Dalam semua perniagaan, tidak kira besar atau kecil, usahawan yang bijak perlu menyediakan manual proses perniagaan.

Kunci sesuatu manual proses perniagaan adalah, ia memberi aliran kerja atau proses menjalankan perniagaan dnegan mudah dan tepat.

Dalam erti kata lain, manual proses perniagaan adalah rekod bertulis langkah-demi langkah mengikut turutan, apa yang perlu di lakukan untuk menjalankan proses-proses perniagaan tersebut.

Penggunaan manual proses perniagaan yang efektif boleh memberi sesiapa sahaja menjalankan perniagaan tersebut oleh kerana prosesnya dapat diduplikasikan dengan mudah.

Katakan, anda bertukar pekerja untuk membantu anda dalam perniagaan. Manual proses tersebut dengan mudahnya akan menunjukkan setiap langkah yang perlu di ambil untuk menjayakan perniagaan tidak kira siapa yang mengendalikan perniagaan anda.

Contoh penggunaan manual proses yang efektif adalah McDonalds! Tidak kira siapa sahaja yang bekerja dengan Mc Donalds, walaupun hanya lepasan SPM, mereka dapat mengendalikan proses-proses menjayakan Mc Donalds.

Adakah anda mempunyai manual proses untuk perniagaan anda?

ps: Terima kasih pada peserta-peserta Workshop Jutawan Internet pada hari Sabtu lepas-FULL HOUSE! moga bertambah lagi usahawan-usahawan di Malaysia! :)  Worshop Jutawan Internet akan diadakan di KL pada 1hb July dan di Kota Kinabalu, Sabah pada 7hb July. Tempat semakin terhad!

Pendapat Anda?

Tip Satu Minit yang berkaitan:
  • Jawapannya: Burger yang “sistematik”!
  • Minggu Memulakan Perniagaan Internet
  • IrfanKhairi.com upgrading
  • Hari #3: Membina Laman Web CaraPromosi.com