Mentor Jutawan: Chef Li, Jutawan Senyap

mentorlogo-small.gifBagi yang sudah mendapatkan mentor jutawan, pasti tak terlepas dengan kisah-kisah saya. Bukan setakat temubual saya dalam “pilot” oleh Nizal Mohammad sahaja, tetapi juga kisah saya di introduction setiap jutawan di “Mesej Irfan Khairi”. Anda akan dapat tahu, bagaimana saya berjumpa dan kenal dengan ikon-ikon jutawan ini. Ada antaranya telah saya sedia kenal 2-3 tahun lepas dan menjadi kawan baik sehingga hari ini.

Ramai yang tertarik dengan kisah “pertemuan” saya dan Azizi Ali! Cerita yang saya jarang kongsikan dengan orang ramai (sebab Azizi yang selalu kongsikan di seminar-seminarnya!)

Bagi yang belum mendapatkan Mentor Jutawan, boleh dapatkannya di sini.

Begitu juga, terdapat mentor jutawan yang first time saya jumpa ketika ditemubual, seperti Dato Dr Rusly Abdullah, atau lebih dikenali sebagai, Chef Li!…

===================

Hari ini kita kongsi bersama sedikit preview dari temubual bersama Chef Li apabila saya bertanyakan mengenai idola. Bagi peminat buku2 Chef Li, pasti tahu Chef li sering tekankan kepentingan idola… atau mentor!

Chef Li: (Kita perlu) Idola dalam bidang yang kita nak kerjakan. Sebab, bisnes ini bukan suatu yang mudah buat terus menjadi, selalunya lari jauh daripada apa yang kita rancang. Jadi apabila kita jumpa dengan idola yang tepat, kita akan mendapat nasihat-nasihat yang positif. Jadi maknanya, dalam berkawan pun kena pilih juga dah jadi usahawan-usahawan ini. Tak sesuai lagi kita dah jadi usahawan ini kita berkawan dengan orang yang minat memancing, minat burung dan sebagainya.

Bila kita meluahkan susah payah kita pada beliau, dia akan kata:

“˜dah kata dulu dah, bisnes memang macam tu, susah”™

Tapi kalau kita jumpa satu rakan ataupun seorang idola, ataupun seorang mentor yang memang seorang usahawan yang tulen, bila kita mengadu padanya:

“˜Aku berniaga ni dah dua minggu, merosotlah, tak mencapai sasaran”™.

Dia akan tanya “˜Berapa jualan engkau sekarang?”™.

“˜Dulu-dulu selalu lima ratus, sekarang cuma empat ratus”™.

Jawabnya pula “˜Empat ratus bagus lagi, aku dulu pernah lima puluh saja”™.

===================

Ulasan jawapan Chef Li: Very straight to the point, kita perlu kelilingi diri kita dengan kawan-kawan yang menyokong dan memahami usaha kita. Kalau kita sendiri yang mendampingi dan memilih mereka yang tidak menyokong kita, maka, ia dengan sendirinya menjatuhkan semangat dan usaha kita.

Lebih baik kita yang lakukan pilihan untuk mendampingi mereka yang sering menyokong seperti kenalan-kenalan usahawan yang lain 🙂

mentorlogo-small.gifTip panas affiliate: Untuk menghangatkan lagi program affiliate Mentor Jutawan yang sudah sedia hangat…

Tak lama lagi, kami akan memulakan program affiliate Workshop Jutawan Internet pula. Kali ini bayaran komisyennya boleh dikatakan antara tertinggi di Malaysia (silap-silap paling tinggi). Berapa? Nanti akan diumumkan. Bila? Tunggu… (surprise!) 🙂

TETAPI, program affiliate Workshop Jutawan Internet adalah TERTUTUP! Ianya hanya untuk:

  • Bekas peserta Workshop Jutawan Internet sejak tahun 2005 … ATAU…
  • Affiliate Mentor Jutawan yang sekurang-kurangnya telah membuat 3 jualan (buat masa ini)

So, sekiranya anda ingin menyertai affiliate Workshop Jutawan Internet yang memberi komisyen yang agak tinggi, pastikan anda sekurang-kurangnya membuat 3 jualan Mentor Jutawan. Lakukan cepat, sebelum kami tutup penyertaan program affiliate Workshop Jutawan Internet 🙂

Untuk menyertai program affiliate Mentor Jutawan, klik di sini.

