Sudah lama menunggu, tapi mana program affiliate Mentor Jutawan ni? 

 

mentorlogo-small2.gif

 

Kasi suspense sikit… dalam beberapa jam sahaja lagi laman web Mentor Jutawan + program affiliate akan online! So, bersedia ok… jangan lupa untuk daftar awal-awal!

By the way, terima kasih atas pembeli2 awal Mentor Jutawan- ramai tak di sangka-sangka. Belum ada website lagi tu! Saya masih menunggu beberapa sahaja lagi testimonial. 2-3 je lagi dah kautim 

==========

Sebelum tu, saya ingin buka satu perbincangan berkaitan dengan perniagaan Internet dan minta anda beri idea-idea yang bernas ok?

Soalannya…

Apa yang akan membuatkan seseorang itu takut untuk buat belian online? Mungkin anda mempunyai kenalan yang “tak percaya langsung” melakukan online transaction (atau tak tahu!). Bagaimana caranya untuk hilangkan keraguan orang beli online?

Sedikit cerita…

Ketika saya di UK 5 tahun dulu, saya dah tak pergi kedai runcit. Internet adalah lifestyle. nak beli barang2 runcit macam beras, telur, ikan, pisang, gula… semuanya  saya guna Internet je. Masuk laman web hypermarket, kemudian order segalanya. 3-4 jam kemudian, mereka akan hantar ke rumah.

Kita di Malaysia bagaimana?

Pendapat Anda?

Tip Satu Minit yang berkaitan:
  • Perniagaan mail order yang dilupakan…
  • Keselamatan perniagaan Internet
  • Kupon Diskaun… Pelanggan Berulang!
  • Yakin dengan diri sendiri!