Sat 30 Dec 2006
Sambungan dari posting “Minggu Memulakan Perniagaan Internet”… langkah pertama adalah untuk mendapatkan produk.
Antara langkah yang paling penting adalah langkah memilih produk. Teramat penting oleh kerana produk yang salah atau tidak mempunyai permintaan hanya akan merugikan anda.
Ada berbagai-bagai cara untuk memilih produk yang mempunyai permintaan, tetapi, favourite saya adalah dengan cara tradisional yang simple- bertanya!
Dengan “bertanya” kepada target market kita, kita akan tahu apa yang diperlukan. Melalui pertanyaan, maka, jawapan yang saya dapat adalah, masalah utama yang sering timbul oleh usahawan Internet adalah - PROMOSI!
Oleh itu, cabaran saya pada minggu ini adalah untuk mencipta produk yang dapat membantu PROMOSI sesebuah laman web
Walaupun kaedah “bertanya” tidak glamour dan tidak canggih, namun bertanya bagi saya adalah cara terbaik mengetahui sesuatu masalah oleh kerana ia memaksa pihak yang ditanya untuk fikir secara kritikal dalam memberi jawapan secara spontan.
Mungkin anda boleh bertanya target market anda tentang masalah yang ada dalam industri anda untuk anda ciptakan penyelesaian.
Kini saya sudah mendapat idea produk. Langkah seterusnya kita sambung hari Isnin. Selamat bercuti!
ps: Cabaran 7 hari tidak termasuk hari minggu ok
kita kira 7 hari bekerja…
Tip Satu Minit yang berkaitan:

December 30th, 2006 at 9:10 am
Looking forward for monday’s tip.
Selamat Hari Raya Adil Adha and a Happy New Year (2007) to and all pengunjung ‘Tip Satu Minit’.
December 30th, 2006 at 12:39 pm
Nak tanya memang senang tapi nak tanya pada siapa?
berapa ramai orang yang kita nak tanya?
macamana cara paling berkesan untuk ‘bertanya’?
adakah jawapan bagi setiap pertanyaan itu mampu membantu penghasilan produk, pasal kadang-2 jawapan yang kita dapat selalunya tak sahih…kan?
saya rasa boleh membantu….
December 30th, 2006 at 2:35 pm
Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Adha dan Selamat Menyambut Tahun Baru 2007.
Benar, produk yang ada permintaan akan mudah mendapat tempat di pasaran.. Atau mungkin kita boleh menghasilkan permintaan melalui berkongsi maklumat tentang sesuatu produk yang dapat memberi manfaat kepada kehidupan seharian..
2006 tahun analisa dan study.. Hopely tahun 2007 , tahun permulaan praktikal..
December 30th, 2006 at 3:27 pm
Antara bidang perniagaan yang boleh bagi consult secara percuma, mentor secara percuma, dan tanya pada yang pakar secara percuma pada bila-bila masa ialah MLM. Kalau tidak percaya cari mereka yang telah berjaya dalam bidang tersebut dan tanya mereka…
December 30th, 2006 at 3:37 pm
nak tanya pada siapa?
>> pada target market anda. iaitu mereka yang mungkin akan beli produk anda.
berapa ramai orang yang kita nak tanya?
>> lagi ramai lagi bagus. paling sikit 20-30 orang.
macamana cara paling berkesan untuk ‘bertanya’?
>> paling mudah adalah tanya di forum perbincangan online. ataupun tanya pada rakan2 secara live.
adakah jawapan bagi setiap pertanyaan itu mampu membantu penghasilan produk, pasal kadang-2 jawapan yang kita dapat selalunya tak sahih…kan?
>> lagi ramai anda bertanya, makin sahih jawapan. sebab itu kalau tanya 2-3 orang tidak mencukupi. kalau tanya 20-30 orang, better.
December 30th, 2006 at 6:10 pm
selamat menyambut aidiladha kepada semua muslim, especially kepada …tun punya blog ini.
kaedah bertanya memang banyak, yang percuma tanyalah secara manual kepada semua orang yang anda jumpa dan kalau yang berbayar pun ada seperti www.askdatabase.com
perkhidmatan berbayar seperti itu boleh anda gunakan itu melakukan survey secara online ke atas topik yang anda minat. Di dalam bab ini jawapan yang anda terima adalah bergantung kepada soalan yang anda tanyakan di dalam survey tersebut. Tetapi …. kenalah bayar.
anyway, selamat tahun baru dan selamat aidiladha. semoga tahun 2007 mendatangkan kemewahan kepada kita semua.
December 31st, 2006 at 1:48 am
Assalamualaikum ..
Saya sudah ada idea perniagaan. Tetapi malangnya saya tidak pandai bangunkan web site. Jika nak guna out sourching company untuk bangunkan sudah semestinya belanjanya melebihi budjet saya. Ada tak apa-apa sumber yang saya boleh pelajari sendiri untuk membangunkannya sendiri?
January 1st, 2007 at 10:17 pm
dr dan rakan2 ebiz,
selamat hari raya korban.
January 20th, 2007 at 4:20 pm
ape pernigaan yang sesuai waktu sekrang ni,nak katakan semua dah ade… .dlm malaysia ni baguslah ader mcm kutukan membina..asal bende baru dah kene cop scam dalam forum…kalau ebook mengenai tumbuhan ok x,maksudnye,tumbuhan traditional yang boleh dibuat ubat…..
camne ek??ekekkek
August 4th, 2007 at 2:49 pm
macamana nak tanya dengan pasaran ?
sama ada dengan menggunakan word traccker atau
statcounter?