Thu 24 Jul 2008
Mentor Jutawan: Chef Li, Jutawan Senyap
Posted by Irfan Khairi under Tip Perniagaan , Mentor Jutawan
Bagi yang sudah mendapatkan mentor jutawan, pasti tak terlepas dengan kisah-kisah saya. Bukan setakat temubual saya dalam “pilot” oleh Nizal Mohammad sahaja, tetapi juga kisah saya di introduction setiap jutawan di “Mesej Irfan Khairi”. Anda akan dapat tahu, bagaimana saya berjumpa dan kenal dengan ikon-ikon jutawan ini. Ada antaranya telah saya sedia kenal 2-3 tahun lepas dan menjadi kawan baik sehingga hari ini.
Ramai yang tertarik dengan kisah “pertemuan” saya dan Azizi Ali! Cerita yang saya jarang kongsikan dengan orang ramai (sebab Azizi yang selalu kongsikan di seminar-seminarnya!)
Bagi yang belum mendapatkan Mentor Jutawan, boleh dapatkannya di sini.
Begitu juga, terdapat mentor jutawan yang first time saya jumpa ketika ditemubual, seperti Dato Dr Rusly Abdullah, atau lebih dikenali sebagai, Chef Li!…
===================
Hari ini kita kongsi bersama sedikit preview dari temubual bersama Chef Li apabila saya bertanyakan mengenai idola. Bagi peminat buku2 Chef Li, pasti tahu Chef li sering tekankan kepentingan idola… atau mentor!
Chef Li: (Kita perlu) Idola dalam bidang yang kita nak kerjakan. Sebab, bisnes ini bukan suatu yang mudah buat terus menjadi, selalunya lari jauh daripada apa yang kita rancang. Jadi apabila kita jumpa dengan idola yang tepat, kita akan mendapat nasihat-nasihat yang positif. Jadi maknanya, dalam berkawan pun kena pilih juga dah jadi usahawan-usahawan ini. Tak sesuai lagi kita dah jadi usahawan ini kita berkawan dengan orang yang minat memancing, minat burung dan sebagainya.
Bila kita meluahkan susah payah kita pada beliau, dia akan kata:
‘dah kata dulu dah, bisnes memang macam tu, susah’
Tapi kalau kita jumpa satu rakan ataupun seorang idola, ataupun seorang mentor yang memang seorang usahawan yang tulen, bila kita mengadu padanya:
‘Aku berniaga ni dah dua minggu, merosotlah, tak mencapai sasaran’.
Dia akan tanya ‘Berapa jualan engkau sekarang?’.
‘Dulu-dulu selalu lima ratus, sekarang cuma empat ratus’.
Jawabnya pula ‘Empat ratus bagus lagi, aku dulu pernah lima puluh saja’.
===================
Ulasan jawapan Chef Li: Very straight to the point, kita perlu kelilingi diri kita dengan kawan-kawan yang menyokong dan memahami usaha kita. Kalau kita sendiri yang mendampingi dan memilih mereka yang tidak menyokong kita, maka, ia dengan sendirinya menjatuhkan semangat dan usaha kita.
Lebih baik kita yang lakukan pilihan untuk mendampingi mereka yang sering menyokong seperti kenalan-kenalan usahawan yang lain
![]()
Tip panas affiliate: Untuk menghangatkan lagi program affiliate Mentor Jutawan yang sudah sedia hangat…
Tak lama lagi, kami akan memulakan program affiliate Workshop Jutawan Internet pula. Kali ini bayaran komisyennya boleh dikatakan antara tertinggi di Malaysia (silap-silap paling tinggi). Berapa? Nanti akan diumumkan. Bila? Tunggu… (surprise!)
TETAPI, program affiliate Workshop Jutawan Internet adalah TERTUTUP! Ianya hanya untuk:
- Bekas peserta Workshop Jutawan Internet sejak tahun 2005 … ATAU…
- Affiliate Mentor Jutawan yang sekurang-kurangnya telah membuat 3 jualan (buat masa ini)
So, sekiranya anda ingin menyertai affiliate Workshop Jutawan Internet yang memberi komisyen yang agak tinggi, pastikan anda sekurang-kurangnya membuat 3 jualan Mentor Jutawan. Lakukan cepat, sebelum kami tutup penyertaan program affiliate Workshop Jutawan Internet
Untuk menyertai program affiliate Mentor Jutawan, klik di sini.
