Masalah harga rendah

Mungkin anda pernah dengar pesanan ini, sekiranya meletakkan harga terlalu rendah, ia akan memusnahkan pasaran harga sesuatu industri akibat perang harga.

Contoh, sekiranya peniaga nasi ayam di sesuatu kawasan itu menurunkan harga Nasi ayamnya dari Rm2.50 kepada RM2.00, ini akan menyebabkan usahawan nasi ayam yang lain di kawasan itu juga turut mengurangkan harga ke RM2.00. Lama ke lamaan, harga akan semakin kurang akibat perang harga, dan keuntungan juga kurang. Bila untung kurang, perniagaan pun gulung tikar. πŸ™

Sebab itu perang harga bukan suatu pilihan yang baik.

Sebagai usahawan yang bijak, kita perlu lari daripada perang harga. Biar peniaga-peniaga lain berperang harga tanpa effect perniagaan kita. Bagaimana untuk melakukan?

Lihat bagaimana Chicken Rice Shop boleh menaikkan harga kategori nasi ayam tanpa menghiraukan gerai-gerai nasi ayam sekiranya gerai nasi ayam turun harga. Lihat bagaimana Telekitchen & Signiture Kitchen yang mengenakan harga 2-3 kali ganda syarikat-syarikat pembinaan rak dapur yang lebih kecil.

Jawapannya adalah, membina jenama perniagaan anda! Jenama akan mengubahkan perniagaan anda supaya pelanggan tidak melihat pada harga, tetapi jenama. Sebab itu juga barangan berjenama di shopping complex yang berharga 5-10 kali ganda produk tidak berjenama masih mendapat pasaran yang besar.

ps: Sertai Workshop Jutawan InternetΒ sekarang!

The following two tabs change content below.
Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu insan menjalankan hidup yang lebih bahagia dan kaya melalui perniagaan. Untuk mendapatkan Irfan Khairi sebagai speaker atau ketahui program-program yang dikendalikan, hubungi 03-77292277 (save kan nombor ini) πŸ˜‰

About Irfan Khairi

Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu insan menjalankan hidup yang lebih bahagia dan kaya melalui perniagaan. Untuk mendapatkan Irfan Khairi sebagai speaker atau ketahui program-program yang dikendalikan, hubungi 03-77292277 (save kan nombor ini) ;)

19 thoughts on “Masalah harga rendah

  1. Saya bersetuju dengan

    Perang harga memang memberi effect kepada perniagaan kalau kita terlalu mengikut rentak pesaing kita.

    Lihat sahaja di luar negara, harga ebook masih la dengan harga standardnya. Sebab itu kenapa penulis ebook di luar negara boleh menjana pendapatan hebat.

  2. ,
    perang harga mmg tak boleh lari dari hidup…
    ramai yg pengaruh dgn syarikat besar yang jual dgn harga murah… mereka bermodal besar dan mereka boleh beli barang dgn banyak dgn murah…
    kdg2 pengeluar dpt memberi harga murah dgn org yg membayar cash.

    kalau kita sbg penjual, kita tak boleh ikut mereka. kita takde modal besar utk beli dgn byk atau cash.
    kita juga tak boleh jual dgn harga murah, kita mungkin akan gulung tikar dan juga boleh merosakkan harga pasaran.

  3. perang harga memang tidak dapat kita lari- tentu ada dalam setiap industri. seperti noorizam kata, kalau dalam industri internet, contohnya jualan harga ebook.

    membina jenama pula satu strategi yang jarang digunakan oleh usahawan tempatan. di situlah terjadinya masalah kegagalan perniagaan akibat perang harga.

    dua tahun lepas apabila saya memulakan workshop jutawan internet pada harga RM700-RM800, ramai yang kata mahal & tidak boleh berjaya sekiranya meletakkan harga begitu.

    Tetapi sebenarnya apa yang saya lakukan adalah hendak lari dari perang harga, dan membina jenama. Alhamdulillah, strategi tersebut menjadi dan sehingga kini, Workshop Jutawan Internet dikendalikan 2 kali setiap bulan. Kini nak ke Sabah pula πŸ™‚

    jangan terjerat dalam perang harga! strategi bagaimana saya lakukannya, ada diceritakan dalam Workshop Jutawan Internet πŸ˜‰

  4. Betul juga tu ..

    Contohnya macam Adidas la.. walaupun produknya mahal, namun masih tetap ada peminat (kelompoknya tersendiri) dan ramai yang sukakannya. Malah kualitinya juga terjamin… πŸ™‚

  5. Sebab itulah penting utk kita membina keunikan di dalam produk/perkhidmatan yg ditawarkan supaya org akan menilainya dengan pulangan yg akan mereka perolehi.

    Klu nasi ayam dah turun harga ke RM 2, kita fikirkan apa yg blh menjadikan nasi ayam kita unik dan membolehkan ianya kekal pada harga RM 2.50 Ayamnya yg pelbagai rasa, mungkin? Jadi pelanggan yg dah tau kelazatan nasi ayam kita akan terus membeli kita dan memberitahu kpd rakan2 mereka ttg kehebatan nasi ayam tu. Promosi ‘word of mouth’.

    Tgk majalah3 minggu lps, peniaga nasi ayam pun boleh buat duit RM100,000 sebulan!! Dasat tak dasat…..

