Bagaimana Cara Memusnahkan Pesaing Anda

Suka saya umumkan produk terbaru keluaran kami, siri Laporan X kini boleh didapati secara online. Apakah itu laporan X? Laporan X adalah laporan khas yang menyerang sesuatu isu spesifik dalam membantu anda menggandakan keuntungan tidak kira apa sahaja perniagaan anda- perniagaan offline atau online.

laporanxlogo.gif

Siri Laporan X pertama bertajuk “Cara Bagaimana Memusnahkan Pesaing Anda” yang akan mendedahkan bagaimana anda boleh membawa perniagaan anda ke tahap yang lebih tinggi dengan cara membina jenama perniagaan anda. Strategi yang didedahkan menunjukkan cara terbukti bagaimana anda boleh memusnahkan pesaingan dalam perniagaan anda dan menjadi pilihan utama kepada pelanggan.Dalam apa sahaja perniagaan, semestinya ada mempunyai pesaing. Pesaing adalah lumrah dalam perniagaan. Adakah pesaing baik atau tidak baik untuk perniagaan anda?

Ada yang akan kata pesaing adalah baik. Ada juga yang mengatakan pesaing adalah tidak baik untuk perniagaan. Sekiranya anda tanya pada saya, saya tidak suka pesaing dalam perniagaan 🙂

Semestinya dalam perniagaan, pesaing adalah antara faktor utama yang menentukan keuntungan perniagaan kita. Berita baiknya, terdapat strategi cara bagaimana anda boleh memusnahkan pesaingan dalam perniagaan anda dan menggandakan keuntungan perniagaan anda!

Bagaimana caranya memusnahkan pesaing? Adakah dengan cara kita memburuk-burukkan pesaing kita?

Sudah pastinya tidak. Kerana, dengan memburukkan pesaing kita, 10 lagi orang akan memburukkan perniagaan kita!

Adakah caranya menurunkan harga supaya harga kita lebih rendah dari pesaing kita?

Memang ia antara strategi, tetapi, menurunkan harga akan menyebabkan peperangan harga yang mana kedua-dua pihak akan rugi.

Adakah caranya menambahkan kualiti produk dan perkhidmatan anda?

Zaman ini, kualiti adalah satu kemestian. Ianya adalah kemestian untuk berniaga. Bermakna, produk anda berkualiti, peroduk pesaing juga adalah berkualiti. Sukar untuk bersaing pada kualiti oleh kerana semua usahawan akan mengejar kualiti dan meletakkannya sebagai keutamaan.

Oleh itu, apakah caranya untuk memusnahkan pesaing anda sekiranya bukan dengan cara memburukkan, menurunkan harga atau menambahkan kualiti?

Jawapannya terkandung dalam siri “Laporan X: Cara Bagaimana Memusnahkan Pesaing Anda”

Anda boleh dapatkannya di http://www.IrfanKhairi.com/laporanX

cover2.jpgLaporan X mendedahkan bagaimana anda boleh membawa perniagaan anda ke tahap yang lebih tinggi dengan cara membina jenama perniagaan anda. Strategi yang didedahkan menunjukkan cara terbukti bagaimana anda boleh memusnahkan pesaingan dalam perniagaan anda dan menjadi pilihan utama kepada pelanggan.

Sekiranya anda memiliki perniagaan, atau dalam perancangan untuk memulakan perniagaan, “Laporan X: Cara Bagaimana Memusnahkan Pesaing Anda” pastinya adalah satu permata yang mesti anda miliki.

Untuk mendapatkannya, lawati http://www.IrfanKhairi.com/laporanX

The following two tabs change content below.
Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

About Irfan Khairi

Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

26 thoughts on “Bagaimana Cara Memusnahkan Pesaing Anda

  1. Saya belum baca, cuma saya ingin meneka.

    Adakah strategi ini sebagaimana strategi laut Biru? (Blue Ocean Strategy)?

    🙂

  2. salam

    pada pendangan saya, kita tidak boleh memunsahkan pesaing kita (bagi terus tidak wujud) tapi kita boleh jauhi mereka.