Pendapat Anda?Tip Satu Minit yang berkaitan:

July 25th, 2008 at 9:18 am
Kalau tidak silap Chef Li ni yang menulis buku Jutawan Senyap. Saya pernah curi baca bukunya di kedai buku. Oleh kerana selalu sangat curi baca, lama-lama paisei juga. last sekali kena beli juga.
Begitu juga dgn buku Rahsia Jutawan Internet terbongkar saya curi baca juga tapi akhirnya kenabeli juga.
Masa ni saya tak dapat lagi curi-curi baca ebook Mentor Jutawan. Jadi terpaksa beli juga….. ARB Dagang
July 25th, 2008 at 9:55 am
Salam IK & Semua,
Lama tak beri komen disini rasanya. Sibuk dengan persiapan ujian. Anyway akak sudah pun selesai baca Mentor Jutawan. Memang bagus kerana kisah jutawan dalam bermacam2 bidang seperti motivasi, hartanah, penulisan, MLM, makanan dan sebagainya. Nampaknya ada peluang dimana2 dan dalam berbagai industri.
Memang teruja dengan affiliate program ni dan sekarang tengah bersungguh2 dalam process to go live. Terima kaseh IK kerana berkongsi. Sekurang2nya pada kami yang dulunya bertatih2 kini sudah mula mau berjalan sendiri.
July 25th, 2008 at 10:37 am
Salam IK, nak tanya ckit lah, pasal Bonus ebook tu, tak leh nak download le, macam download page dia error.Saya tak pasti pembeli yang lain ada problem yang sama, tapi saya memang tak dapat nak download.Anyway promosi mentor jutawan tetap dijalankan.
July 25th, 2008 at 11:24 am
Apiz > problem telah selesai. Boleh pegi balik page and ada link alternatif
July 25th, 2008 at 12:14 pm
Tq IK, settle dah.
July 25th, 2008 at 12:45 pm
nak tanya,
untuk program affiliate Workshop Jutawan Internet, perlu membuat pembelian baru ke? saya dah archive jualan 3 ebook mentor jutawan
July 25th, 2008 at 3:15 pm
alhamdulillah… dapat lagi tambah satu affiliate… syarat yang pertama dah ada… tapi syarat yang kedua tak de.. sebab saya rasa belum ada yang beli Mentor Jutawan melalui saya…. ni nak kena tingkatkan usaha ni….
http://www.BuatEbook.com
July 25th, 2008 at 4:31 pm
askum IK,
sy berminat sgt2 tuk jd salah sorg dr program affiliate Workshop Jutawan Internet IK tu. For ur info, sy adalah bekas peserta pada tarikh 26 April 2008. So far, website sy hampir siap. Lama giler nak dapatkan produk. hehehe..InsyaAllah sy akan jumpa IK tuk minta komen/pendapat nanti. Pasal program affiliate tu..mcm mane nak join?? TQ
July 25th, 2008 at 5:55 pm
wah…
ni yg nak join affiliate workshop lak…
tp student lg,xde fulus utk join workshop tu
sedih sket la…
July 25th, 2008 at 7:31 pm
Chef Li punya kisah memang mampu membakar semangat sesiapa sahaja untuk terjun ke bidang keusahawanan ..!
Salam kekayaan,
THINKERICH
July 25th, 2008 at 7:56 pm
salam IK..
wow! lumayan tawaran IK nie ya.
saya pun betul berminat dgn tawaran ni.
daripada buku juawan internet, memang saya puas hati dgn isi kandungan dia.
sekarang saya nak cuba ebook nie pula.
July 25th, 2008 at 9:34 pm
Salam..Saya nak tanya pasal Affiliate Sign-Up..Box “ID of affiliate that
told you about our
affiliate program ” nak tulis apa? Saya tak tahu. Hoping reply to my email.
July 25th, 2008 at 9:38 pm
Salam IK..Dah daftar dah Affiliate..
July 25th, 2008 at 9:43 pm
Bagaimana menggunakan Affiliate?
July 26th, 2008 at 12:24 am
sifu.. ni ada sikit masalah.. katakan A pernah pergi kat blog B dan klik ‘Affiliate Mentor Jutawan’ kat B punya.. pastu besoknya dia pergi pulak kat laman web C dan klik ‘Affiliate Mentor Jutawan’ kat laman web C tu.. kemudian lusa baru A beli “Mentor Jutawan” .. saya nak tanya.. siapakah yang akan dapat komisen hasil belian “Mentor Jutawan” oleh si A.. Tuan punya blog B ke atau tuan punya laman web C…. atau dua-dua sekali dapat?
http://www.BuatEbook.com
July 26th, 2008 at 10:15 am
amin: kalau nak ikutkan, akan ikut last page yg di akses tu. komisen hanya bagi seorang je, blom penah jumpa affiliate yg boleh share komisen dengan user lain
betulkan saya kalo tersilap ye IK
masuk sini untuk maklumat lanjut
http://irfankhairi4u.blogspot.com/
July 26th, 2008 at 12:33 pm
Adakah testimonial terbaru dalam soft lauch tidak dimasukkan lagi dalam web mentor jutawen?
