Oleh sebab Strategy X tertunda buat seketika, perancangan produk RahsiaInternet pun tergendala. Bila tergendala, perlu ada plan B. [klik di sini]

Mulai hari ini, sini saya ingin membawa anda kepada proses membina sebuah perniagaan Internet. Dalam masa 1 minggu ini, saya akan menulis, sambil setup sebuah perniagaan Internet dan membuat catatat di Tip-Satu-Minit supaya anda dapat melihat prosesnya.

minggu7.gifMinggu ini juga, kita ulang kaji kembali tip-tip yang pernah saya tulis di sini. Apabila ada point penting, saya akan linkkannya ke tip yang berkaitan dengan point tersebut untuk bacaan lanjut ok? :)

Jadi, matlamat kita adalah, dalam masa seminggu dari sekarang, kita siap sebuah perniagaan Internet from scratch. Semoga yang ingin memulakan perniagaan Internet dapat mengambil pengajaran dari proses ini.

So, let’s start…

Melalui buku Rahsia Jutawan-Jutawan Internet Terbongkar, saya menggariskan 4 langkah memulakan perniagaan Internet. Iaitu:

  1. Mempunyai sesuatu untuk dijual
  2. Membina laman web
  3. Kebolehan menerima bayaran
  4. Promosi! Promosi! Promosi! (Paling penting!)
    Langkah Pertama: Mempunyai Sesuatu Untuk di Jual…
    Memandangkan Strategy X kita simpan dahulu sehingga waktu sesuai, apa yang boleh dijual dalam masa terdekat ini? Sudah tentu, satu lagi produk informasi (seperti buku RJJIT, SOIMR dan Manual Langkah 1-2-3).

    Dalam memilih produk untuk dijual di Internet, pertama sekali, saya sering meminta anda untuk melakukan sesuatu yang anda benar-benar minat [klik di sini]. Sesuatu yang anda sedia pakar. Dalam keadaan ini, kepakaran RahsiaInternet.com adalah dalam perniagaan Internet. Oleh itu produk yang akan dicipta adalah berkaitan dengan perniagaan Internet.

    Kedua, cari permintaan terlebih dahulu sebelum menciptakan sesuatu untuk dijual. Untuk mencari peluang perniagaan yang berjaya, perniagaan itu perlu menyelesaikan sesuatu “masalah” [klik di sini]. Jadi, jawapan saya perlu cari adalah… apakah masalah yang sering timbul dalam perniagaan Internet?

    Tip hari ini adalah: Untuk memulakan perniagaan Internet, cari peluang perniagaan yang anda minat (mungkin industri anda) dan kedua, cari masalah-masalah yang timbul dalam industri tersebut yang anda boleh selesaikan dalam bentuk produk (atau perkhidmatan)

    Agak-agaknya, apa masalah yang sering timbul dalam perniagaan Internet?

    Pendapat Anda?

    Tip Satu Minit yang berkaitan:
  1. SoHo: Small office / Home office
  2. Promosi mesej yang sama
  3. Perniagaan Internet dan Strategi Laman Mini
  4. Kesan keadaan ekonomi pada perniagaan Internet