    Satu teknik yang saya buat adalah ;

    “Attraction Marketing”

    Saya hurai sikit untuk anda, ianya adalah teknik ‘branding’diri anda. Anda ‘menjual’ diri anda dalam market. Exposed diri anda dan create followers anda.

    Secara lanjut, boleh dapati dari blog saya, saya tengah menulis artikel tentang ini.

    amendvinfo

  3. Tuan mengapa judulnya “memusnahkan”? Adakah pesaing dilihat sebagai musuh bisnes atau dari konteks motivasi, pesaing yang meningkatkan kemampuan perniagaan kita sendiri?

    Judul ini meresahkan saya kerana mengingatkan saya bagaimana Hippies (terdiri daripada anak-anak orang kaya yang menentang amalan bisnes ibu bapa mereka) di US dahulu muncul sebagai anti kapitalisme yang mempunyai definisi ‘memusnahkan pesaing’ dalam operasi bisnes.

  4. Salam,
    Dr. IK, 4 cara bersaing yang Dr ajar ketika Boot Camp Peoplepreneur hari tu ke?
    Reza dah order dah tadi tapi tak sampai lagi. Anyway produk Dr. IK memang best.

    Tajuk memang nampak ganas nak memusnahkan pesaing. Tapi lebih kepada cara bersaing yang lebih efisien. Kalau orang yang hendak ‘dimusnahkan ‘ itu tak dapat counter dengan baik. Memang betul-betul akan memusnahkan diri.

  5. thanks for the comments. memang bunyi agak ganas… 🙂

    tetapi, sebenarnya, first part of the report, saya ada buat penjelasan mengenai tajuknya. ia juga adalah antara strategi yang diterapkan dalam laporan ini…

    tajuknya sahaja memberi impak “emosi” yang merupakan antara kunci untuk meningkatkan jenama.

    pada awal laporan ini juga, saya ada membuat penjelasan bahawa…

    “Kita sebenarnya tidak boleh memusnahkan PESAING, tetapi, boleh memusnahkan PESAINGAN” 🙂

    so, bagi yang terkezut dengan tajuk laporan ini, ia disengajakan sebagai “pengajaran” yang terkandung dalam laporan ini…

    Boleh refer kepada tip saya di sini

    http://www.irfankhairi.com/blog/perniagaan/bagaimana-hendak-menjadi-popular/

    (ketengahkan sesuatu yang mengejutkan)

    Nota penting: laporan ini tidak menunjukkan cara-cara menjatuhkan pesaing anda ok 🙂 infact, menjatuhkan pesaing adalah kaedah yang tidak islamik dalam perniagaan. Minta kita dijauhkan.

    -ik

    ps: harapnya dengan penjelasan ini, tiada yang kurang selesa dengan tajuk laporan ini.

  6. Hmm..satu gimik dan promosi yang HEBAT!

    Tajuknya sahaja pun dah berada di Tahap MEMBUNUH!!!

    Sekarang ni..bukan sahaja Surat Jualan Yang Membunuh…Tajuk pun kena ada unsur KILLER juga 🙂

  7. Tengok tajuk pun orang dah teruja nak tahu apa kandungannya. Bila dah tersangat teruja..maka kena ler dapatkannya kan..bijak..bijak..

    1 lagi strategi pemasaran yang berkesan dari IK..

  8. teringat pulak saya kat siri x-files… anyway tahniah sekali lagi utk IK sebab memang tajuk ni memberikan impak setidak2nya terfikir2 “bagaimana nak memusnahkan pesaing / persaingan?”
    MAksudnya memang semua peniaga kena beli Laporan X ni sebab kita dpt jadikan panduan utk kita memusnahkan persaingan dan boleh dijadikan guideline utk berhati2 kalau ada org nak memusnahkan persaingan dr pihak kita.
    Betul ke IK dlm laporan tu ada teknik yg mcm diatas/
    TQ

  9. Ya… tepat sekali 🙂

    Dalam laporan ni, bukannya saya mengajar menjatuhkan pesaing, mengutuk pesaing, memsabotaj pesaing 🙂

    tetapi, macam mana nak menghapuskan… atau mengelakkan pesaingan. betul juga kata comment di atas, antaranya adalah menggunakan “Blue Ocean Strategy”

    Keseluruhan laporan ini bersandarkan kepada membina jenama supaya jenama perniagaan kita menjadi dominan dalam fikiran bakal prospek.

