orang lain memperlekehkan setiap usaha murni yg akan membantutkan pemikiran dan idea kita.Bagi yg boleh terima keadaan itu…its ok…tapi yang lemah akn terus tersorok.jadi jgn biarkan perasaan malu menguasai diri..berfikir,bertindak sewajarnya.

  7. nasib baiklah peminta sedekah malas berniaga/bekerja…kalau tidak, mungkin beggers akan dipandang mulia kerana mereka ini tidak malu untuk berjaya…–renungilah

  8. Malu yg tidak bertempat amat merugikan kita sumur hidup,dan kita x blh jadi diri sendiri..Untuk membuang pnykt malu paksakan diri untuk melakuakn sesuatu positif jangan dilayan fikiran2 negatif.teruskan lakukan lama-kelamaan perasaan malu akan hilang..

Leave a Reply

Your email address will not be published.