Nota: PERTANDINGAN DI BAWAH… ada hadiah untuk dimenangi :)  

Susulan dari tip semalam iaitu menggunakan strategi pesaing, ramai mungkin terfikir cara terbaik sekiranya untuk bersaing adalah “mencari kelemahan pesaing dan ciptakan kelainan”. Dari segi teori, mungkin ianya benar. Tambahan, selalu kita dengar nasihat, cari kelemahan pesaing, dan kita lakukannya sebagai kekuatan, betul?

Cuba fikirkan, bukankah kalau kita mempunyai kelemahan, kita juga akan memperbaiki kelemahan tersebut? Ketahui bahawa pesaing anda juga adalah bijak seperti anda!

Contoh, sekiranya pesaing jual pada harga mahal, kita bersaing dengan harga murah. Tapi, apa akan jadi sekiranya pesaing turut turunkan harga? Anda boleh menurunkan harga, mengapa tidak pesaing?

Contoh lagi, sekiranya pesaing melakukan penghantaran lambat (2-3 hari), kita lakukan untuk penghantaran cepat-24 jam! Tapi, apa akan jadi sekiranya pesaing juga mengubah penghantaran kepada 24 jam? Anda boleh lakukan 24 jam, mengapa tidak pesaing?

Contoh tambahan, sekiranya kualiti produk pesaing kurang, anda sediakan produk yang berkualiti tinggi.Tapi, apa akan jadi sekiranya pesaing juga turut “improve” kualiti produk mereka? Anda boleh menyediakan produk berkualiti tinggi, mengapa pula pesaing tidak lakukan yang sama?

Adakah mencari kelemahan pesaing dan jadikannya kelainan jawapannya? Bagi saya tidak. Ini kerana apa sahaja kelemahan pesaing yang anda boleh tangani, pesaing juga boleh melakukan yang sama.

Di sini saya ingin kongsikan salah satu rahsia strategi bersaing dalam perniagaan. Sudah bersedia?… tunggu… saya mahu dengar pendapat anda dulu.

Jadi, siapa tahu jawapannya? Sekiranya bersaing melalui “menciptakan kelainan daripada kelemahan pesaing” bukan jawapannya, apa jawapan yang sebenar? Perlu jelaskan dengan sokongan sekali!

Siapa tahu jawapannya? Teka teki bisnes ni… Peluang mengasah skill perniagaan anda;) 

Siapa yang betul/tepat, saya akan kasi hadiah SPECIAL. Ni perlu fikir advance sedikit ni… saya rasa ramai yang tak terfikir. :) Hadiah menanti pemenang!

Anybody? (kalau salah atau kurang tepat, tak mengapa… janji cuba. Berfikir adalah cara terbaik dalam mendapat ilmu baru!) 

Pendapat Anda?

Tip Satu Minit yang berkaitan:
  • Cari KEKUATAN pesaing dan ciptakan kelaianan!
  • Air Asia vs MAS
  • Bila kelemahan menjadi kekuatan
  • Pesaing memburukkan & menjatuhkan anda…