Menjalankan perniagaan Internet tanpa modal

Alasan tak dapat mulakan perniagaan yang paling favorite sering saya dengar adalah “Tak ada modal… macam mana nak mulakan perniagaan?”

Jawapan saya adalah, always mulakan secara kecil-kecilan dulu. Jarang saya galakkan menggunakan pinjaman daripada institusi kewangan. Gunakan duit sendiri atau keluarga yang memahami. Bila kita bermula kecil, makin banyak ilmu yang kita akan pelajari dalam membesarkan perniagaan kita.

Satu pilihan memulakan perniagaan tanpa modal (atau modal minima) adalah dengan menjalankan perniagaan berbentuk affiliate di Internet.

Perniagaan affiliate adalah apabila kita menjual produk usahawan Internet lain melalui laman web kita dan mendapat komisyen daripada hasil jualan.

Ramai yang beranggapan, atau fikir, perniagaan berbentuk affiliate adalah perniagaan kecil-kecilan dan hanya wujud secara sampingan.

Sebenarnya, untuk berjaya dalam perniagaan affiliate, anggap perniagaan tersebut adalah perniagaan utama anda!

Berikut adalah 3 contoh laman web yang berkonsepkan menjalankan perniagaan affiliate (perniagaan Internet tanpa modal):

  • http://www.livingroom.org.au/photolog/ Laman ini menjual berbagai-bagai jenis kamera- tanpa mereka menyimpan stok satu kamera pun! Dengan hanya menyertai program affiliate daripada Amazon.com
  • http://www.gatzet.com/ juga adalah peminat gadget-gadget canggih dan menjalankan perniagaan Internet tanpa modal dengan menyertai program affiliate!
  • http://www.thetoyreview.com/blog/ pula adalah usahawan yang berminat menjual permainan kanak-kanak, tetapi tidak menggunakan sebarang modal- hanya dengan menyertai program affiliate perniagaan internet lain yang menjual permianan di Internet!

Oleh itu, sebenarnya, alasan biasa “Tiada modal” untuk menjalankan perniagaan sudah tidak wujud lagi dengan menjalankan perniagaan berbentuk affiliate.

So, lepas ni, no more alasan TIADA MODAL dalam menjalankan perniagaan di Internet 😉 Daripada menyertai skim-skim cepat kaya di Internet (yang pastinya perlukan wang modal), baik sertai perniagaan program affliate. Tak perlu bayar pun untuk menyertai. Pilihan yang lebih bijak bukan?

The following two tabs change content below.
Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

About Irfan Khairi

Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

22 thoughts on “Menjalankan perniagaan Internet tanpa modal

  1. Menarik sekali.

    Alasan yang kukuh untuk menyertai program affiliate dan juga contoh 3 laman web yang begitu kreatif. Selama ini, tidak pernah tefikir tentang idea itu.

    Terima kasih IK 😉

  2. Salam, saya tertarik dengan pandangan Saudara Irfan. Mmg saya sedang berjinak-jinak dengan perniagaan. Bidang saya ialah makanan. Mudah-mudahan dengan bimbingan dan sharing idea Saudara Irfan akan memberi ilham dan semangat kepada saya untuk meneruskan perniagaan saya. Kalau ada sesiapa yang berminat nak tau pun saya sudi share.

  3. Betul tu, perniagaan internet boleh dijalankan tanpa modal. Teringin nak pergi workshop tu, tapi ada komitmen lagi that day. Harap next workshop bolehlah join.

  4. Saya sokong 100% pandangan bernas saudara IK. Sejak mengikuti blog IK, saya telah menyertai beberapa Affiliate dan memang berjaya.

    Inilah cara bisnes baru, berniaga tanpa modal tapi untung berlipat ganda.

  5. Tahniah di atas buah fikiran yang hebat.Inilah yang membantu menjana pendapatan yang tinggi(RMK10). Saya amat tertarik dengan skill dan ilmu anda.Harap dapat join seminar.

  6. alasan normal bl orang kita xnak mulakan bisnes.dorg lebih suka makan gaji.jd mmg lambat ckitlah kita nak maju ke depan dlm bisnes berbanding org lain.

  7. Salam, semua.. Idea IK yang hebat. Ada sesiapa boleh rekomen program affiliate yang hebat?

  8. Saya baru dalam perniagaan internet..jadi masih terkapai-kapai dalam banyak ilmu perniagaan internet..yang perting dah bermula..jangan tunggu orang lain baru ikut..betul?

  9. Penerangan IK memang best.. imabiz adalah salah seorang agen affiliate tegar.. dapatlah tampung bayar internet setiap bulan..

  10. Bagus la idea IK kali ni…lagi ramai yang buat affiliate program lagi bagus…

    Membenteras kemiskinan. Bantu lah rakyat malaysia dari kepompong kemiskinan.

    Perniagaan internet perniagaan untuk semua 🙂

  11. Memang bagus bagi mereka yang baru dalam perniagaan internet mencuba dulu dengan program affiliate bagi membiasakan diri dengan suasana jualan tanpa perlu bersusah payah mencipta produk

  12. tahniah dan terima kasih atas pendedahan saudara IK, program terkini dan meyakinkan untuk terus berjaya.

  13. 9/10 daripada punca rezeki adalah dengan menjalankan perniagaan..rezeki ada di mana-mana..semuanya bergantung pada usaha kita..yang bulat tak kan dtg bergolek, yang pipih tak kan dtg melayang

  14. Betul tuu.. tq IK. saya berminat nak menjalankan perniagaan affiliate menjual permainan kanak2 tu…dah masuk web tu. cari joint associates tak jumpa laa… bagaimana caranya?

  15. apakah itu affiliate? bagaimana caranya utk menjadi affiliate? minta tunjuk ajar. terima kasih. ingin mengubah pendapatan hidup dgn niaga

  16. saya baca mengenai buku irfan khairi, nota jutawan: nota perniagaan online. dalam bahagian 1; idea 9 mengenai penyelesaian masalah. apakah yg dimaksudkan tentang pembelian produk melalui affiliate? mnta penerangan mngenai itu ye..tq

Leave a Reply

Your email address will not be published.