Bila menjalankan perniagaan perkhidmatan, perhubungan pertama (first contact) adalah penting. Dan waktu paling penting sekali adalah minit pertama pertemuan dengan bakal pelanggan. Bak kata Mat Salleh…

First impression lasts forever

Di sini lah penampilan & keyakinan kita memainkan peranan penting.

Penampilan:

Bagi mereka yang “kureng” sikit bab-bab dressing (macam saya :) ), nasihat saya, dapatkan majalah-majalah lifestyle yang berada di pasaran. Bagi lelaki, majalah MASKULIN is good dan bagi wanita, majalah NUR is good too. Keduanya mempunyai sisipan grooming & fashion. So, ini yang anda perlukan untuk memperbaiki penampilan diri anda.

Bakal pelanggan akan lebih yakin dengan penampilan yang lebih menarik oleh kerana first impression lasts forever!

Keyakinan:

Di sini, malu-malu kucing takkan menjadi. So, kena buang perasaan malu tu dan ctunjukkan keyakinan diri. Sekiranya anda “kureng” bab keyakinan berdepan dengan pelanggan, nasihat saya adalah untuk anda rajin practice. Practice di hadapan cermin apa yang anda hendak katakan pada pertemuan pertama. Sediakan beberapa “skrip” yang berkaitan dengan keadaan. Practice bercakap… practice senyum di cermin. Kalau anda malu practice bersendirian dihadapan diri anda… apatah lagi hendak berdepan dengan orang bukan?

Dengan penampilan & keyakinan yang tinggi, pastinya kita akan memberi good first impression kepada prospek kita. Dan lebih dekat prospek itu akan menjadi pelanggan :)

Boleh tak anda berikan juga tips penampilan & keyakinan… so, dapat bantu sesama kita :) Tinggalkan tip anda di sini!

============

Esok  (Sabtu 28hb Feb) saya akan kendalikan Workshop Mini Pelanggan Tanpa Had di Vistana Hotel, Kuala Lumpur. Workshop mini ini akan mendedahkan strategi dan teknik menggunakan Internet untuk melipatkali gandakan pelanggan bagi perkhidmatan anda. Tempat workshop mini ini adalah terhad kepada 10 peserta sahaja untuk memudahkan interaksi (hanya 1 tempat tinggal… any takers??? :) ). Sekiranya anda berminat, klik di sini. 

Pendapat Anda?

Tip Satu Minit yang berkaitan:
  • Menambahkan pelanggan perkhidmatan anda
  • Perniagaan Internet tiada pertemuan 4 mata
  • Irfan Khairi dalam Gedik Santai, TV3
  • Minggu Pelanggan Tanpa Had: Kumpulan referal profesional