Wed 10 Jan 2007
Setelah 7 hari berhempas pulas mengerjakan CaraPromosi.com, alhamdulillah siap juga… untuk melihat sales copy akhir, sila ke CaraPromosi.com. Seperti biasa, sales copy akan berubah mengikut keputusan jualan.
Sesuatu sales copy tidak pernah siap 100%. Ia pasti berubah untuk mendapatkan pulangan paling maksima. Seperti sales copy Workshop Jutawan Internet, sehingga hari ini saya masih fine tune kannya untuk mendapat conversion rate (nisbah pelawat menjadi pembeli) yang paling maksima.
Proses memulakan perniagaan Internet berjaya dijalankan, daripada memilih produk, sehinggalah siap laman web.
Tetapi…
Belum masanya untuk pelancaran lagi!
Kenapa tidak?
Dari pengalaman saya, hari terbaik untuk memperkenalkan laman web baru adalah hari ISNIN. Ini adalah kerana, pelawat lebih cenderung membuat keputusan membeli dalam masa satu minggu. Sekiranya di lancarkan pada hari ini atau esok, hari minggu Sabtu & Ahad akan menghilangkan “momentum” keputusan membuat belian. (Salah satu strategi timing)
Jadi, pelancaran akan dijadualkan pada hari Isnin!
Pembaca Tip Satu Minit kena bersabar lagi…
Harga?
Ramai yang menunggu… agak-agaknya, berapa harga ebook 101 Cara Promosi. Akan diumumkan pada hari Isnin juga. Tetapi jangan risau, tidak melebihi RM100. Untuk pelancaran beberapa hari juga akan diberi diskaun. Tapi, perlu cepat dapatkan pada hari diskaun, oleh kerana mungkin 2-3 hari selepas pelancaran, akan pergi ke harga sebenar.
Harga ditetapkan mengikut kriteria yang saya berikan tempoh hari:)
Terima kasih banyak-banyak kepada pembaca & penyumbang Tip Satu Minit, memang kewujudan 101 Cara Promosi adalah usaha bersama dari langkah pertama, sehingga ke akhir.
Kadang kala, bila membantu orang lain memulakan perniagaan, memang mudah (seperti anda membantu saya). Tetapi, bila time hendak memulakan perniagaan sendiri, terasa susah!
Harapannya, anda juga dapat memulakan perniagaan Internet anda sendiri (bagi yang belum ada) kerana tahun 2007 ini, perkembangan perniagaan Internet akan menjadi lebih pesat di Malaysia
Jangan lupa hari Isnin pelancaran CaraPromosi.com. Ada discount hebat untuk 2-3 hari. Oh ya… peserta-peserta Workshop Jutawan Internet akan dapat discount untuk 101 Cara promosi- tiada deadline! Tidak perlu bayar harga penuh sampai bila-bila
Tip Satu Minit yang berkaitan:

January 10th, 2007 at 8:34 pm
A’kum dan salam perkenalan
Tak sabar rasanya untuk memiliki ebook
Semuga dengan adanya ebook ini, matlamat saya untuk tahun 2007 dapat membantu.Telah lama saya mengikuti perkembangan dan perjalanan tip satu minit ini. Jadi saya rasa untuk tahun 2007 ini saya perlu lakukan sesuatu. Inyaallah, satu hari nanti saya akan hadiri seminar
Jumpa lagi. Adioss…
www.jimieray.com/blog
January 10th, 2007 at 9:52 pm
Tahniah!! saya ucapkan akhirnya ebook yang saya nantikan akan berada dipasaran. Tak kira berapa harganya saya akan beli. Sebagai peserta workshop yang lalu ada juga disjaun ke!!
Saya harap ebook ini dapat membantu saya mendapatkan pelanggan dan bakal pelanggan untuk produk-produk dan perkhidmatan yang saya akan perkenalkan pada 2007 ini.
Semoga kita semua mendapat kebaikan daripadanya..Amin..
:)PromoProsper.Com
www.promopropser.com
January 10th, 2007 at 10:02 pm
Bekas peserta pun dapat diskaun, jangan risau
January 10th, 2007 at 11:07 pm
berapa diskaunnya tu tak sabar nak tgu isnin..
www.mutiarashop.com
January 11th, 2007 at 12:57 am
Congrats
Good marketing technique. Lesson learn…
January 11th, 2007 at 7:37 am
Pembeli CD dengan buku takde diskaun ke ?
Tak sabar nak dapatkan ebook ni.Saya harap ebook ni membantu saya mempromosi perniagaan saya secara online mahupun offline
January 11th, 2007 at 8:11 am
Hari ini dapat 1 special tip .. “Mulakan pada hari Isnin - momentum”.. hehehe tq tq..
Jejak2 jutawan.. kalau kurang jelas jejaknya, gunalah ‘kanta’ spt hadiri workshop, beli bahan bacaan keluarannya untuk rujukan dan ikuti langkahnya step by step (cuma isi tak sama kena ‘amend’ ikut jenis bisnes).. Di akhir jejaknya terpampang “JUTAWAN PERNIAGAAN YG BERJAYA”.. So, pastikan jejaknya tak hilang…
January 11th, 2007 at 8:19 am
Saya nak cadangkan supaya Irfan bagi ‘Master Resell Right’ kepada sesiapa yang berminat dengan ebook CaraPromosi.
Kalau
‘fees’ berpatutan saya pun nakkan ‘Master Resell Right’.
