Wed 9 Aug 2006
Tip kali ini agak sukar diimplementasikan, namun, ianya tidak mustahil- saya sendiri boleh membuktikannya
Sekiranya ia dapat diimplementasikan, ia akan memberi pulangan yang berlipat kali ganda dalam perniagaan anda.
Tip kali ini: miliki perkataan.
Maksudnya adalah, apabila orang ramai terdengar satu atau dua perkataan itu, nama perniagaan anda adalah pertama sekali difikirkan. Sebagai contoh:
“Fast food” - kita akan teringat McDonalds pertama
“Pizza” - kita akan teringat Pizza Hut pertama
“Pizza Delivery” - kita akan teringat Dominos pertama
“Ubat gigi” - kita akan teringat Colgate pertama
“Overnight delivery” - kita akan teringat FedEx pertama
“Seluar jeans” - Kita akan teringat Levi’s pertama
“Jutawan Internet” - Kita akan teringat … ?
Satu cara untuk memiliki perkataan dan menjadi pertama yang difikirkan adalah dengan menjadi pertama sekali di dalam industri tersebut. Menjadi pioneer.
Sering kali sekiranya anda menjadi pioneer dalam industri anda, anda akan menjadi yang pertama sekali diingati dan akan dikaitkan dengan perkataan tertentu.
Berita baiknya adalah, perniagaan-perniagaan yang memiliki perkataan di atas bermula sebagai perniagaan kecil-kecilan sahaja!
Apa lagi contoh perniagaan-perniagaan yang sering kita kaitkan memiliki perkataan?
PS: Sertai Workshop Jutawan Internet pada 26hb August ini untuk mengetahui teknik dan strategi dalam memiliki perkataan supaya dapat memberi daya saingan yang hebat berbanding dengan pesaing anda.
Pendapat Anda?Tip Satu Minit yang berkaitan:

August 9th, 2006 at 6:05 am
hmm tak pernah terpikir perkara sebegini, ajaibnya ianya mmg betul..jika kita menjadi pioneer utk sesuatu produk, kita akan diingati sentiasa utk produk tersebut.
cth lain:
search engine - google
minuman koko - milo
August 9th, 2006 at 7:58 am
“ijam… pergi beli colgate cap darlie…”
itulah yang mak aku cakap kat aku setiap kali ubat gigi kat umah aku habis…
August 9th, 2006 at 8:03 am
Saya pernah terbaca artikel ntv7 pasal brand loyalty ni, CEO ntv7 masa tu ialah Datuk Shazali Ramli (sekarang Celcom). Beliau masa tu bercita-cita utk menjadikan ntv7 perkara pertama yg terlintas di fikiran pengguna bila perkataan stesen tv disebut.
Satu lagi contoh brand loyalty ialah Kodak. Bila nak ambil gambar dengan kamera, orang tak kata “Belikan aku filem untuk kamera”, tapi orang akan sebut “Belikan aku kodak!”.
August 9th, 2006 at 8:06 am
Antaranya…
“Kedai 24Jam” - Seven-Eleven
“Kamera Digital” - Nikon
“Pening Kepala” - Panadol
Tapi dlm industri E-Dagang, memang sukar utk menjadi pioneer, kecuali kita dpt mencipta satu produk yg totally berbeza. Apapun kita kena bertindak pantas, sebelum ketinggalan bas…
August 9th, 2006 at 8:41 am
Assalamualaikum…
Menarik topik hari ni.
saya selalu berangan2 macam Ifran cakap.
sebut perkataan tu org ingat kita.
Angan2 saya nak bila org sebut “HIDET”,
org akan ingat saya.tapi apa produk nya ye?
August 9th, 2006 at 9:13 am
Memang sukar untuk diimplementasikan..
Kena selalu stick pada perkataan. Tapi kalau dapat dihasilkan dan menjadi ingatan kepada umum, ia adalah kejayaan yang harus dibanggakan
August 9th, 2006 at 10:01 am
itulah masalahnya memang susah nak implemetasikan.Sampai sekarang saya tak tahu macam mana create dan implementasikan perkataan Ajaib ni “BERHANTU”
.itulah kelemahan saya.