    So, bukanlah secara literal memusnahkan pesaing 🙂 Anyway, sememangnya tajuk laporan ini kasi gempak sikit… tu pun antara strategi yang diterapkan…

    Iaitu, ciptakan keadaan yang memberi kesan emosi kepada prospek anda. tak kira la keadaan emosi apa… apabila usahawan berjaya menyentuh emosi prospek, maka, itu adalah antara cara/strategi membina jenama dan menghapuskan pesaingan…

    🙂

    -ik

  10. Assalammualaikum IK,

    Tajuk memang agak keras dan ganas,saya berpendapat sama dengan comment no.5 dr En Zamri Mohammad.boleh IK huraikan sikit.mungkin dari aspek lain,ada kebaikan yang terselindung.

  11. kalau regarding the tajuk, camnilah… apa kata u search di google “elimnate competition”… ada lebih sejuta result. kalau type “destroy competition” ada lebih 6 juta result…

    di barat sering menggunakan perkataan “eliminate competition” dalam perniagaan dalam mengalahkan pesaing… tetapi dengan cara yang beretika la.

    cuma di malaysia, jarang orang menulis mengenai “eliminate competition”/”destroy competition”, di mana kalau di alih bahasa, jadi “musnahkan pesaing” Kalau cari kat google, ada 2 je kut result 🙂

    so, since ini pertama kali di tulis dalam bahasa malaysia, maka, sebab tu lah timbulnya rasa tak sedap hati menggunakan tajuk ini 🙂 lagi setahun dua, mungkin akan jadi biasa…

    -ik

  12. Eh tak2, Ik jgn risau tajuk macam ni lah yg betul2 bagus! Straight forward dan bagi booster kat prospek. Takkan nak buat tajuk “Laporan X: Cara-cara menyaingi pesaing anda” sebiji macam tajuk karangan sekolah bebudak Form 5.Skima dan bo..ringgg
    Tapi saya pun faham sensitiviti orgramai. Dan dah jelas, IK sbg penulis pun dah explain so tak yah risaulah..dont worry be happy…hari ni kan gerhana matahari jam 8.23am tadi…

  13. Tak ada masalah rasanya dgn tajuk ni..yang penting olahan isinya..pembaca x akan nilai berdasarkan tajuk..apa yg penting isi kandung yang ditulis..ianya memberikan manafaat kepada kita semua..terima kasih IK untuk ebook kali ini..

  14. Saya suka dengan tajuk IK ni.Mcm saspen je byi.Fikiran mcm negatif skit tp at d same time rasa ingin tahu yang teramat.Bila bc komen IK brla tau rupa-rupanya ia berkaitan dengan teknik-tekinik rahsia eliminate competition.Kna dapat buku ni satu sebelum out of stock..

  15. Secara tak langsung IK dah berikan tips beliau melalui komen ini. Kepada peniaga-peniaga tegar diluar sana, jom ikut & lakukan apa ‘Pakar’ kata. Tahniah IK!

  16. I would love to join your workshop on 4th October. Unfortunately I got to go north for my daughter convocation on the same day.

    Can you arrange for another same workshop later? I try to make myself available, insya Allah. I try to join your earlier workshops but the dates were always not suitable and fall on my busy day. I love to put my services on the web with your assistance and guidance sooner. Thank you

  17. salam IK, buat lah road show jutawan internet di Pulau Labuan. Comfirm saya dapat hadir… Saya belajar di sini dan berminat untuk turut terlibat dalam perniagaan internet ini. Tajuk hapuskan pesaing nampak gempak, namun ia adalah unsur penarikan kepada pembaca untuk terus berfikir dalam dunia perniagaan.

  18. Akan dikonsiderkan untuk membeli.. Bulan2 puase ni membace ebook mmg best.. klo saye jd beli laporan ni bermakne ini ebook yg ketiga untuk bulan Ramadhan nih.. 😀

Leave a Reply

Your email address will not be published.