Tue 20 Jul 2010
Ramai bertanyakan saya tentang pendedahan awal saya dalam bidang perniagaan. Saya juga jarang berkongsikan kisah saya ketika kanak-kanak, bagaimana saya mula berminat dalam perniagaan.

IK masa kecik… comel kan?
Sebenarnya, saya dan perniagaan sudah lama tidak dapat dipisahkan. Sejak di bangku sekolah rendah lagi saya sudah berminat berniaga. Perniagaan pertama saya adalah menjual aiskrim kepada rakan-rakan sekolah. Ketika itu masih lagi sekolah rendah di Kuala Kangsar. Aiskrim yang macam mana?
Aiskrim plastik (Aiskrim Malaysia)! Bermodalkan beberapa ringgit sahaja, dan membeli plastik aiskrim yang datangnya dalam bungkusan mempunyai gambar King Kong. Saya menggunakan kordial di peti sejuk arwah nenek, dan membancuh 2-3 jenis perisa untuk di masukkan dalam plastik tersebut dan mengikatnya. Pasti anda pun masa kecil-kecil dulu pernah merasa aiskrim sebegini bukan?
Mulai situ, saya memang berminat berniaga. Di sekolah juga saya mengambil upah melukis kartun, melukis kad raya dan mencipta t-shirt untuk dijual kepada kawan-kawan.
Walaupun ibu dan ayah bukan ahli perniagaan, dan juga tiada keluarga yang terlibat dalam perniagaan (kebanyakannya bekerja dengan kerajaan), saya belajar berniaga dengan melihat dan belajar dari pemerhatian disekeliling. Berikut adalah 3 tip mudah mengalakkan si kecil untuk minat dengan perniagaan dan wang:
- Ketika di kedai, beri anak anda melakukan pembayaran dan mengambil baki wang daripada cashier. Dengan cara ini, ia membiasakan anak anda dengan transaksi perniagaan sejak kecil
- Upah dan beri galakkan anak anda apabila menghasilkan sesuatu yang menarik seperti lukisan atau kraftangan. Galakan sebegini akan meningkatkan lagi keyakinan anak kita dalam mengasah kreativiti sendiri.
- Galakkan anak anda menabung. Dari masa kesemasa, kira bersama hasil tabung supaya anak kita belajar menjejak simpanan. Juga, berikan hadiah kecil (hasil daripada simpanan) untuk menggalakkan simpanan dan juga membiasakan mereka melihat bahawa wang simpanan usaha sendiri akan kurang apabila berbelanja.
Sekiranya anda mempunyai anak atau adik atau anak buah, berikan pendedahan awal perniagaan dan kewangan kepada mereka. Ia akan banyak membantu mereka apabila dewasa kelak dari segi keyakinan diri dalam perniagaan dan pengurusan wang. Jadikan berniaga dan wang sebagai sesuatu yang menyeronokkan dan menggembirakan.
Ciptakan keadaan di mana perniagaan adalah permainan bersama mereka. Galakkan mereka berfikir kreatif. Bincangkan perihal kewangan (bukan masalah kewangan) dan jadikan mereka menghormati dan mengharagi wang dengan cara yang menghiburkan.
Sekiranya anda mempunyai anak / adik / anak buah dalam lingkungan umur 8-13 tahun, satu program khas untuk mendedahkan kanak-kanak kepada perniagaan dan kewangan akan dikendalikan pada hari Sabtu 31hb Julai ini, yang dikelolakan oleh Abang Abu & saya sendiri. Pogram playshop “Junior Boss” ini telah mendapat sambutan yang hebat di Singapura sehingga ke Australia oleh pengasas Junior Boss, Abang Abu. Sekiranya anda mempunyai anak kecil berumur 8-13 tahun, dan ingin mengetahui dengan lebih lanjut tentang Junior Boss, klik di sini.
Pendapat Anda?Tip Satu Minit yang berkaitan:


July 20th, 2010 at 1:40 pm
dari kecik memang saya dah biasa buat transaksi beli aiskrim, keropok, gula-gula..bila dah besar jadi peniaga pula.hehe
July 20th, 2010 at 1:49 pm
IK masa kecil dulu lain sangat… macam gelap sikit je…
Tak sangka la ya
July 20th, 2010 at 3:41 pm
bagusnya melentur buluh biar dari rebung..
bila dh biasa dgn perniagaan dn kewangan mst minat bisnes bertambah2 nanti
July 20th, 2010 at 4:16 pm
saya pun jual aiskrim msia jugak kecik-kecik dulu..
July 20th, 2010 at 5:41 pm
tapi kekadang environment kat sekolah, universiti buat kite hilang minat..e.g. cikgu, parents selalu pesan blajar rajin2 nnt dah berjaye bleh dapat keje bagus gaji pun bagus..so kite makin lame makin fokus utk dapat kerje bagus…btol x..?
July 20th, 2010 at 6:42 pm
waahh..comelnyerrr…
muka bakal jutawan:)
agak2 nenek IK ade tak gerak rasa
yang cucu dia akan jadi seorang jutawan one day?
saya dulu beli coklat jual semula dekat
sekolah..mak saya marah..kenapa buat mcm tu?
saya beli dalam RM0.30 satu jual RM0.50..untung RM0.20.
mak saya cakap tak baik ambik kesempatan dengan kawan..kalau harga coklat tu RM0.30,
ambil duit RM0.30 dah la.
aik,kita pula yang kena…mcm mana mau untung..saya penat2 kayuh basikal belo coklat.
tapi saya tak heran..parents saya tak minat bisnes..saya je suke
July 20th, 2010 at 9:18 pm
ramai yg berminat untuk berniaga, tapi malu untuk bersuara..so, cemana biz nak maju kan?
