minggu71.gifBiasanya ia akan mengambil masa 24-48jam sehingga Domain Name & Web hosting sedia untuk digunakan. Sebentar tadi, saya menerima email confirmation dari pihak web hosting domain name CARAPROMOSI.COM dan hosting account sudah sedia untuk digunakan.

Saya menggunakan NoMonthlyFees.com untuk pendaftaran dan harga adalah USD70 untuk satu tahun (lebih kurang RM270 setahun).

Langkah seterusnya adalah…

Langkah Kedua: Membina Laman Web
Untuk membina laman web, perisian Web Authoring Tool perlu digunakan. Perisian seperti Frontpage, Dreamweaver atau NVU dapat membina sebuah laman web simple dengan mudah. Memang mudah- seperti menggunakan Microsoft Word sahaja.

Sekiranya anda tidak pernah membina laman web sendiri dan ingin belajar cara membina laman web perniagaan Internet anda yang pertama, anda boleh merujuk CD Rom Langkah 1-2-3 Manual Membina Laman Web yang menunjukkan langkah demi langkah cara membina laman web (proses pendaftaran juga ditunjukkan).

Tip membina laman web…

Bayangkan diri anda adalah pengguna ketika anda membina laman anda. Laman web yang efektif adalah laman web yang simple dan mudah - straight to the point.

Jangan gunakan terlalu banyak warna terutamanya warna-warna yang terang. Jangan gunakan terlalu banyak font type yang berlainan. Jangan gunakan terlalu banyak font size yang berbeza-beza. Beri gambaran laman web anda simple tetapi profesional.

Juga, jangan lupa tip “Bila tibanya masa untuk merekacipta” [klik di sini] 

Perancangan hari ini:

  • Teruskan pembinaan ebook Cara Promosi
  • Mereka cipta laman web CaraPromosi.com
  • Membuat draft isi kandungan laman web

Klik di sini untuk melihat CaraPromosi.com work-in-progress! Ok tak?

Pendapat Anda?

Tip Satu Minit yang berkaitan:
  • Tidak terlalu banyak warna
  • Perniagaan Internet dan Strategi Laman Mini
  • Mengapa membina jenama perniagaan adalah penting
  • Iklan di laman web menjadi tidak efektif