August 9th, 2006 at 10:08 am
waaa…canggih, hebat dan menarik topik harini..
mengenai perkataan, teringat saya pada Azizi Ali, coach para jutawan di Malaysia…beliau tidak bercakap mengenai motivasi, kejayaan, six sigma, dare to fail atau Aweken The Giant Within You, tetapi beliau becakap, berceramah dan bercerita tentang Duit,Duit dan Duit! oleh kerana itu, beliau menjadi pioneer dalam bidang motivasi keusahawanan serta pengurusan kewangan peribadi..moto yang dipilihnya memang amat sesuai, Millionaires Coach..siapa lagi yang boleh menandingi beliau? fuhh! kagum saya, kagum!
asal cerita pasal duit, mesti orang di Malaysia teringat Azizi Ali..pasal World! teringat Mawi..pasal Jutawan Senyap, teringat Chef Li dengan motonya Biar Kecil Asal Berhasil! cerita pasal sukan renang, teringat Alex Lim dan cerita tentang Jutawan Internet, teringat Irfan Khairi..t walau apapun,terima kasih pada tips hari ini..
August 9th, 2006 at 10:46 am
Kalau nak makan mee segera, orang cakap makan Maggi, walaupun banyak jenama mee segera yang lain.. Orang tak cakap “Saya tengah makan mee segera” tapi “Saya tengah makan megi”..
Lampin pakai buang pun orang selalu panggil Pampers je.. Walaupun banyak jenama lampin pakai buang yang lain.. Payah kan nak sebut lampin pakai buang..
Lihatlah macam mana Maggi dan Pampers menguasai nama produk mereka..
August 9th, 2006 at 11:10 am
Yes, memiliki perkataan memang advantage untuk sesuatu perniagaan, macam colgate, kodak, pampers, maggie… semua sudah menjadi kata ganti industri tersebut.
Sukar untuk diimplementasi, tetapi tidak mustahil. Juga perlu perancangan yang rapi untuk mereliasasikan ini.
August 9th, 2006 at 11:49 am
Workshop Jutawan Internet - Irfan Khairi
Belajar Bahasa Arab - Ustaz Abd Rahman bin Jamaan
August 9th, 2006 at 12:30 pm
sampai sekarang orang sebut mangkuk plastik bekal tu “tupperware”.
August 9th, 2006 at 1:00 pm
Terdapat banyak perkataan yang boleh digunakan.Apabila difikirkan,sebenarnya nama kita sendiri boleh dijadikan jenama.
contoh Adi Dastler…ADIDAS
August 9th, 2006 at 2:55 pm
Susah jugak nak jadi yang pertama ni… adakah ianya satu kebetulan atau memang ada perangcang yang rapi untuk mengecapinya.
August 9th, 2006 at 4:58 pm
Setuju 118%. Menjadi pioneer ni bukan saja nama akan di ingat sampai bila2 tapi branding punyer effect dia akan kekal sampai bila2. Cthnyer coke, mengikut statistik survey ramai orag lagi suka rasa Pepsi tapi still majoriti beli Coke jugak. Why? Power to be first one. Kalo perfume plak, hampir 90% (average) cost digunakan untuk branding hanya 10% untuk material, production cost dsb. So, appreciate power of branding dan produk anda akan di ingat sampai bile2..
August 9th, 2006 at 5:11 pm
Assalamualaikum
Tips ini perlu termimpi dalam tidur dulu baru boleh keluar idea luar biasa untuk jadi pionner mungkinlah.
Atau berangan yang kene tempatlah bukan berangan panjang sampai buang masa untuk cari satu identiti name bagi produk kita.
August 9th, 2006 at 5:15 pm
Just Do It..Nike…..World..Mawi….Jutawan Internet..semestinya Irfan…Tips yang menarik..Thanks …
August 9th, 2006 at 10:45 pm
Ya saya setuju.Kita mesti ada satu keyword yg mudah disebut
August 9th, 2006 at 11:36 pm
Brand Essence - Pengguna merujuk kpd jenama utk m’gmbrkan sesuatu produk. Bila sesuatu produk punya ‘identiti tersendiri’ sudah pasti ia menjadi sebutan hingga ke sekian generasinya.
Spt ajinamoto, colgate, tupperwear, gillette dll.
August 17th, 2006 at 10:48 pm
bukan senang untuk memiliki perkataan sendiri..tapi xmustahil kan??? malaysia boleh..