July 20th, 2010 at 9:21 pm
Minat dan hobi adalah anugerah,sementara anugerah adalah kurniaan yang tak terhingga.
July 20th, 2010 at 9:42 pm
kita boleh pupuk kot tapi at the end of the day tuan badan yang akan buat keputusan sendiri, so nak jadi manusia yang business minded bukan boleh di paksa.. walau pun duit menjadi pertaruhan xpela kepada yang business minded teruskan macam saya semuga saya berjaya suatu hari nanti..
July 21st, 2010 at 12:44 am
mula-mula dulu,malu juga nak berniaga tapi lama kelamaan seronok pula bila barang dijual laku..pengalaman berniaga nasi lemak di sekolah dulu,beri pendedahan yg baik sehingga menjadi seorang berkeyakinan skrg..jadi lenturlah anak dari sekarang..ketika masih buluh..
July 21st, 2010 at 12:12 pm
Masa budak-budak dulu saya biasanya mengumpul duit sendiri untuk membeli benda yang saya mahu seperti membeli basikal..usaha sendiri sehingga mengumpul duit sehingga dapat beli basikal..bila dewasa saya semakin matang dalam perniagaan dan pemahaman konsep perniagaan semakin lebih baik..
July 21st, 2010 at 3:14 pm
Mak ayah saya, masa saya kecil rajin buat macam-macam bisnes. Tapi kurang berjaya. Saya tak pernah menjual sepanjang masa kecil dulu. Namun masa sekolah dah niat besar nak buat bisness. Secara tak sedar ni lah pengaruh mak ayah saya. Alhamdulillah tercapai juga hasrat saya. Nampak gaya 2 adik saya pun dah mula ikut jejak saya.
Anak-anak kembar saya pun nampak minat berniaga. Masa darjah 2 dulu diaorang lukis gambar Ben 10 tu buat jual kat sekolah dia. Tapi cikgu larang berniaga kat sekolah, langsung stop. Kadang sekolah terlalu rigid bantut kemahiran murid. Namun mungkin reason takut jual barang tak bermoral kut.
Cita-cita diaorang pun nak berniaga cam mama, tak ikut cam ayah dia kerja ofis
July 21st, 2010 at 5:08 pm
Saya bukan lah seorang yang minat berniaga waktu kecil.
waktu kecil,saya main galah panjang, polis sentri sama macam kanak-kanak lain.Kalau nak amik untung jual aiskrim kat kawan-kawan tu rasa macam bersalah pulak.hihi
tapi bila dah besar, saya terlalu desperate untuk berjaya dalam bidang perniagaan sebab saya tak minat di kongkong dan makan gaji dan buktikan pada ahli keluarga saya yang berniaga pun boleh berjaya
hari ini saya bersyukur dengan rezeki yang ada.Semuanya bermula dengan membaca tip-tip dari blog ini.
Tq abg irfan : )
July 21st, 2010 at 5:17 pm
teringat zaman saya kecik2 dulu…menjaja buah-buahan dan kuih yang dibuat oleh arwah mak…
July 22nd, 2010 at 1:36 pm
Bagus juga didik anak jadi ilmu perniagaan dari kecil dengan harapan besok kalau dia dah besar akan jadi usahawan yang berjaya
July 23rd, 2010 at 9:52 am
Salam sejahtera.
Didikan dan minat yang dipupuk sejak daripada kecil akan memberi kesan bila dewasa.
Terima kasih IK kerana perkongsian ini.
July 23rd, 2010 at 12:16 pm
Salam semua … teringat masa aku darjah 6. Aku suka buat beg kraf dari kotak bekas letak pinggan mak . Aku jula RM 5 masa tu (tahun 1990). Banyak customer aku yang order masa tu . Rasanya beg tu aku letak dengan gambar-gambar kartun yang aku amik dari wrapping paper . Pastu balut dengan plastik . Memang comel . Memang masyuk lah masa tu … Huih , masa kecik memang aku pandai buat duit , cuma sekarang je aku malu nak menjual . Jual online ok la …
July 24th, 2010 at 1:02 pm
syukur…
July 25th, 2010 at 11:17 am
kecil-kecil dulu memang minat tolong mak berniaga, umur 8tahun jual jambu batu di sekolah, sehari boleh untung 50sen untuk diri sendiri, 30tahun lepas, kayanya masa tu… antara pelajar terkaya walaupun dari golongan keluarga sederhana…
July 25th, 2010 at 10:04 pm
jom didik anak kita jadi usahawan sedari kecil
July 26th, 2010 at 10:22 am
Anak-anak kecil memang senang dibentuk IK. Benda yang baik patut didedahkan di peringkat awal usia. Thanks for sharing.
July 28th, 2010 at 11:16 am
satu pendedahan yang baik. Seawal usia muda, anak anak patut didedahkan dgn konsep kewangan yang betul. Sikap menabung, bekerja utk mendapatkan wang ,memberi sumbangan dll dapat mewujudkan perasaan tanggung jawab dlm diri anak anak.
August 6th, 2010 at 11:34 pm
Bila dah menjangkau usia 30an tahun baru saya nampak peluang bisnes, dulu mana tau apa sebab persekitaran masa membesar di kampung dulu tak mengizinkan.