The following two tabs change content below.
Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

About Irfan Khairi

Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

38 thoughts on “Mentor Jutawan: Chef Li, Jutawan Senyap

  1. Kalau tidak silap Chef Li ni yang menulis buku Jutawan Senyap. Saya pernah curi baca bukunya di kedai buku. Oleh kerana selalu sangat curi baca, lama-lama paisei juga. last sekali kena beli juga.

    Begitu juga dgn buku Rahsia Jutawan Internet terbongkar saya curi baca juga tapi akhirnya kenabeli juga.

    Masa ni saya tak dapat lagi curi-curi baca ebook Mentor Jutawan. Jadi terpaksa beli juga….. ARB Dagang

  2. Salam IK & Semua,

    Lama tak beri komen disini rasanya. Sibuk dengan persiapan ujian. Anyway akak sudah pun selesai baca Mentor Jutawan. Memang bagus kerana kisah jutawan dalam bermacam2 bidang seperti motivasi, hartanah, penulisan, MLM, makanan dan sebagainya. Nampaknya ada peluang dimana2 dan dalam berbagai industri.

    Memang teruja dengan affiliate program ni dan sekarang tengah bersungguh2 dalam process to go live. Terima kaseh IK kerana berkongsi. Sekurang2nya pada kami yang dulunya bertatih2 kini sudah mula mau berjalan sendiri.

  3. Salam IK, nak tanya ckit lah, pasal Bonus ebook tu, tak leh nak download le, macam download page dia error.Saya tak pasti pembeli yang lain ada problem yang sama, tapi saya memang tak dapat nak download.Anyway promosi mentor jutawan tetap dijalankan.

  4. nak tanya,
    untuk program affiliate Workshop Jutawan Internet, perlu membuat pembelian baru ke? saya dah archive jualan 3 ebook mentor jutawan

  5. alhamdulillah… dapat lagi tambah satu affiliate… syarat yang pertama dah ada… tapi syarat yang kedua tak de.. sebab saya rasa belum ada yang beli Mentor Jutawan melalui saya…. ni nak kena tingkatkan usaha ni….
    http://www.BuatEbook.com

  6. askum IK,

    sy berminat sgt2 tuk jd salah sorg dr program affiliate Workshop Jutawan Internet IK tu. For ur info, sy adalah bekas peserta pada tarikh 26 April 2008. So far, website sy hampir siap. Lama giler nak dapatkan produk. hehehe..InsyaAllah sy akan jumpa IK tuk minta komen/pendapat nanti. Pasal program affiliate tu..mcm mane nak join?? TQ

  7. wah…
    ni yg nak join affiliate workshop lak…
    tp student lg,xde fulus utk join workshop tu 🙁
    sedih sket la…

  8. salam IK..

    wow! lumayan tawaran IK nie ya.
    saya pun betul berminat dgn tawaran ni.
    daripada buku juawan internet, memang saya puas hati dgn isi kandungan dia.
    sekarang saya nak cuba ebook nie pula.

  9. Salam..Saya nak tanya pasal Affiliate Sign-Up..Box “ID of affiliate that
    told you about our
    affiliate program ” nak tulis apa? Saya tak tahu. Hoping reply to my email.

