Mon 28 Jun 2010
Menjalankan perniagaan Internet tanpa modal
Posted by Irfan Khairi under Tip Perniagaan , Perniagaan InternetAlasan tak dapat mulakan perniagaan yang paling favorite sering saya dengar adalah “Tak ada modal… macam mana nak mulakan perniagaan?”
Jawapan saya adalah, always mulakan secara kecil-kecilan dulu. Jarang saya galakkan menggunakan pinjaman daripada institusi kewangan. Gunakan duit sendiri atau keluarga yang memahami. Bila kita bermula kecil, makin banyak ilmu yang kita akan pelajari dalam membesarkan perniagaan kita.
Satu pilihan memulakan perniagaan tanpa modal (atau modal minima) adalah dengan menjalankan perniagaan berbentuk affiliate di Internet.
Perniagaan affiliate adalah apabila kita menjual produk usahawan Internet lain melalui laman web kita dan mendapat komisyen daripada hasil jualan.
Ramai yang beranggapan, atau fikir, perniagaan berbentuk affiliate adalah perniagaan kecil-kecilan dan hanya wujud secara sampingan.
Sebenarnya, untuk berjaya dalam perniagaan affiliate, anggap perniagaan tersebut adalah perniagaan utama anda!
Berikut adalah 3 contoh laman web yang berkonsepkan menjalankan perniagaan affiliate (perniagaan Internet tanpa modal):
- http://www.livingroom.org.au/photolog/ Laman ini menjual berbagai-bagai jenis kamera- tanpa mereka menyimpan stok satu kamera pun! Dengan hanya menyertai program affiliate daripada Amazon.com
- http://www.gatzet.com/ juga adalah peminat gadget-gadget canggih dan menjalankan perniagaan Internet tanpa modal dengan menyertai program affiliate!
- http://www.thetoyreview.com/blog/ pula adalah usahawan yang berminat menjual permainan kanak-kanak, tetapi tidak menggunakan sebarang modal- hanya dengan menyertai program affiliate perniagaan internet lain yang menjual permianan di Internet!
Oleh itu, sebenarnya, alasan biasa “Tiada modal” untuk menjalankan perniagaan sudah tidak wujud lagi dengan menjalankan perniagaan berbentuk affiliate.
So, lepas ni, no more alasan TIADA MODAL dalam menjalankan perniagaan di Internet
Daripada menyertai skim-skim cepat kaya di Internet (yang pastinya perlukan wang modal), baik sertai perniagaan program affliate. Tak perlu bayar pun untuk menyertai. Pilihan yang lebih bijak bukan?
Sekiranya anda ingin pelajari dengan lebih lanjut cara menjalankan perniagaan Internet Tanpa Modal, saya akan menjalankan satu seminar *terbaru* di mana saya akan menunjukkan kaedah 100% percuma memulakan perniagaan Internet tanpa modal- daripada memilih produk secara percuma, membina laman web percuma sehingga promosi-promosi yang percuma tetapi amat efektif!
Untuk maklumat lanjut, klik di sini. Seminar Perniagaan Internet Tanpa Modal akan di adakan di Vistana Hotel, Kuala Lumpur pada 18hb Julai 2010.
Di seminar ini, anda akan pelajari cara menjalankan perniagaan Internet dari rumah yang berjaya, 100% tanpa sebarang modal.
Pendapat Anda?Tip Satu Minit yang berkaitan:


June 29th, 2010 at 12:01 pm
Menarik sekali.
Alasan yang kukuh untuk menyertai program affiliate dan juga contoh 3 laman web yang begitu kreatif. Selama ini, tidak pernah tefikir tentang idea itu.
Terima kasih IK
June 29th, 2010 at 1:15 pm
Salam, saya tertarik dengan pandangan Saudara Irfan. Mmg saya sedang berjinak-jinak dengan perniagaan. Bidang saya ialah makanan. Mudah-mudahan dengan bimbingan dan sharing idea Saudara Irfan akan memberi ilham dan semangat kepada saya untuk meneruskan perniagaan saya. Kalau ada sesiapa yang berminat nak tau pun saya sudi share.
June 29th, 2010 at 1:15 pm
Betul tu, perniagaan internet boleh dijalankan tanpa modal. Teringin nak pergi workshop tu, tapi ada komitmen lagi that day. Harap next workshop bolehlah join.
June 29th, 2010 at 2:34 pm
Saya sokong 100% pandangan bernas saudara IK. Sejak mengikuti blog IK, saya telah menyertai beberapa Affiliate dan memang berjaya.
Inilah cara bisnes baru, berniaga tanpa modal tapi untung berlipat ganda.
June 29th, 2010 at 3:10 pm
Menarik nie, rasanya macam nak pi seminar IK nie sebab kebetulan saya pi KL 15 julai nanti
June 29th, 2010 at 9:09 pm
Tahniah di atas buah fikiran yang hebat.Inilah yang membantu menjana pendapatan yang tinggi(RMK10). Saya amat tertarik dengan skill dan ilmu anda.Harap dapat join seminar.
June 29th, 2010 at 10:42 pm
alasan normal bl orang kita xnak mulakan bisnes.dorg lebih suka makan gaji.jd mmg lambat ckitlah kita nak maju ke depan dlm bisnes berbanding org lain.
June 30th, 2010 at 9:11 am
Salam, semua.. Idea IK yang hebat. Ada sesiapa boleh rekomen program affiliate yang hebat?
June 30th, 2010 at 10:35 am
Saya baru dalam perniagaan internet..jadi masih terkapai-kapai dalam banyak ilmu perniagaan internet..yang perting dah bermula..jangan tunggu orang lain baru ikut..betul?
June 30th, 2010 at 4:06 pm
Menarik bunyinya , tapi ilmunya tak ada ….
June 30th, 2010 at 5:21 pm
Penerangan IK memang best.. imabiz adalah salah seorang agen affiliate tegar.. dapatlah tampung bayar internet setiap bulan..
June 30th, 2010 at 8:49 pm
Bagus la idea IK kali ni…lagi ramai yang buat affiliate program lagi bagus…
Membenteras kemiskinan. Bantu lah rakyat malaysia dari kepompong kemiskinan.
Perniagaan internet perniagaan untuk semua
July 1st, 2010 at 6:47 pm
Memang bagus bagi mereka yang baru dalam perniagaan internet mencuba dulu dengan program affiliate bagi membiasakan diri dengan suasana jualan tanpa perlu bersusah payah mencipta produk
July 6th, 2010 at 2:23 pm
wahhh bagus..memberi perangsang kepada newbie yang ingin menceburi diri dalam bidang IM
July 10th, 2010 at 1:48 am
tahniah dan terima kasih atas pendedahan saudara IK, program terkini dan meyakinkan untuk terus berjaya.
July 13th, 2010 at 8:50 pm
9/10 daripada punca rezeki adalah dengan menjalankan perniagaan..rezeki ada di mana-mana..semuanya bergantung pada usaha kita..yang bulat tak kan dtg bergolek, yang pipih tak kan dtg melayang
July 14th, 2010 at 9:49 pm
program affiliate bgus sbnrnya..kita perlu bekerja keras utk berjaya
August 22nd, 2010 at 9:58 am
bulan 9 atau sepuluh nie??