Wed 13 Dec 2006
Anda pasti tahu manusia terkaya di dunia adalah pemilik perniagaan Microsoft, Bill Gates kan?
Tetapi, tahukah anda bahawa pada bila-bila masa, Microsoft sedang menguji dan membangunkan lebih dari 1,500 produk dan perkhidmatan pada peringkat yang berlainan? Sekarang pun lebih dari 1,500 produk dan perkhidmatan sedang di uji dan dibangunkan. Kebanyakan daripadanya tidak akan berjaya dan tidak dikeluarkan dipasaran.
Pengajarannya?
Pendapat Anda?Peluang untuk berjaya bertambah apabila percubaan bertambah. Cuba berbagai-bagai kaedah untuk membangunkankan perniagaan anda. Mungkin ada kaedah yang tidak dapat dugunakan. Mungkin ada kaedah yang anda akan jumpa membawa kepada kejayaan!
Tip Satu Minit yang berkaitan:

December 13th, 2006 at 12:12 pm
ia sama juga dengan mencuba pelbagai teknik marketing, pelbagai percubaan utk cipta produk baru dan test market, jgn takut utk buta eksperimen atau percubaan..good luck!
December 13th, 2006 at 12:55 pm
Kalau tak dipecahkan ruyung,
manakan dapat sagunya.
Berakit-rakit ke hulu,
.
Berenang-renang ke tepian,
Bersakit-sakit dahulu,
Bersenang-senang kemudian
December 13th, 2006 at 1:14 pm
betul , sejak saya mendalami ilmu ebiz ini pun, semakin hari semakin banyak ilmu diperolehi, dan sedar tak sedar semakin banyak ilmu lagi yg saya rasa tidak tahu.
kata pejungga, “kalau nak dptkan 3 pokok jagung yg terbaik, wajiblah tanam 10 anak benihnya. kelak, kita akan dpt 3 pokok yg terbaik itu.
December 13th, 2006 at 1:17 pm
Sebagai usahawan, anda semua perlu tingkatkan R&D, berjaya atau gagal sesebuah organisasi bergantung kepada R&D ini.
Lagi banyak kajian yang dibuat, maka anda akan belajar lagi banyak kesilapan/kesalahan untuk berjaya.
Namun sedarkah anda, pengalaman bekerja dalam organisasi yang berjaya seperti Microsoft, Genting, Marlboro dll banyak membantu anda untuk berjaya. Tidak kira dari universiti mana anda datang, tak kisah dari pelbagai latarbelakang keluarga.
Tetapi jika anda bertuah dapat menimba pengalaman dari organisasi berjaya. Peluang anda untuk cemerlang adalah tinggi. Sebabnya, cara dan teknik yang digunakan oleh organisasi tersebut amat berbeza.
Selain itu, anda juga berpeluang belajar dari organisasi tersebut mengenai teknologi, pengurusan, jenis client, kaedah marketing dll.
Pengajaran : Anda perlu berterusan belajar. Usahawan yang bijak adalah mereka yang pandai mengambil pekerja yang pintar untuk memacu organisasi
December 13th, 2006 at 1:27 pm
Contohnya, pada 1879, Thomas Alva Edison dari USA mencuba ribuan jenis ‘filaments’ hanya untuk mendapat bahan yang sesuai untuk menyalakan bulb dan tahan lama. Beliau menjumpai ‘carbon filament’ didalam ‘oxygen-free bulb’ yang boleh menyala bulb tetapi hanya bertahan 40 jam sahaja. Setelah mencuba ribuan kali, akhirnya beliau menjumpai bahan yang boleh menyalakan bulb lebih dari 1500 jam.Beliau tidak putus asa akhirnya berjaya juga. Begitu juga diri kita tanpa rasa jemu berusaha dan berusaha dengan berbagai cara untuk berjaya. Di dalam R&D hanya 10% produk yang dibangunkan laku di pasaran.
December 13th, 2006 at 4:02 pm
ASM wr.wb
Tips hari ini sungguh bernas. Thomas Edison telah mencipta banyak kali lampu iaitu hampir 1,000 kali experimen, sehingga beliau berjaya mencipta 1 butir mentol, seperti yang kita gunakan hari.Terima kasih tuan atas tips hari ini.
December 14th, 2006 at 12:01 pm
tip bisnes yg baik untuk direnungkan bersama untk mencapai kejayaan.manusia adalah individu yg unik,jadi satu-satu cara atau teknik yang digunapakai tak semestinya berhasil atau berjaya kepada org lain. tapi kebanyakan teknik yg baik/berjaya kalau diamalkan pasti akan membuahkan kasil. cuba dan terus cuba.
December 14th, 2006 at 1:37 pm
yang paling penting mencuba!
Take Action kata Anthony Robbins.
December 14th, 2006 at 2:35 pm
mencuba itu perlu untuk kita mengetahui tahap keputusannya.
Apabila kita mencuba dan terus mencuba pelbagai hasil kita dapat lihat.
Contoh seperti Thomas Alva Edison patut dicontohi.
Hari ini kita lihat bagaimana sesuatu teknologi dan produk tu maju ke hadapan. Hasil dari sikap terus mencuba dan mencuba.
December 15th, 2006 at 9:09 am
ye semua org akan berjaya jika ada keyakinan n sifat tidak cepat putus asa.. chaiyok2
positif..
December 15th, 2006 at 8:24 pm
Seperti yang sarankan..jalankan beberapa kajian untuk mencapai kejayaan….Thanks
February 21st, 2007 at 11:55 am
Memang betul Thomas Edison sanggup membuat 1000 cubaan sebelum terhasil kejayaan. Tetapi, to be successful… you just need to duplicate what the succesful do. Work smart instead of work hard. Kita mungkin tak berupaya mempunyai masa yang banyak seperti ketika zaman Thomas Edison dulu.
aj, agree with u 100%.
October 21st, 2008 at 11:56 am
NAK TANYA KEPADA EN.IRFAN,ADAKAH UNTUK MEMULAKAN PERNIAGAAN INI,SAYA PERLU RAKAN NIAGA,SEKURANGNYA SEORANG UNTUK MEMBANTU DIDALAM PERNIAGAAN PERMULAAN SAYA DAN SEKALIGUS MENGHILANGKAN SIFAT MALU BERNIAGA.
November 14th, 2008 at 11:44 am
Saya tak tahu mana nak mula…saya harap somebody willing to teach me.Thanks!