Untuk ebook saya Rahsia Spam eMail saya bagi ‘Free Master Resell Right’ kepada sesiapa yang membeli. Ini adalah strategi promosi saya kerana ebook saya adalah “Web Base”?? dan saya tak rugi apa-apa walaupun ebook saya diedarkan secara percuma!!! ataupun diciplak.
Hisham
www.spammingmenow.promoprosper.com
January 11th, 2007 at 9:00 am
Waah, tak sabar menunggu hari isnin
Tahniah
January 11th, 2007 at 9:11 am
Azahari > Pemilik buku & cd tak dapat diskaun
tapi kalau nak diskaun, take advantage of the launching price.
Promoprosper> resell rights adalah idea yang baik, terutamanya untuk perniagaan baru yang hendak exposure. Seperti mana gobala krishnan lakukan untuk Chapter-M.
bagi rahsiainternet, oleh kerana sudah dikenali, akan menjadi counter productive kalau buat reseller rights.
mengenai kalau ebook diciplak, apa kami lakukan adalah - saman sahaja siapa yang ciplak
seperti yang pernah dilakukan 2-3 kali sebelum ini.
bagi saya, tak perlu takut dengan isu ciplak oleh kerana cara menanganinya adalah cara profesional- iaitu melalui undang2. ramai penulis ebook mengadu mengenai kes ciplak. tetapi, kalau setakat mengadu pada rakan-rakan, tiada apa yang terjadi. perlu ambil serius dan menunjukkan anda menghargai isu harta intelek anda. sama seperti menulis buku.
sekiranya rumah anda dipecah masuk orang dan orang mencuri TV anda, adakah anda akan duduk mengadu pada jiran, atau anda membuat laporan polis? inikan pula harta intelek yang lebih berharga.
sebenarnya lagi ramai penulis ebook yang tidak mengambil tindakan, lagi ramai penciplak.
nanti esok lusa saya tulis tip mengenai menangani ciplak ok?
January 11th, 2007 at 9:35 am
Tahniah Irfan!
Saya pasti dapatkan ebook ini untuk mantapkan lagi pengetahuan dalam advertising & promotion (A&P) produk saya.
Errr… program affiliate takde ke?
January 11th, 2007 at 9:55 am
Tahniah pada kerana berjaya keluar dengan satu lagi produk dan satu lagi cabang bisnes internet!! Harap saya dapat mengikut jejak langkah … dah bermula, tapi setakat ni hasilnya belum membanggakan!! Harapnya momentum untuk berjaya ni tak akan hilang.. sebab tu kena baca tip 1 minit tiap2 hari!
InsyaAllah… saya akan dapatkan ebook Cara Promosi. Yg pastinya saya akan menfaatkan diskaun launching tu…
January 11th, 2007 at 10:27 am
assalammualaikum
Tahniah kerana telah menghasilkan satu lagi produk yang amat berguna. All the best…
January 11th, 2007 at 10:36 am
http://www.promoprosper.com/logo.jpg Saya minta sangat kepada semua yang akan beli eBook CaraPromosi dengar nasihat dan peringatan mengenai ciplak dan harta intelek.
Bersama kita menanganinya..
January 11th, 2007 at 11:10 am
haiya…
tak sabor nak tunggu ebook yang hangat di internet…
lamer nyer nak tunggu hari isnin nie..
January 11th, 2007 at 11:16 am
Saya belum ada CD , kalau langgan E-book ni disamping dapat discount, kalau disertakan free gift CD bagus jugak - bekas peserta workshop (1st workshop).
Apa-apa pun congratulation di atas pelancaran E-Book pertama
January 11th, 2007 at 1:22 pm
“kalau langgan E-book ni disamping dapat discount, kalau disertakan free gift CD bagus jugak ”
Idea yang bagus tu, untuk pembelian hari isnin saja atau pun 50 pembeli pertama.
http://www.hubb.myfzbiz.com
January 11th, 2007 at 2:12 pm
dr,
saya nak teka lagi; harganya RM99.99, kalau betul senyumlah sorang2.
insyaAllah, saya akan pastikan ebook tersebut menjadi milik saya hari isnin nanti.
tq , kerana bersusah payah membuat ebook ini, yg mana akan membantu ramai ebiz kat malaysia ini utk lebih bijak dlm urusan promosi. cuma bila dah baca ebook nanti, wajiblah kena mengamalkan ilmu yg kongsikan.
affiliate? saya sokong cadangan tazilan.
January 11th, 2007 at 3:39 pm
Tahniah, untuk makluman, saya atelah beli banyak ebook tentang promosi di Internet. Saya harap ebook anda tidak lagi menceritakan tentang blogging , yahoo groups atau pun google adsense yang pada saya terlalu banyak sangat buku di Internet ni
January 11th, 2007 at 4:48 pm
Saya nak tanya adakah perlu kita buat sesuatu pelancaran produk dengan satu lagi webpage supaya nampak lebih pro dan grand.
Contoh: webpage yang mengalu-alukan pengunjung sebelum masuk ke ’sales copy’ yang menjual, seperti yang saya buat
http://www.spammingmenow.promoprosper.com/LaunchingFlashIndex.html
Harap beri pendapat
January 12th, 2007 at 11:59 am
program affiliate akan ada juga, tapi mungkin Februari
join tau.
January 16th, 2007 at 8:42 pm
Tahniah kat ..for new e-book….teruskan usaha..