  10. sifu.. ni ada sikit masalah.. katakan A pernah pergi kat blog B dan klik ‘Affiliate Mentor Jutawan’ kat B punya.. pastu besoknya dia pergi pulak kat laman web C dan klik ‘Affiliate Mentor Jutawan’ kat laman web C tu.. kemudian lusa baru A beli “Mentor Jutawan” .. saya nak tanya.. siapakah yang akan dapat komisen hasil belian “Mentor Jutawan” oleh si A.. Tuan punya blog B ke atau tuan punya laman web C…. atau dua-dua sekali dapat?

    http://www.BuatEbook.com

  11. Saya dah register program affiliate. Dah download ebook. Masaalahnya dah beberapa hari saya cuba nak register ebook tak boleh. Msg yang keluar “Server communication error” Macmana?

  12. Saya sudah membeli ebook tersebut…banyak tip2 yang simple dan praktikal. Ini dapat membantu kepada sesiapa sahaja yang dahagakan kejayaan dalam bidang masing2.

    Tahniah dan selamat maju jaya

  13. Assalamualaikum IK,

    I tried to register for your affiliate program… but there’s an error that said, “Sorry, but there is no affiliate with that ID number! Please try again.
    “. Apa masalahnya yek? TK.

  14. Semasa saya melihat cover buku Jutawan Senyap ni, saya terfikir, mana lagi bagus? Jadi Orang Kaya Senyap atau Orang Kaya Sensasi? Kedua mereka ini tetap orang kaya cuma bezanya Orang Kaya Senyap mempunyai kebebasan jauh lebih banyak daripada Orang Kaya Sensasi. Orang Kaya Senyap boleh minum teh tarik tanpa diganggu sesiapa kerana tiada siapa pun tahu yang beliau ini adalah orang kaya. Tak perlu khuatir diskandalkan dengan sesiapa sebab wartawan pun tak tahu dia ni bukan sembarangan orang. Barangkali ketika kita sedang minum teh tarik kat kedai mamak, ada meja sebelah tu adalah Orang Kaya Senyap. 🙂

    Sekiranya anda mencari VCD, DVD dan CD lagu, sila klik di lelaman berikut.

    http://tinyurl.com/mediastore2u

  15. Saya berasa bertuah dapat mempromosikan produk daripada nama tersohor seperti IK ini.

    Sape stuju, angkat tangan !!

    ======================================
    Bisnes TDTone

  16. sye antara peminat chef Li…tapi saya nak tanya pasal Institut yang Chef Li bukak tu…nama ape? anjung budi ke ape ye?????please reply

  17. Salam…Sifu, camner kita buat hyperlink dengan berkesan dalam blog. satu lagu camner nak banyakkan trafik dalam blog..please reply..thank you

  18. salam..IK, saya terpanggil untuk berkongsi pengalaman, dgn chef li. Pada saya Chef li amat kuat “melayu”nya. Saya amat bangga, motivasi untuk meningkatkan bangsa melayu ketika saya mengikuti kursus anjurannya, membuka minda.

  19. saya sdh malasss idup d kelilingi hutang niiii……minta chef li dpt turunkan ilmuu…stakat duit harapkan gaji bulan2 mang tak ckup weiii……

  20. Assalamualaikum…betul pepatah melayu besar periuk besar kerak nya…saya kerja diluar negara dgn gaji 5 angka…tapi tak pernah cukup..saya terlalu tertarik dgn loan..pada mulanya nak settle loan Malaysia ..pejam celik2 habis gitu saja..tapi sekarang ni saya jual telur masin di Qatar dgn harga RM2.00 nilai wang hampir sama…tapi masalahnya masih tak yakin dgn keupayaan ,dan tak displin..nak ikut kursus dimalaysia payah jugak …mohon khidmat nasihat online dari Encik..

  21. sy msh membaca buku jutawan senyap,baru beli semalam…banyak watak dlm tu mencabar sy..kadang2 sy geram je…tp mmg benar realitinya..tqs ckgu.

  22. Sy br beli e-book 8 mentor jutawan. Saya tertariklah nak beli buku jutawan senyap. Tp, sy pernah cari kat popular, tp tak jumpa. Kat maner boleh sy dptkan buku ni yer?
    Tq.

Leave a Reply

Your email address will not be published.