  6. Setuju dgn Doc…Membina Brand tu penting!

    Tu yg sy tgh build skrg..but, explanations Doc hari ni bawa sy dgn pemikiran yg pernah sy fikir dulu..”murah sgt pn x blh”. Apa pun, thanks doc coz buka minda sy hari ni.

  7. Ini lah yang saya perlu belajar ni.. Macam mana nak jual dengan nilai yang tinggi, pada masa yang sama tidak bergantung kepada tekanan harga…

    Waiting for next tips on this πŸ™‚

  8. meletak harga rendah untuk bersaing memang tidak bagus. letaklah harga mengikut pasaran dan berilah apa-apa bonus untuk menarik pelanggan.

  9. Assalamualaikum…

    Tuan-tuan yang mulia,
    Ada 4 jenis perniagaan yang sentiasa mendatangkan keuntungan jika caranya betul dan orang biasanya tidak akan tawar-menawar:

    1.Perniagaan makanan
    2.Perniagaan pakaian
    3.Perniagaan pendidikan dan ilmu
    4.Perniagaan pakaian.

    Wassalamualaikum semoga anda semua berjaya.

  10. Pada hakikatnya kita boleh bersaing dengan pesaing kita tanpa melakukan perang harga. Salah satu cara adalah dengan cara ‘PENJENAMAAN’ seperti yang Doc. sarankan. πŸ™‚

    Satu cara lagi yang boleh dilakukan ialah dengan ‘MENAMBAH NILAI’ kepada produk dan perkhidmatan kita tanpa menaikkan harga.

    Contohnya dengan memperbaiki cara pembungkusan, layanan istimewa, ‘free gift’, bonus dll. πŸ˜€

    Hisham;
    “Perhatikan JENAMA ‘P2..DotCom'” πŸ˜‰

  11. memang tidak boleh dinafikan jenama tu memang penting..tetapi sebelum bina jenama,bina kualiti produk dulu kan…apa gunanya jenama nampak gah tapi produk hancuss..

  12. bagaimana pula dengan Air Asia? Tambangnya murah dan juga ada jenama, sampai tergugat MAS. πŸ˜‰ Skrg pun kita tengok MAS dah cuba buat cara Air Asia. hehe..

    Tak salah nak letak harga murah, tapi bukan main letak sahaja, sebaliknya perlu ada strategi yg mana kita boleh ‘tarik’ orang membeli produk yg berharga tinggi.

    Saya pun dah mencuba letak harga yang tinggi yang mana anggapan orang selama ini produk mahal tak laku, tapi ia tak ada fakta dan statistik! Setelah mencuba, baru saya tahu, jika kena caranya, letaklah apa-apa harga pun, orang tetap akan beli.

    Pendek kata, jenama atau mungkin boleh juga dipanggil sebagai kredibiliti perlu berseiringan dengan strategi.

    Act, masih banyak yang perlu dipelajari dari ni… πŸ˜‰

    PS. Saya tak pernah pergi Sabah atau Sarawak, tapi insyaAllah akan ke sana juga. Semoga berjaya workshop di sana.

  13. zul, sebenarnya semua perniagaan mempunyai jenama. cuma, soalannya adakah jenama kuat ataupun lemah.

    Air Asia adalah ‘low cost airlines’. MAS pula airlines biasa. dua jenama yang berbeza yang target dua pasaran yang berbeza.

    cuba fikir, kalau MAS turunkan harga, siapa sebenarnya yang tergugat? Air Asia atau MAS? πŸ˜‰

    apa pula akan terjadi sekiranya MAS mulakan jenama baru ‘low cost airlines’ yang bertujuan untuk bersaing secara langsung dengan Air Asia? (perkhidmatan serupa dengan Air Asia)

    Di Malaysia hanya ada satu sahaja low cost airlines (Air Asia). tetapi, di UK ada beberapa seperti Easy jet, BMI & Ryan Air. Baru kekuatan sesuatu jenama ‘low cost airlines’ dapat dilihat.

    ada pengajaran mengenai strategi jenama di sini πŸ™‚

  14. Tang Air Asia ni geram gak kadang2. Sebabnya, tambang murah tu, cth: Rm9.90 or RM19.90 ke sebenarnya hanya 2 – 3 seats sahaja. Kemudian, dia akan jadi makin naik, RM39 2 seats, RM59 4 seats, hinggalah jadi RM139. Yang I pernah check, 20-30 seats cam tu and dalam 60 seats lagi semua sama mahal dgn MAS. Strategi Air Asia ni kira macam mana tuuu… πŸ™‚

    geram-geram tapi Airport manager dia kat KB ni sekelas ngan saya gak hihihi…

  15. wah ni kalau macam ni saya tak perlu lah turun harga bagi prodak saya.. tapi saya kalau saya bagi sesuatu yang lain secara percuma boleh ke.. buat masa ini saya jual satu prodak dan bagi menarik minat orang datang ke laman web saya, saya bagi teknik buat e-book secara percuma. Bernas betul la memikiran ni kan.. boleh la memaksimumkan lagi keuntungan..

    http://www.mudahnya.com

  16. Terima kasih πŸ™‚

    Hmm, saya dah bertambah faham pasal jenama, target dan strategi yg cuba maksudkan khususnya terhadap perang harga ni.

    Patutlah ebook Cara Promosi tu letak RM97 tapi orang lain letak lebih rendah dari tuutk produk yg lebih kurang sama. Rupanya nak lari dari berperang rupanya, hehe.. πŸ˜‰ Gurau jer.

    Thanks

Leave a Reply

Your email address will not be published.