• Di mana ada McDonalds, di situ juga ada KFC
  • Di mana ada Haagan Dazs, di situ juga ada Baskin Robbins
  • Di mana ada Hard Rock Cafe, di situ juga ada Planet Hollywood
hrph.jpg

Di mana ada perniagaan,di situ ada pesaingan. Strategi yang digunakan di sini adalah mengikut langkah pesaing. Bila pesaing utama menjalankan perniagaan di sesuatu tempat, perniagaan kedua akan menyusuli menggunakan strategi yang sama.

Dalam perniagaan, mengikut strategi pesaing adalah strategi yang sering digunakan. Tidak perlu penat membuat penyelidikan pasaran, gunakan strategi pesaing sahaja yang telah membuat penyelidikan pasaran. Menjimatkan masa & kos!

Tapi, meniru pesaing, ada kelemahannya. Jadi, sebelum meniru strategi perlu juga fikirkan…

Apa akan jadi sekiranya strategi pesaing itu salah, dan kita mengikut sahaja?

Apa akan jadi sekiranya pada pandangan mata, kita ingatkan kita sudah meniru strategy pesaing, tetapi pada perkara dalaman yang tidak boleh dilihat, kita tidak tahu apakah strategi rahsianya, dan menjadikan strategi yang ditiru tidak menjadi?

Apa yang anda akan lakukan sekiranya pesaing meniru strategi anda? Di samping itu, menggandakan keuntungan perniagaan anda sendiri?

Jawapannya ada dalam gambar di atas! (… dan juga di Workshop Jutawan Internet)

ps: Workshop Jutawan Internet 29hb July (Ahad ini) ini adalah terakhir pada harga promosi. Selepas ini, harga Workshop akan datang dinaikkan lagi. Bagi yang berminat menyertai pada harga promosi terakhir, klik di sini.

Pendapat Anda?

Tip Satu Minit yang berkaitan:
  • Jangan pandang rendah pesaing
  • Pantau pesaing perniagaan anda
  • Strategi perniagaan dalam The Art of War
  • Mencari kelemahan pesaing dan ciptakan kelainan? Tidak!