Soalan: Apakah lawan/opposite kepada perniagaan yang hebat?

Kebanyakan akan menjawab: “Perniagaan yang tidak hebat… atau perniagaan yang lemah… atau perniagaan yang kurang menarik”

Tetapi, disitulah satu kesilapan!

Jawapan: Sebenarnya, lawan kepada perniagaan yang hebat adalah “Perniagaan yang baik!”

Aik? Mengapa begitu?

Ini kerana, perniagaan yang baik, tidak akan mendapat promosi mulut-ke-mulut (word of mouth). Ianya dikatakan 60% pelanggan perniagaan anda datangnya daripada word of mouth. Perniagaan yang baik adalah satu kesederhanaan. Semua pelanggan expect yang terbaik. Tetapi, sekiranya perniagaan anda adalah hebat, maka, di situlah pelanggan akan recommendkan kepada orang ramai!

Zaman ini dalam keadaan persaingan perniagaan yang amat tinggi, “Perniagaan yang baik” tidak mencukupi. Sekiranya anda ingin benar-benar berjaya, pastikan anda menjalankan perniagaan dengan hebat!

Zaman dulu 10…20 tahun dulu, di mana tiada banyak persaingan, “Baik” adalah mencukupi. Tetapi tidak lagi sekarang, ianya memerlukan anda menjadi “HEBAT”. Kalau tak hebat, di situlah perniagaan anda akan menjadi perniagaan yang sederhana.

ps: Workshop Jutawan Internet terdekat akan dijalankan pada hari Sabtu 12hb July ini. Sekiranya anda ingin menjalankan perniagaan Internet yang hebat, sertai kami. Klik di sini… Atas permintaan ramai, kami juga kan ke Singapore hujung bulan ini (26/7/08)!

Pendapat Anda?

Tip Satu Minit yang berkaitan:
  • Hebat dalam industri tidak semestinya hebat berniaga
  • Semua orang mempunyai idea hebat
  • Passion is more important than brains & talent
  • ADA idea tetapi TIADA modal