Baru-baru ini saya berpeluang bersama-sama mentor Jutawan Dato Dr Azman Ching, selama 3 hari 2 malam di Janda Baik, mengendalikan Business School Boot Camp bersama Peoplepreneur Business Community. Memang happening! Terlalu banyak yang hendak saya kongsikan pengalaman di sana, tapi, sebaiknya anda mengalami pengalaman itu sendiri.

Satu tip yang saya ingin kongsikan dari mentor jutawan Azman Ching, adalah mengenai usaha dalam mencapai matlamat. Memang banyak dah artikel mengenai matlamat saya kongsikan, tetapi, apa salahnya kita dengar inetrpretasi Azman Ching pula…

sampan.gif

Matlamat ni, kita bayangkan seperti kita sedang mendayung sampan di tengah lautan. Di mana, kita boleh lihat satu pulau yang berhampiran. Kita dayung dengan kuat untuk menghala ke pulau tersebut. Dayung memang kuat, maklumlah, kita sorang-sorang je mendayung.

Tiba-tiba, datang ombak… menolak sampan kita ke arah lain. kita lawan ombak tersebut dengan menambahkan lagi kekuatan mendayung. Tetapi, ombak menolak lagi… lagi kuat kita dayung ke arah pulau itu, makin kuat pula ombak menolak kita ke arah lain…

Sampai satu tahap, kita give up… and kata… alamak, susahnya nak capai pulau yang tu… takpe lah. kita ikut je ombak ni dan cuba cari pulau lain pula yang lebih mudah.

Tanpa mengetahui bahawa, nanti ke arah pulau yang baru, pastinya ada juga ombak yang akan menghalang dan membawa kita ke arah yang lain…. dan lain… dan lain…

Memang ini sering terjadi. Matlamat yang kita lihat sememangnya jelas. Saya percaya anda yang membaca, anda mempunyai matlamat hidup dan kewangan yang jelas. Tetapi, akibat “ombak” yang sering menganggu kita dalam mencapai matlamat tersebut, sering kali, kita terbawa kearah yang lain… sehingga tak tercapai satu pun matlamat kita yang boleh dibanggakan.

Sekiranya anda ingin mengetahui dengan lebih lanjut teknik menetapkan matlamat perniagaan  anda dan juga bagaimana hendak mencapai apa sahaja matlamat kewangan anda, pada hari Rabu ini, jam 8-11 malam, Peoplepreneur Community akan mengendalikan seminar percuma bersama Dr Azman Ching dan juga saya sendiri. Sekiranya anda ingin menyertai seminar percuma ini, lawati http://www.irfankhairi.com/mentor/iknazman/

Speaker undangan: Dato Dr Azman Ching & Irfan Khairi
Kelolaan Peoplepreneur Community
Tarikh: Rabu, 15hb Julai 2009
Waktu: 8.00mlm - 11.00mlm
Tempat: Cititel Hotel, Midvalley
Masuk: PERCUMA

lawati http://www.irfankhairi.com/mentor/iknazman/

Pendapat Anda?

Tip Satu Minit yang berkaitan:
  • No related posts