July 26th, 2008 at 5:16 pm
Saya dah register program affiliate. Dah download ebook. Masaalahnya dah beberapa hari saya cuba nak register ebook tak boleh. Msg yang keluar “Server communication error” Macmana?
July 27th, 2008 at 1:16 am
Saya sudah membeli ebook tersebut…banyak tip2 yang simple dan praktikal. Ini dapat membantu kepada sesiapa sahaja yang dahagakan kejayaan dalam bidang masing2.
Tahniah dan selamat maju jaya
July 27th, 2008 at 1:19 am
Memang menarik… Himpunan tokoh2 jutawan seluruh Malaysia…
Siapa yang nak lepaskannya???
July 27th, 2008 at 2:19 am
IK link “Mentor Jutawan, klik di sini.” .com nya tak de..so page error..
July 27th, 2008 at 4:46 am
affiliate ni saya nampak sebagai win2 situationla. IK memang best
July 27th, 2008 at 2:46 pm
Mawi: Oh.. yeke.. t kasih….
bila la agaknya sifu nak lancarkan “affiliate Workshop Jutawan Internet” tak sabar kami rasanya.. betul tak kawan2…
http://www.BuatEbook.com
July 27th, 2008 at 5:23 pm
salam usahawan utk semua…
faqih:nak tahu pasal affiliatte dan guna affiliatte eh, sile ke http://armanibrahim.blogspot.com/
amin: A yg dapat sbb link dia mula2 skali di klik dan akan di simpan di pc org yg klik selama sthn.
pstt.. lagi rahsia/tips internet secara percuma di http://armanibrahim.blogspot.com/
July 29th, 2008 at 9:08 am
Assalamualaikum IK,
I tried to register for your affiliate program… but there’s an error that said, “Sorry, but there is no affiliate with that ID number! Please try again.
“. Apa masalahnya yek? TK.
July 30th, 2008 at 4:56 pm
sebarang pertanyaan/maslaah ebook or affiliate, please email info@rahsiainternet.com
Our krew akan membantu anda sampai no problem
-ik
July 30th, 2008 at 6:54 pm
Semasa saya melihat cover buku Jutawan Senyap ni, saya terfikir, mana lagi bagus? Jadi Orang Kaya Senyap atau Orang Kaya Sensasi? Kedua mereka ini tetap orang kaya cuma bezanya Orang Kaya Senyap mempunyai kebebasan jauh lebih banyak daripada Orang Kaya Sensasi. Orang Kaya Senyap boleh minum teh tarik tanpa diganggu sesiapa kerana tiada siapa pun tahu yang beliau ini adalah orang kaya. Tak perlu khuatir diskandalkan dengan sesiapa sebab wartawan pun tak tahu dia ni bukan sembarangan orang. Barangkali ketika kita sedang minum teh tarik kat kedai mamak, ada meja sebelah tu adalah Orang Kaya Senyap.
Sekiranya anda mencari VCD, DVD dan CD lagu, sila klik di lelaman berikut.
http://tinyurl.com/mediastore2u
August 12th, 2008 at 3:04 pm
Saya berasa bertuah dapat mempromosikan produk daripada nama tersohor seperti IK ini.
Sape stuju, angkat tangan !!
======================================
Bisnes TDTone
December 30th, 2008 at 1:20 pm
sye antara peminat chef Li…tapi saya nak tanya pasal Institut yang Chef Li bukak tu…nama ape? anjung budi ke ape ye?????please reply
September 10th, 2009 at 11:25 pm
Salam…Sifu, camner kita buat hyperlink dengan berkesan dalam blog. satu lagu camner nak banyakkan trafik dalam blog..please reply..thank you
October 6th, 2009 at 6:40 pm
salam..IK, saya terpanggil untuk berkongsi pengalaman, dgn chef li. Pada saya Chef li amat kuat “melayu”nya. Saya amat bangga, motivasi untuk meningkatkan bangsa melayu ketika saya mengikuti kursus anjurannya, membuka minda.